Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

24 October 2008

PIC DI SP

Bagi mereka yang ingin menjadi usahawan herbalis,marilah bersama-sama mengikuti pembelajaran ini yang lebih menumpukan kepada herba-herba ubatan HPA.Terdapat 13 kaedah detox yang akan dipelajari dalam kursus ini sebagai penambahan ilmu perawatan yang telah sama-sama kita pelajari pada masa dahulu.
Ilmu perawatan berkembang dengan cepat selari dengan bertambahnya penyakit-penyakit baru pada hari ini maka sebagai seorang pengedar produk herba ubatan sewajarnya usaha mempelajari ilmu herba juga perlu ditingkatkan.Herba menjadi alternatif perubatan dunia hari ini dan perubahan kepada penggunaan herba nampaknya seperti gelombang besar yang akan mengubah corak perubatan masa depan.
Masyarakat Melayu sendiri juga menyimpan pengalaman berharga dalam dunia ubatan dan sebahagian besar pengalaman ini tersimpan dalam perubatan JAWI serta diajarkan didalam kuliah-kuliah yang sering diadakan dari masa kesemasa.
Kami berjanji bahawa khazanah bernilai ini akan diajar secara telus bagi penerusan kepada generasi akan datang kerana generasi hari ini sudah jauh dari mengenali herba apatah lagi bagi mengingati nama dan khasiat herba herba tertentu.Kita mungkin terpanggil untuk menelaah kembali apabila kita melihat buku ubatan herba melayu tersimpan rapi di perpustakaan universiti di London.Semoga kita bertemu nanti di PIC yang akan diadakan.TK

No comments: