Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

28 January 2009

Gerhana Matahari

Semalam kita sama-sama menyaksikan berlakunya gerhana matahari dan warga HPA di Perlis sempat mengerjakan solat gerhana yang diimamkan oleh ustaz Adnan Fadzil, Pengurus Pentadbiran HPA Industries Sdn Bhd. Solat gerhana agak berbeza sedikit dengan solat biasa kerana selepas rukuk ,i'tidal,baca fatihah semula dan rukuk semula,i'tidal dan barulah sujud.Bagitulah juga dilakukan pada kali yang kedua.2 kali rukuk,2 kali fatihah dan dua kali bacaan surah. Selesai solat diadakan khutbah mengingati tentang kebesaran Allah sebagai pengatur alam semesta ini.

Dizaman Rasullulah saw gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim anak Rasulullah saw. Timbul desas desus menyatakan matahari juga turut berduka dengan kematian Ibrahim sehinggalah Rasulullah saw membetulkan kembali pegangan ini dengan menyatakan "gerhana matahari tidak ada kena mengena dengan kematian sesiapapun".

Dari sini marilah kita membersihkan aqidah dari sering mengaitkan berlakunya sesuatu kerana sebab itu dan ini sedangkan itu cuma ramalan yang tidak ada nas dan dalil.Cukuplah kita menyatakan "Hanya kepada Allah tempat aku berserah".Mungkin sesuatu yang kita tidak suka sebenarnya baik untuk kita.Jauhi dari tukang ramal,nujum,bomoh,orang yang mengaku kasyaf,orang yang suka "scan",orang yang suka menyebut perkara yang akan datang bagi memperlihatkan kehebatan dirinya dan lain-lain lagi.Semuanya itu akan mengelincirkan kaki kita dari jalan kebenaran.Nauzubilllah.

Tahniah...tahniah...tahniah...

3 kali tahniah kepada semua usahawan HPA yang telah berjaya melintasi bayang kegawatan ekonomi untuk bulan pertama dinegara ini.InsyaAllah kejatuhan ekonomi global sekaligus membawa pengguna kepada produk halal yang diyakini.Graf jualan terus kekal dengan kenaikan pada peratus yang membanggakan.Tanda-tanda awal pencapaian RM15 juta mula kelihatan bunga-bunganya. Produk ditambah pengeluaranya,cawangan dibuka satu persatu dan program PBC dan PIC terus diadakan diserata tempat.

KPJ Kuala Lumpur Pada 22hb Jan 2009
Paling menggembirakan kita apabila pemimpin-pemimpin bersatu bagaikan sebuah keluarga yang dihubungkan dengan ikatan darah dan keturunan.Alhamdulilah saf kita kini lurus dan rapat menandakan hati kita juga bagaikan binaan yang kukuh mencakar langit tinggi. Hanya orang yang ikhlas sahaja yang akan bersama-sama HPA miskipun kekadangnya tanpa bonus yang tinggipun mereka tetap setia bertahan,inikan pula yang pendapatanya sudah mencapai 5 angka.
Januari 2009 dijangka mencatat jualan tertinggi dalam sejarah penjualan HPA.InsyaAllah.

Radix Cookies

Alhamdulilah, setelah memasuki tahun 2009, peniagaan HPA menjadi semakin mencabar. Isu boikot produk Yahudi sekali gus merdorong produk HPA kehadapan sebagai pengganti.Dalam keributan tersebut adalah sebuah akbar yang membangkitkan soal biskut yang haram dipasaran dan meminta umat Islam lebih berhati-hati untuk memilihnya.Bersama dengan produk-produk yang diragui kehalalanya itu juga termuatlah gambar Radix cookies tetapi dibawah gambar tersebut ada ditulis perkataan"Produk ini sebagai anternatif". Namun bagitu tak ramai yang membaca tulisan kecil itu maka tersebarlah berita produk HPA juga ada yang haram.

Rujuk tulisan dibawah Gambar Radix Cookies "Cookies ini sebagai anternatif".

Ramai yang sms pada saya minta penjelasan atas isu ini kerana ada pehak mula menjadi juara menyebarkan berita ini keserata tempat.Inilah masanya semua pemimpin dan ahli HPA bangun mempertahankan peniagaan kita bersama .Bukankah kita telah sama-sama berjanji akan mempertahankan HPA dalam PBC,PIC dan pertemuan mingguan yang sering diadakan.PJS-PJS yang menjadi benteng utama syarikat tidak akan berdiam diri melihat kubupertahan peniagaan Islam ini mula ditebuk orang.

