Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

28 January 2009

Gerhana Matahari

Semalam kita sama-sama menyaksikan berlakunya gerhana matahari dan warga HPA di Perlis sempat mengerjakan solat gerhana yang diimamkan oleh ustaz Adnan Fadzil, Pengurus Pentadbiran HPA Industries Sdn Bhd. Solat gerhana agak berbeza sedikit dengan solat biasa kerana selepas rukuk ,i'tidal,baca fatihah semula dan rukuk semula,i'tidal dan barulah sujud.Bagitulah juga dilakukan pada kali yang kedua.2 kali rukuk,2 kali fatihah dan dua kali bacaan surah. Selesai solat diadakan khutbah mengingati tentang kebesaran Allah sebagai pengatur alam semesta ini.

Dizaman Rasullulah saw gerhana matahari berlaku pada hari kematian Ibrahim anak Rasulullah saw. Timbul desas desus menyatakan matahari juga turut berduka dengan kematian Ibrahim sehinggalah Rasulullah saw membetulkan kembali pegangan ini dengan menyatakan "gerhana matahari tidak ada kena mengena dengan kematian sesiapapun".

Dari sini marilah kita membersihkan aqidah dari sering mengaitkan berlakunya sesuatu kerana sebab itu dan ini sedangkan itu cuma ramalan yang tidak ada nas dan dalil.Cukuplah kita menyatakan "Hanya kepada Allah tempat aku berserah".Mungkin sesuatu yang kita tidak suka sebenarnya baik untuk kita.Jauhi dari tukang ramal,nujum,bomoh,orang yang mengaku kasyaf,orang yang suka "scan",orang yang suka menyebut perkara yang akan datang bagi memperlihatkan kehebatan dirinya dan lain-lain lagi.Semuanya itu akan mengelincirkan kaki kita dari jalan kebenaran.Nauzubilllah.

No comments: