Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

10 May 2009

Cawangan HPA di Hotel De Palma Ampang.

Kita memilih hotel ini kerana mereka menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah pertama di Malaysia.Kita wajib memberikan sokongan agar hotel ini menjadi kukuh seperti hotel - hotel yang lain.Kukuh dengan syariat Islam itulah misi kita .Kita mahu berniaga dengan mereka kerana Allah tanpa meletakan syarat kerana mereka sanggup mengubah pandangan masyarakat agar percaya kepada perhotelan syariah.
InsyaAllah cawangan HPA akan siap pada awal Jun 2009 ini di lobby hotel de Palma.Kita membuka cawangan bagi tujuan menyampaikan maklumat produk halal kepada masyarakat yang berkunjung ke hotel.Sama misi dengan hotel de palma,kita jadi pelengkap kepada keperluan halal yang dicari .Usaha untuk menyampaikan produk halal ketangan pengguna terus giat dijalankan melalui rangkaian niaga yang semakin berkembang.Amin.

No comments: