Saya telah bertemu dengan beberapa pemimpin HPA baru-baru ini dan mereka semua setuju bahawa jika kita melakukan 2 perkara sahaja insyaAllah boleh berjaya bersama MLM HPA.2 perkara itu ialah 1. Mengguna 2. Menaja.
Jika ini benar dapat dibuktikan ,Subhanallah saya yakin akan ramai orang yang tidak mampu membuat jualan akan menempah kejayaan dengan HPA.Musuh-musuh HPA yang menjual kopi dengan harga murah akan kecewa kerana teknik ini akan menyebabkan jualan mereka akan menjadi semakin sukar.
HPA pula menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan harga produk lain dipasaran.InsyaAllah pembukaan cawangan baru nanti akan mengambil kira rekabentuk sebuah pasar moden yang menawarkan semua keperluan ummat.Contuh Pasar Moden akan di siapkan pada 15/11/08 di Bandar Laguna Merbok.InsyaAllah.Datanglah dimasa perasmian nanti.
3 comments:
JADI PENGGUNA 100% - HPA
HPA bukan jual produk tetapi menjual penyelesaian. Penyelesaian dari segi dua masalah yang jarang orang kita buat iaitu Pengurusan wang peribadi dan penguruasan kesihatan (bagaimana nak elak masalh kewangan dan bagaimana nak elak dari masalah Penyakit) sebab masalah di dunia cuma dua jer iaitu masalah “DUIT” dan masalah “PENYAKIT” .Pusingan hidup kita adalah sebagai KONSUMER atau PENGGUNA iaitu KERJA, bila cukup bulan TERIMA GAJI dan kemudian selepas terima gaji kita akan BERBELANJA. Berbelanja di mana? Apabila berbelanja lazimnya kita akan ke kedai runcit maupun Supermarkert. Salah satu penyebab orang lain kaya raya adalah disebabkan oleh KONSUMER (Pengguna) itu sendiri.
Contohnya: Jika saya berbelanja RM200 X 12 bulan bermakna RM2,400 dan Potongan setiap pembelian adalah 30% masuk poket Taukey Supermarket (RM200 X30% = RM60.00 dan RM60.00 X12 bulan = RM720.00) ini baru saya seorang.
Kemudian saya perkenalkan kepada keluarga, rakan taulan, orang kampung tentang kehebatan servis di Supermarkert tersebut dengan keperluan semuanya ada dekat situ. Cuba bayangkan 20 orang terpengaruh dengan ajakan (Iklan Percuma) dari saya tadi. Berapa untung Supermarkert dan berapa untung Taukey? Mari kita sama -sama mengira
RM2,400.00 X 20 orang = RM48,000 (supermarkert bertamabah besar) dan Taukey pula dapat RM14,000 (boleh bayar downpayment kereta baru Honda City). Kita pula apa yang dapat? Apa yang kita dapat cuma Barang-barang, Beg Plastik, hadiah pinggan atau cawan, dan Resit Thank You and come again.
Setiap bulan mahu atau tidak selepas tyerima gaji, kita jadi “PENGGUNA WAJIB” untuk membeli barang keperluan di rumah. Kalaui saya ke Supermarket berbelanja sekitar RM200 X 5 bulan sudah menjadi RM1000 dan saya tidak mendapat apa-apa GANJARAN. Sedangkan kalau saya tukar dengan membeli barang keperluan harian Jenama Produk HPA, saya menjadi “PENGGUNA 100% HPA” dengan membeli sekitar 200NM X 5 bulan = 1000NM dan kemudian saya ikuti kursus PBC dan Layak Bonus 20% dan mendapat Pangkat PLX. Cuba kita kira 1000NM X 20% = RM200 saya dapat pulangan dari berbelanja di HPA. Ini bermakna masalah kewangan saya “SELESAI”.
sekadar perkongsian dari saya,
Kelana Akira.
Kuching. sarawak.
SEBUT pasal penyakit semua orang tahu tetapi tidak semua orang tahu Plan Tindakan maupun Rancangan Mencegah atau Mengelak Penyakit. Tidak pernah terfikirpun kalau sakit ini yang datang bagaimana nak elak. Doktor tidak pernah mengajar maupun mendidik kita untuk merancang bagaimana untuk mengelak penyakit. Lazimnya apa yang berlaku ialah, kalau pening kepala makan Pil Panandol, kalau kencing manis jangan makanan bergula, Kalau darah tinggi jangan makan masin-masin atau jangan makan garam dan sebagainya. Tetapi proses untuk merancang itu tidak pernah diajar sekalipun.
Kesedaran ini harus ada pada masyarakat kita kerana rata-rata orang kita bila dah sakit baru nak cari obat, baru nak dapatkan doktor. Bukan seperti orang Jepun di mana mereka akan bertanya “bagaimana atau adakah cara yang lain untuk mejadikan saya terus sihat”. Inilah Tugas kita sebagai warga HPA atau Usahawan Muslim HPA untuk “Menjual Penyelesaian” masalah kesihatan kepada Masyarakat dan tugas kita untuk mengajar dan mendidik mereka tentang perancangan kesihatan untuk mencegah atau mengelak penyakit ini. Dengan adanya kemahiran melihat masalah Penyakit dengan Teknik diagnosis tapak tangan, mata, nadi dan lidah maka, sudah tentu kita tahu senergi Herba yg mana satu sesuai untuk menyelesai masalah penyakit tersebut dan ini sudah memadai tugas kita sebagai warga HPA dan Usahawan Muslim HPA.
Dalam tugas ini kita sebagai Usahawan Muslim janagn fikir nak Bina Kaya dahulu tetapi Bina Bisnes. Bisnes bermaksud Risiko dan Risiko bermaksud “Wei” (masalah) dan “Chi” (peluang). