Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

16 June 2008

Tasauf dan ilmu saikologi

Tasauf mengajar manusia mengenal dirinya sendiri kerana dengan jalan itu dia akan lebih kuat berusaha kearah kehambaan.Manakala ilmu saikologi pula lebih menjurus kepada cubaan mengenal orang lain dan lebih cenderong menjadi penganalisa manusia dihadapanya.Dua bidang ini sangat terkait dengan perkerjaan hati tetapi mempunyai natijah yang berbeza.

Tasauf membawa rasa takut dan harap pada setiap saat manakala ilmu saikologi membawa kepada rasa tahu dan hebat pada diri sendiri.Cabang daripada ilmu saikologi lahirlah keupayaan sesaorang untuk "scan" atau membaca sesaorang yang berada dihadapan.Kesemuanya itu di sembunyikan dalam istilah-istilah yang hebat seperti "kashaf" dan "Firasat".Padahal tidak lebih dari ilmu saikologi berdasarkan pengalaman dan tekaan semata-mata.

Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? kerana ada unsur pengagungan kepada keperibadian tokoh.Tokoh itu diangkat sehingga walaupun bercanggah dengan syariat pun tetap dipertahankan.Kadangkala tokoh-tokoh yang di katakan hebat itu tidak melakukan solat jumaat,tidak solat berjamaah,tidak membantu amal ma'ruf dan nahi mungkar,lebih asyik dengan melayan datok-datok yang datang dengan pelbagai agenda dunia.

Jangan cuba masuk kedalam ruangan sempit yang inginkan pujian manusia.Puji diatas kelebihan luarbiasa dari orang lain kerana kesemuanya itu tidak membantu hati anda untuk lebih hampir dengan Allah.Banyaknya beribadat belum tentu jalanya benar jika syariat yang lain dilepas satu persatu.Beribadat kerana mahukan kelebihan dan habuan dunia sedangkan amalan yang ditinggalkan Rasululah saw di kesampingkan.Banyak wirid wirid kelebihan bermain dihujung tasbihnya sedangkan wirid-wirid dari hadis sohih tidak dihiraukan.Ini semua kerana mahukan habuan dan kelebihan dunia yang tersembunyi dibalik ungkapan kata-kata yang indah.Wallahualam.

No comments: