Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

11 June 2008

Hati hati dengan penggunaan wafak

Kita(perubatan Jawi) mengambil pandangan ulamak yang melarang penggunaan wafak(rajah-rajah yang ditulis dengan huruf dan nombor)untuk tujuan pengubatan.Kaedah ini jelas merupakan kesinambungan kaedah perubatan jahiliah yang dipusakai dari orang orang Arab di Mesir pada zaman firaun.

Jika anda meihat beberapa wafak jelas sekali terdapat lakaran perjanjian dengan syaitan seperti segi tiga piramid dan gambar tapak kaki yang ditulis dengan kalimah Allah dan Muhammad.Saya pernah bertanya hal itu kepada beberapa orang guru yang kononnya arif dalam bidang-bidang ini.Kata mereka itu adalah "ma'rifat" sahaja.

Apa jua alasan yang diberikan,kita tetap menyatakan bahawa penghinaan kepada kalimah Allah dan Muhammad itu membawa kepada kafir.Ma'rifat apa yang ujud tanpa syariat?Malang sekali hari ini manusia menilai sesaorang dengan melihat kelebihanya padahal belum tentu kelebihan itu merupakan karomah dan kemungkinan besar dari amalan berjin.

Bagitu juga yang terjadi dalam soal bertangkal,walaupun sudah ada larangan yang keras dari hadis yang sohih namun masih ada lagi yang ingin melonggarkan hukum tanpa mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang akan terjadi pada aqidah ummat Islam.Mereka berhujah kononnya ulamak-ulamak tertentu tetap membolehkan tangkal.Bagi kita (perubatan Jawi)pegangan kita, yang tidak pernah sesat ialah selagi kita berpegang dengan al-Quran dan hadis-hadis Nabi.Amin.

Berhati-hati dengan guru yang membolehkan penggunaan rajah dalam ubatan.

No comments: