Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

26 December 2008

Surau Nurul Hikmah

Letaknya surau ini di tingkat 3 Hotel De Palma Ampang merupakan satu-satunya surau hotel yang diizinkan solat jumaat.Syukur dan tahniah atas perubahan ini kepada semua pehak yang terlibat.Inilah sebenarnya salah satu cita-cita HPA yang ingin mendirikan hotel 4 bintang di tengah-tengah bandar Kota Bharu nanti.Sebuah masjid didirikan di tingkat atas hotel bagi kemudahan dan keselesaan para penghuni dan penduduk setempat.Insyaalah.

Kita biasa melihat masjid didirikan jauh dari kawasan aktiviti harian masyarakat.Walaupun tempatnya cantik seperti atas bukit atau atas air tidak semestinya masjid ini akan dipenuhi orang setiap masa.Jika masjid didirikan di tempat awam saya rasa ianya lebih memenuhi pemintaan semasa.Pilihan tempat seperti dekat stesyen bas,dekat supermarket dan kawasan berhimpunya orang ramai akan menjadikan institusi masjid kembali berfungsi sebagai pusat pembangunan insan yang berjaya.InsyaAllah.

No comments: