MEMO
DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 29
Sekiranya tertangkapnya mereka yang menjual kopi palsu, mereka
akan berhadapan dengan denda dan penjara sebagaimana yang diperuntukkan di
bawah Akta Perihal Dagangan 1972 Section 3(1) (b).
Tindakan bersepadu antara leader dan Jabatan Perundangan HPAIC untuk operasi HAPUS ini merupakan gerak kerja terancang untuk membuktikan bahawa kita serius menangani isu ini. Sebelum ini tindakan kepada syarikat yang menggunakan nama RADIX telah mengheret 4 syarikat besar ke mahkamah dan ada yang masih di dalam proses perbicaraan.
Kali ini berbeza dengan kes kopi yang menggunakan nama RADIX kerana kumpulan ini bersembunyi dengan label RADIX yang asli. Mereka menipu sehingga sukar dikesan oleh pelanggan dan pekedai.
Satu hal yang lain pekedai juga
tidak ambil peduli apakah itu kopi asli atau kopi palsu asalkan mereka ditawarkan
dengan harga yang murah. Bagi HPA walau apapun jalan sukar yang bakal
ditempuhi kita tetap meneruskan perjuangan ini kerana inilah maruah diri dan
perjuangan. Pihak HPA akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri Koperasi dan Kepenggunaan atau KPDNK untuk menjalankan siasatan yang
lebih terperinci untuk mengenalpasti kilang-kilang haram yang beroperasi.
Serbuan akan diadakan pada bila-bila
masa sahaja bersama pihak MEDIA. Seramai 17 orang ahli Majlis Perundingan
Bersama telah hadir mewakili semua ahli MPB yang telah berjanji untuk hadir
namun begitu ianya tidak akan menjejaskan operasi HAPUS ini. Terima kasih
kepada semua yang telah berani untuk berada di saf paling hadapan
mempertahankan HPA. Nama dan jasa baik tuan puan akan disenaraikan dalam
pahatan sejarah perjuangan ini. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment