Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 June 2009

Pembukaan Pusat operasi Zon Timur

Tahniah pada pengurus Zon Timur dan kakitangan yang telah membuka pejabat operasi Zon yang cantik lagi besar di Jalan Besar Guchil,K.Kerai Kelantan dan juga sekaligus kepada semua PJS yang menjayakan majlis perasmian baru-baru ini. Kita mengharapkan agar pejabat operasi zon akan menyediakan pengurusan dan stok yang terbaik lagi mencukupi.

Jualan Zon Timur Bulan Mei RM2.8 juta, peningkatan jualan sebanyak RM300k daripada bulan lepas sebagai bukti bahawa masyarakat Kelantan,Terengganu dan Pahang kini semakin aktif menggerakan peniagaan HPA. Sebuah RFC dan RCH akan dibuka segera di Kota Bharu , Kubang Kerian,Terengganu dan Kuantan.InsyaAllah.

Tanbihun ghafilin.

Dahulu kita sama-sama meneroka hutan belantara peniagaan ini dengan seribu kepayahan. Segala kekurangan dan kelemahan tidak menjadi sebab untuk berpatah balik dan meninggalkan perjuangan ini. Seluruh tenaga kerja dari warga dan pemimpin mlm sederap melangkah tanpa kata atau prasangka.

Sampai disuatu ketika tiba-tiba ujian menimpa....ramai dikalangan leader yang meninggalkan kita dan kalau adapun hanya melihat dari hujung mata saat sakarat usia perjuangan HPA. Saf di perbetulkan semula tapi kali ini ikatan yang ada semakin kukuh kerana tali ikatnya ialah hati. Kita melangkah dan terus melangkah.

HPA kini bukan lagi perlabuhan sepi bahkan sebuah ladang buah yang telah masak dan sedia di ambil makan. Kerakusan sekali lagi datang sebagai ujian. Angka bonus yang tidak pernah dijangka kini menjadi rebutan dan persaingan. Ahli-ahli lama kembali hidup bagaikan terjaga dari tidur yang panjang. Pemimpin yang dahulu telah hilang pula datang siang dan malam bertanya dimanakah keadilan. Lantaran ahlinya yang ditinggalkan telah menjadi downline orang lain.

Pengurusan terpaksa bertindak dengan arahan dan peraturan bagi mengelakan tuduhan yang datang dari pelbagai niat dan tujuan. Sekali lagi ujian berada di hadapan buat mengukur sejauh mana kukuhnya ikatan hati yang telah tersimpul mati.

InsyaAllah seminar khas untuk PJS akan diadakan bertajuk " Menggenggam harapan Ummah" akan diadakan pada waktu dan tempat yang akan ditentukan kelak.InsyaAllah.

Makasar.

Setibanya di Makasar,gambaranku terkilas pandang persis kota Medan,walaupun Makasar tidaklah boleh disamakan dengan Medan disudut populasi dan peniagaanya. Masyarakat Bugis yang menguasai kotanya sekali imbas agak sedikit tegas namun memiliki hati yang sangat halus dan mudah tersentuh.

Kota Makasar menyimpan banyak sejarah kecermelangan pengembaran orang Bugis sehinggakan salah satu simbul yang menjadi mercu kebanggaannya ialah kapal layar. Bila panitia menghadiahkan sebuah replika kapal layar ingatanku tiba-tiba jauh melayang kepada kapal layar yang di letakan di atas kubah masjid Imam Syafie di Mesir. Inilah ilmu yang boleh dipelajari bahawa bangsa-bangsa yang kuat perlu jauh perjalanan dan luas pandanganya.Imam Ghazali juga pernah menyatakan bahawa musafir itu menguatkan hati. Abunya Hamka dari Bukit Tinggi Padang juga pernah tinggal di Makasar.

Makasar pernah melakarkan sejarah kerajaan Islam di bawah Sultan Hasanudin dan kerajaan Goa persis seperti Perlak,Riau dan Parsai yang menjadi jalan pedagangan Islam di suatu masa dahulu.

Minyak Kayu putih,Teja Lawang dan minyak cengkih merupakan sumber yang boleh di jadikan bahan dagangan yang mendatangkan ekonomi terbesar bagi Makasar kerana Makasar merupakan pintu masuk ke Indonesia Timur.

Dari Makasar boleh terus ke Ambon, Maluku,Ternate dan Nusa Tenggara Timur dan lain-lain kota lagi.

Aduhai...miskipun kepenatan tapi kesungguhan warga Makasar menjadi penawar yang tidak di lupakan. Terima Kasih pada semua panitia yang bersama menjadikan HPA sebagai jalan perdagangan untuk sebuah perjuangan.

12 June 2009

Ujian.

Benar-benarlah kehidupan itu merupakan ujian pada setiap insan walau dalam bentuk apa jua yang mendatang. Bagi penduduk pulau Langkawi mereka terpaksa berhempas pulas bagi mempertahankan ugama dari terhakis sama seperti terhakisnya Pantai Pasir Hitam dan Tanjung Rhu. Generasi muda pula berhadapan dengan keruntuhan akhlaq yang sangat dahsyat apabila mereka sanggup menjadi pelayan untuk menghidangkan botol-botol arak kepada para pelancong. Surat khabar tabloid turut menyiarkan akhlaq pelajar-pelajar sekolah yang minum arak tanpa segan silu sebagai menyapa arus pembangunan yang sedang melanda.

Pulau Langkawi yang terkenal dengan air gamatnya menjadi ubat bagi luka-luka dalam tubuh tidak boleh menyembuhkan luka dihati orang-orang yang beriman. Sudah tentu penilaian mereka sangat berbeza dengan pandangan ahli ekonomi yang mahukan pulau ini menjadi maju dan tempat tumpuan. Perbezaan pandangan ini kerana bezanya neraca nilai yang dijadikan ukuran. Nilai kemanusian yang berteraskan iman atau nilaian kebendaan tanpa sempadan?

Laungan azan di Masjid Hana Kuah tiba-tiba kedengaran memecahkan lamunan tapi hati tetap bersedih kerana lampu neon dari pub dan pusat hiburan juga satu persatu dinyalakan.

09 June 2009

Pulau Tuba tidak beracun.

Pulau Tuba sebuah pulau yang berhampiran dengan Pulau Langkawi tetapi tak ramai pelancong kesana kerana kurang daya tarikan. Bagi HPA pulau Tuba tidak sama dengan namanya kerana pokok tuba itu adalah sejenis pokok beracun yang digunakan untuk meracun ikan di sungai dan kolam.Hari ini Allah menghadiahkan Pulau tuba dengan hasil bumi organiknya iaitu beras organik. Dengan kesepakatan antara Mardi, Jabatan Pertanian dan LPP pulau ini telah berjaya menjadi kawasan pengeluaran beras organik yang produktif.

Salah satu produk keluaran HPA dipasaran ialah beras organik yang ditanam diPulau Tuba. Kini sudah sampai musimnya padi akan ditanam lagi dan terima kasih kerana HPA dipanggil untuk sama bermesyuarat bagi urusan pemasaran. Alhamdulilah.

Ke Langkawi lagi

Langkawi merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati tetapi tetap dicemari dengan budaya luar yang sangat asing lagi negatif. Kedai-kedai minuman keras terdapat di kiri kanan jalan terutama di Pantai Cenang , sebuah tempat berehat di persisiran pantai yang permai lagi indah.

Satu lagi yang ingin saya tulis ialah usaha sekumpulan ahli budaya yang ingin mementaskan drama pembunuhan Mahsuri dan sumpahan 7 keturunan menjadi padang jarak padang terkukur. Unsur pementasan patut dilihat kembali kerana setiap kali sampai episod Mahsuri di tikam dan bersumpah, ribut taufan akan kembali berlaku secara realiti. Saya melihat terdapat unsur pemujaan seperti yang dilakukan di pulau Bali. Setiap tahun bila sampai ke episod tersebut berlaku ribut taufan yang kuat. Kenapa?

Inilah yang saya bimbangkan kerana kepercayaan kepada lagenda ini membuat masyarakat lebih percaya tentang keramatnya Mahsuri dan arak menjadi minuman pemuda pemudi termasuk kanak-kanak sekolah. Langkawi menjadi pulau mistik yang penuh dengan dosa dan noda.

Mudah-mudahan KPJ dilangkawi pada 11 hb nanti bagai setitis air dari paruh burung kecil yang cuba memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Bismillah kita melangkah ke Langkawi lagi.

08 June 2009

Kopi Diet

Kopi diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.
Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitanya dan jangan sekali-kali memasukan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.

07 June 2009

Musafir.

Wahai musafir pembawa kabilah dagang..
Di atas jalan inilah....
ada khabar orang dahulu
yang punya harta berjuta
kesemuanya di infakkan
dan Allah membeli dagangan mereka
tanpa ada satupun yang sisa.

Wahai musafir pembawa risalah dagang
di atas jalan inilah
ada berita yang menakutkan
kehancuran datang beriringan
sesudah munculnya ketamakan.

dan kini..
teruskan perjalananmu
dan pilihlah simpang mana yang kau mahu.

Konvek zon selatan.

Pemimpin HPA zon selatan telah mengambil satu langkah kehadapan dengan cadangan untuk mengadakan Mini konvek peringkat Zon Selatan pada 4/7/09 nanti. Tempat cadangan ialah di Dewan Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM) johor. Mereka yang akan mengikuti program ini perlu mendapatkan kupon bernilai rm10 dengan ajk penaja sebagai tiket masuk. Zon selatan kini telah mula mengorak langkah kehadapan bagi memastikan pasaran selatan akan mula dikuasai InsyaAllah.

Sokongan dari kalangan ulamak.

Sampai hari ini HPA terus mendapat sokongan kuat dari gulungan ulamak. Sokongan moral dan fizikal ini dapat di dengari dimana-mana tempat. Ini menjadikan HPA kian jauh ke hadapan bagi menjadi peneraju dalam pengeluaran produk halal di negara ini khasnya dan di dunia amnya.Perniagaan HPA merupakan intipati kuliah produk halal yang disampaikan dalam masjid dan surau.
Namun bagitu kita sama-sama menyedari meujudkan produk halal bukanya seperti membuat kuih jemput-jemput di dalam kuali. Peniagaan ini perlukan sokongan dari semua pihak dan sudah pasti dalam mencari sesuatu yang sempurna akan ditemui juga kekurangannya . Bagi jiwa -jiwa yang bersih mereka akan terus menjadi matarantai untuk menggerakan pasaran halal dan bukannya menjadi pengkritik dalam setiap kali ujudnya kekurangan.

Cukuplah masa lalu yang kita habiskan hanya untuk menjadi pemerhati dan hari ini kita buktikan kebersamaan dalam satu muamalah ini demi kerana Allah dan Rasulnya. Jauh-jauh kita buang ,peniagaan hanya untuk kepentingan diri dan pengaruh. Berniaga dan berjuang ibarat menanam benih dan sudah pasti apa yang kita tanam itulah yang akan kita tuai nanti di negeri yang kekal abadi.Amin.

5 RFC lagi akan muncul.

Setelah RCH kedua dirasmikan pada 1 Jun yang lepas kini seluruh warga HPA ternanti-nanti pembukaan serentak RFC di negeri-negeri yang tersebut di bawah:-
1. RFC Melaka
2. RFC Kluang
3. RFC Kubang Kerian
4. RFC Kuantan
5. RFC Kangar.

InsyaAlah HPA akan membuka 20 buah cawangan RFC menjelang akhir tahun 2009 dan sekurang-kurang 20 buah cawangan RCH. Target terdekat RFC untuk luar negara pula ialah cawangan di Makkah sebelum musim haji tahun ini. Terima Kasih pada semua ahli HPA yang berkerja siang malam bagi memperkenalkan HPA pada umum.TK

Gudang Zon Selatan.

Pengurusan Zon selatan kini boleh menarik sedikit nafas lega dengan adanya gudang besar di Kluang Johor. Ini bertepatan sekali dengan kehendak pemintaan yang kian meningkat khususnya dengan bertambahnya cawangan-cawangan baru. Aiskrim yang dinanti-nantikan diselatan akan dihantar segera kesana.
Setor baru ini mampu memuatkan seluruh keperluan zon selatan. Saya mendapati pengurusan setor zon juga kemas dan cekap bagi memastikan tidak ada stok yang berkurangan di cawangan. InsyaAllah sebuah lori lagi akan dihantar bagi membantu mempercepatkan penghantaran. Tahniah kepada pengurus zon dan semua team yang memberikan kerjasama yang baik.

Perkataan: Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan.

Pehak KKLIU tidak membenarkan perkataan ini di guna pakai dalam lable. semua produk herba. Oleh sebab itu pehak HPA telah meletakan stiker di atas tulisan tersebut namun bagitu nombor MAL...... sudah memadai menunjukan herba tersebut telah didaftarkan di Kementerian Kesihatan.

Leble baru yang akan dikeluarkan perkataan ini tidak akan di tulis lagi bagi mengelakan kekeliruan antara ahli HPA.InsyaAllah.