Ayuh bangun wahai penyokong setia HPA ...dimana jua kamu berada kita kita sedang menjuarai peniagaan MLMS ini...hentikan isu ini dengan kemampuan yang kamu ada. InsyaAllah kita akan terus mengeluarkan 500 produk halal dipasaran. InsyAllah.

19 January 2009

Lokasi RFC yang akan dibuka.

1. Cawangan Alor Setar, Shahab Perdana(7hb Feb, Jam 9.00 Pagi )
RFC Cawangan Alor Setar yang akan dirasmikan pada 7hb Feb, Jam 9.00 Pagi. Live di WebTV HPA

2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)

Kepada seluruh warga HPA ,selamat berjuang bagi merialisasikan janji kita bersama.
"Ya Allah bantulah kami "Amin.

Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7feb.

Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2.Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia.Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan.Rasakanlah "hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah" kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.

Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir.Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan.HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan "Pasar Ansor" untuk umat ini.

Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Syahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA .Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut.Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD .Insyalah ,saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.

Boikot

Sampai hari ini kemarahan umat Islam kepada regim zionis Yahudi laknatullah membuak-buak dan lantaran kekejaman yang dilakukan tidak layak mereka di panggil manusia.Kejahatan dan primitif mereka mengalahkan haiwan di rimba atau manusia yang hidup dizaman batu.Suara laungan dari dunia bagaikan tepuk sorak kepada mereka untuk terus bermain bunga api di Genting Gaza.
Rakyat Malaysia yang perihatin menyuarakan pandangan agar tindakan memboikot ekonomi Yahudi dan produk Amerika di teruskan walaupun KFC dan MILO terus mengencarkan serangan iklan di media elotronik.Boikot produk Amerika nampaknya masih belum memberikan kesan malah dicelah-celah itu pula muncul suara yang mengujudkan keraguan tentang nasib pekerja-pekerja jika penigaan yahudi ini ditutup.

Bagi saya kebangkitan ini perlu datang dari "institusi ulamak" kerana perubahan atau memboikot produk yahudi dan Amerika mestilah muncul dari keimanan kepada Allah dan Rasul.Jika datang dari keimanan kepada Allah dan Rasul ,dengan sendiri mereka yang telah bekerja disyarikat yahudi sanggup melepaskan jawatan demi sebuah perjuangan.

Ulamak juga perlu tampil meniupkan ruh ummat yang sekian lama telah mati untuk berjuang kerana Ugama.Inilah medan untuk kita buktikan sejauh mana keimanan kepada Allah yang bersifat "Ar-Razaq" (pemberi rezeki).Ini juga mengingatkan kita tentang maksud ucapan Rasululah saw pada Bilal "Infaqlah wahai bilal sesunguhnya Allah ini memiliki arash yang meliputi langit dan bumi".Boikot tidak akan berjaya ditengah-tengah situasi "kelesuan ulamak dan kejahilan ummat."?umat yang sedang tidur tidak akan bertindak miskipun api kian membakar seluruh rumahnya selagi usaha mengejutkanya tidak dilakukan.

11 January 2009

Orang Masjid.

Pernah anda membaca buku "orang masjid contemporary"tulisan Ustaz Rashidi yang banyak diedarkan oleh HPA Collection?Buku ini mengemukakan pandangan sewajarnya "orang masjid" menjadi agen perubahan ditengah masyarakat hasil daripada tarbiah ruhiah yang diperolehi di masjid.Orang Masjid menjadi penggerak ekonomi terutama dalam menyediakan pasaran halal untuk ummah.

Bermula daripada situlah,semalam telah termeteri perjanjian usahasama HPA dengan Nazir-Nazir di Hulu Selangor.Isyallah sebanyak 6 buah masjid yang bersetuju untuk menjadi pusat edaran produk halal HPA.Seminar yang diadakan di Dewan Besar Batang Kali semalam mendapat sambutan yang menggalakan walaupun program seumpama itu buat julung-julung kali diadakan.Profesor Madya Dr Ishak Sulaiman membentang kertaskerja halal dan haram disamping HPA dan egensi-agensi kerajaan lainya mengadakan pameran bersama.
HPA telah meluluskan stok bernilai RM50K - RM200K untuk cawangan-cawangan yang akan dibuka di Kawasan masjid serta mempelawa lebih banyak lagi masjid menjadi pusat edaran produk halal dipasaran.InsyaAllah.

04 January 2009

Program sijil kali ke 15

Alhamdulilah,program sijil kali ke 15 telah tamat pada petang semalam.Seramai 29 orang peserta telah dikurniakan sijil setelah 3 minggu mereka bergelut bagi menghabiskan pelajaran 1 bulan.Ternyata mereka mampu melakukan yang terbaik disamping itu mereka mengadakan khidmat perawatan percuma di 3 tempat dinegeri Perlis.


Sebahagian Pelajar Sijil herbalis Siri Ke 15 - 11 Dec 2008 Hingga 3hb Jan 2009

Keceriaan diwajah mereka jelas sekali mungkin kerana sudah terbayang kaum keluarga yang telah ditinggalkan sekian lama.Peserta kali ini dibimbingi terus oleh 3 orang doktor HPA (MD) dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.Ini jelas dapat dilihat pada saat-saat berpisah semua peserta menangis bagaikan enggan melepaskan yang lain pergi. Bentuk pendidikan jiwa ini masih terdapat didalam HPA sekaligus membuktikan seorang herbalis itu melihat perawatan secara holistik bukanya perawatan zahir semata-mata.

Apa yang jelas dari ungkapan peserta mereka merasakan bahawa HPA merupakan perjuangan panjang yang mesti sama-sama mendokonginya.Hasil terdekat dari keberadaan HPA telahpun dapat dirasai oleh sebahagian penduduk di Malaysia dan Indonesia.Teruskan perjuangan wahai para herbalis.Amin.

02 January 2009

Penjualan Meningkat Mendadak

Bulan ini penjualan meningkat dengan bagitu drastik menjadikan jualan kemungkinan besar melebihi RM11 juta. Hampir semua cawangan-cawangan HPA merekodkan peningkatan jualan tertinggi bulan ini berbanding pada bulan-bulan yang lepas. Kopi Radix, Teh Manjakani dan Radix Koko nampaknya benar-benar menjadi penyumbang terbesar peningkatan ini.

Namun bagitu penjualan herba juga masih 50% daripada jumlah penjualan keseluruhan nya menandakan ilmu perubatan Jawi masih ada penerusnya walaupun lebih ramai yang mengambil jalan mudah menjual sesuatu yang mudah diterima umum.Gabungan daripada dua kekuatan inilah HPA dijangkan akan berjaya mencapai jualan RM20 juta dimasa hadapan.Kit niaga yang tiba-tiba habis dipasaran kini disiapkan dalam kuantiti yang banyak dari kebiasaan dan InsyaAllah tidak akan berlaku kekuarang lagi.Produk-produk ditingkatkan selari dengan tambahan 50 buah cawangan baru menggenapkan 150 buah cawangan seluruh Malaysia.

Tahniah kepada pengendali program PBC dan PIC yang telah menaikan semangat juang ahli-ahli.

Peniagaan adalah perjuangan.

Melewati hari-hari yang telah lalu tanpa disedari kini kita telah berada ditahun baru 1430 Hijrah / 2009 Masihi. Tahun ini merupakan tahun penentuan kepada HPA untuk terus berenang ditengah-tengah samudra kejatuhan ekonomi yang sedang membadai dunia.Kita tidak dapat mengagak sekuat mana situasi ini akan mempengaruhi peniagaan MLMS ini. Sesuatu yang sudah berlaku ialah banyak kilang-kilang yang telah memberhentikan operasinya kerana pasaran exspot yang terjejas teruk.

Inilah nama perjuangan untuk mereka yang ingin membuktikan setiakawan, diwaktu atau saat mencemaskan ribuan ahli HPA berhempas pulas mempertahankan peniagaan ini bersama. Mereka menjadi benteng yang kuat,tidak berganjak dari posisinya miskipun kadangkala terjatuh akibat hentaman badai yang kian menggila. Saf dirapatkan menandakan sedia untuk sama menghadapi apa jua situasinya. Mereka akan bertahan sampai waktu yang tidak ada notahnya selagi ada bulan dan matahari dan kepentingan HPA melebihi dari kepentingan diri sendiri.

Tahniah pada PJS Asri Hanafiah yang telah menamatkan perkhidmatanya hari ini(dengan sektor kerajaan) untuk bersama HPA. Allah menjanjikan rezeki kita semua.Amin.