Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

18 June 2008

Pengalaman,sains dan data-data klinikal.

Satu masa dahulu generasi lampau hanya menyatakan bahawa pokok Tungkat Ali baik untuk tenaga lelaki.Pada ketika itu tidak ada satu kajian sains yang membenarkan keyataan itu melainkan berdasarkan pengalaman orang yang mengamalkanya.Keyataan orang dahulu diguna pakai turun temurun sebagai kaedah perawatan dan penjagaan kesihatan berdasarkan herba.

Beberapa tahun kebelakangan ini barulah beberapa orang penyelidik tempatan dari beberapa buah universiti melakukan pemerhatian di dalam makmal.Hasilnya sangat memeranjatkan dunia pengubatan kerana pokok Tungkat Ali bukan sahaja untuk afrodisiac(perangsang sexs) tetapi juga berkemungkinan membentuk kelahiran anak lelaki.Disamping itu,kajian dari UPM pula menunjukan kesan anti kanser.

Jadi sains datang kemudian daripada pengalaman .Pada golongan yang percaya hanya pada sebuah kajian perlu berfikir semula,kadangkala kebenaran itu dapat kita lihat pada pengalaman yang lampau.Jika kita masih terus berpegang pada "data-data klinikal" untuk membenarkan sesuatu perubatan ,yang akan terjadi belum sempat data diperolehi ,orang-orang yang memiliki pengalaman pengubatan itu semuanya sudahpun mati.

Bagitulah juga kelebihan yang ada pada kopi Radix bukan satu kebetulan tetapi satu kenyataan walaupun tidak ada data klinikal.

No comments: