Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

06 September 2008

Puasa merupakan kaedah terbaik melakukan detox

Pelbagai cara detox telah kita maklumi darapada penggunaan air sampailah kepada penggunaan herba dan menggunakan mesin colon hidroterapi.Namun dalam Islam terdapat satu kaedah detox yang paling terbaik di sebalik syariat berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan.

Detox dalam bulan Ramadhan bukan hanya berlaku pada fizikal sahaja namun ianya juga berlaku pada rohani manusia bagi mengeluarkan keburukan hati yang telah lama terkumpul.Puasa sepertimana yang dituntut bukan hanya menahan diri dari tidak makan dan minum tetapi puasa zahir dan batin.Puasa zahir batin mempunyai perbezaan yang jauh dengan puasa zahir kerana puasa ini merupakan tarbiah ruhiah yang sangat bernilai.Jika berjaya melepasi tarbiah ini,Allah akan mengurniakan bintang takwa yang menjadi syarat lulus menuju kepada kerezaan dunia dan akhirat.Sementara puasa fizikal cuma akan menjadikan manusia letih dan lapar semata-mata.

2 comments:

i said...

Salam...
Tn Hj. Bagaimana cara terbaik utk mengambil herba di bulan puasa?

KELANA AKiRA said...

HIKMAH PUASA UNTUK KESIHATAN
1. Mengurang gejala penyakit kronik
2. Mempercepatkan proses pemulihan
3. Mereput saluran pencernaan
4. Menurunkan berat badan
5. Solat tarawikh - Metabolisme makanan

berpuasa merupakan "Rehat kimia" cara yang paling bagus kerana ianya boleh menjadi "Nyah Toksin" ketika berpuasa. Jadi perlu ditambah "Bahan rehat Kimia 3D" ygboleh disenergi dengan produk yang lain. Sila Tn, Hj. bagi pendapat maupun Tips utk kami di sini.

kelana akira
kuching. Sarawak