Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

02 January 2009

Peniagaan adalah perjuangan.

Melewati hari-hari yang telah lalu tanpa disedari kini kita telah berada ditahun baru 1430 Hijrah / 2009 Masihi. Tahun ini merupakan tahun penentuan kepada HPA untuk terus berenang ditengah-tengah samudra kejatuhan ekonomi yang sedang membadai dunia.Kita tidak dapat mengagak sekuat mana situasi ini akan mempengaruhi peniagaan MLMS ini. Sesuatu yang sudah berlaku ialah banyak kilang-kilang yang telah memberhentikan operasinya kerana pasaran exspot yang terjejas teruk.

Inilah nama perjuangan untuk mereka yang ingin membuktikan setiakawan, diwaktu atau saat mencemaskan ribuan ahli HPA berhempas pulas mempertahankan peniagaan ini bersama. Mereka menjadi benteng yang kuat,tidak berganjak dari posisinya miskipun kadangkala terjatuh akibat hentaman badai yang kian menggila. Saf dirapatkan menandakan sedia untuk sama menghadapi apa jua situasinya. Mereka akan bertahan sampai waktu yang tidak ada notahnya selagi ada bulan dan matahari dan kepentingan HPA melebihi dari kepentingan diri sendiri.

Tahniah pada PJS Asri Hanafiah yang telah menamatkan perkhidmatanya hari ini(dengan sektor kerajaan) untuk bersama HPA. Allah menjanjikan rezeki kita semua.Amin.

No comments: