Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

12 June 2008

Merawat masalah saka.

Pada kali ini saya ingin mengajak saudara mencuba kaedah perawatan JAWI khususnya untuk kes-kes yang dikatakan SAKA.Bagi saya SAKA itu merupakan situasi yang dibentuk kepercayaanya sehinggakan ia memberikan reaksi negatif pada tubuh badan.Jika kita kuat berusaha menolak alam fikir ini,InsyaAllah tidak belaku hal-hal yang tidak di ingini.Kaedah membuang saka bagi saya juga merupakan satu aksi motivasi yang membentuk kepercayaan bahawa perkara itu telah dapat diatasi.

Tanamkan keimanan yang tinggi melalui pelajaran Aqidah.MengESAkan Allah dengan sebenar-benarnya dan takut hanya pada Allah sahaja.Jangan sekali-kali berubat kepada orang yang mengagung-agungkan kekuasan jin atau saka.Berwiridlah dengan Wirid Al ma'thurat,iaitu satu himpunan Hadis Shahih.Jangan menerima sesuatu amalan yang tidak fahami jika tidak ada sumber sandaranya.

Dahulu,keluarga saya tidak boleh memasak sejenis kuih(buah melaka- utara)jika dilakukan juga semuanya seisi rumah akan demam.Namun apabila kami mula mempelajari tentang tauhid yang sebenar kepada Allah,hal itu tidak pernah berlaku lagi.Ini membuktikan bahawa ajaran tauhid sahaja yang dapat menolak penyakit yang ada hubungan dengan masalah spiritual.

Saya juga tidak bersetuju dengan kaedah yang dipertontonkan di tv untuk perawatan yang dikatakan saka dan lain-lain seumpamanya kerana bagi saya ia akan lebih melemahkan keimanan dan ketauhidan kepada Allah.Maka bertambah-tambahlah jin menjadi sombong.Kita adalah khalifah Allah di muka bumi,diciptakan Allah untk beribadah dan takut kepadanya bukan selain dari itu.Amin.

No comments: