Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

16 June 2008

Berat Mata Memandang

Berat lagi bahu yang memikul tugas dan tanggungjawab bagi menjana ekonomi ummah.Bila anda melihat HPA mula merancang untuk menguasai produk halal dipasaran,lakukanlah apa sahaja yang termampu bagi menungkat segala kelemahanya.Memperelokan bukan mencari kecacatan untuk disebar ke sana-sini.

Terfikirkah kita sejak dari dulu lagi kita makan dan minum sesuatu yang belum tentu halalnya.Sumber bahannya yang tidak jelas dari mana pembuatanya.Hari ini diberi status halal,esok pula ditarik kembali.

Syukur,Dicelah-celah kehidupan itu lahirnya satu wadah baru yang didokongi lebih dari 450,000 orang ahli yang di kenali sebagai HPA.HPA membawa sebuah perjuangan yang dinanti-nantikan iaitu "produk halal tanggungjawab bersama".

HPA bukannya mengambil peluang pada pasaran halal yang diperkatakan orang hari ini tetapi HPA melihat sebagai tanggungjawab yang wajib dilaksanakan.Penyertaan HPA di MIHAS juga tidak bertujuan mencari pasaran luar tetapi sekadar meramaikan program yang menguntungkan ummah.Kita bersungguh dalam hal ini bukan kerana kesempatan tetapi kerana amanah yang perlu dilaksanakan.

Namun bagitu menyediakan perancangan dari peringkat "belum jadi" kepada produk siap bukanya semudah membuat goreng pisang ditepi jalan tetapi penuh dengan ujian yang meminta kesabaran.Kesabaran dari pekerja,ahli dan keluarga.Tidak upaya kaki melangkah tanpa bantuan teman-teman dan ahli-ahli yang setia sekata kerana perjuangan ini memerlukan seribu rasa kebersamaan.Bukit sama didaki,lurah sama di turuni.Berat sama kita tanggung dan ringan sama kita jinjing.

Ayuh..kita sama-sama membantu HPA walau dimana posisi mana anda berada.InsyaAllah.

No comments: