Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

16 September 2009

Kelab Kembara HPA

Kelab kembara HPA merupakan aktiviti kembara dalam dan luar negeri bagi mengenali pelbagai spesis herba yang ada di sesuatu tempat. Ia terbuka hanya kepad ahli HPA yang berminat untuk meneroka alam yang sangat unit ciptaan Allah.

Setiap ahli diminta untuk membawa kamera bagi merakamkan gambar-gambar pemandangan yang sangat cantik untuk koleksi pengembaraan. Disamping itu juga pelbagai latihan akan diadakan seperti kecekapan penggunaan kamera, penentuan spesis herba ubatan, survival dihutan, penggunaan kompas dan lain-lain lagi. Peserta juga akan membiayai sendiri semua kos yang terlibat dan peralatan-peralatan yang diperlukan adalah tanggungjawab peserta seperti khemah,kompas dan alatan lain yang akan diberitahu. Kelab ini kebanyakanya tidak akan bermalam di hotel tetapi memilih tempat perkemahan kecuali dalam situasi-situasi tertentu.

Oleh kerana aktiviti ini melibatkan aktiviti lasak maka dinasihatkan ahli ahli kembara memilih program-program yang sesuai untuknya dan tidak wajib mengikuti semua program.

Manafaat yang akan diperolehi daripada program ini ialah pendedahan yang lebih meluas tentang tumbuhan-tumbuhan ubatan dan kaedah perawatan sesuatu etnik.InsyaAllah.

Setiausaha Kelab ialah En Mahadi (0139299944) dan mereka yang telah bank in duit ke acc saya perlu memaklumkan ke setiausaha kelab segera. Daftar di http://hpa.com.my/kembara

No comments: