Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 October 2008

Program Amal bersama oku

Semua manusia dilahirkan bersama kelebihan dan kekuranganya tetapi di balik kekurangan itu terdapat satu potensi yang boleh dibangunkan untuk ummah.(pen)

Program amal bersama dengan OKU (cacat penglihatan) akan dibuat pada hari ini 14hb di dewan Amir Ramadhan Perlis.Seramai 30 orang yang telah memberikan nama untuk hadir di majlis ini.

Tujuan perjumpaan ini ialah untuk melihat bagaimana HPA boleh memainkan peranan aktif bagi membantu gulungan OKU dalam aktiviti harian mereka.Mereka bukan hanya boleh menghasilkan produk tetapi boleh menjadi guru kepada institusi pendidikan dan kemahiran yang akan dibuka oleh HPA kelak.

Kejayaan HPA membentuk usahawan sangat berkesan kerana HPA sendiri menyadiakan peluang pasaran bagi produk yang dikeluarkan.Setakat ini lebih daripada 100 orang usahawan termasuk usahawan tani yang telah bergabung bersama HPA membentuk pasaran bersama MLM HPA dan kenapa tidak hari ini HPA melihat potensi yang ada dalam diri OKU pula.

2 comments:

cikguafezi said...

Salam, Program bersama OKU memang sangat baik..moga Allah merahmati perniagaan ini..

ps:harap admin dpt kongsi gambar kemeriahan sambutan utk dikongsi dgn ahli hpa di sana sini..tk

editor said...

Syukur Alhamdullillah... atas usaha tuan haji melihat keupayaan OKU untuk berusaha sendiri andai diberi peluang.

Saya juga seorang OKU (Fizikal) dan telah menjadi ahli HPA sejak 2 tahun lepas.

Salam perkenalan.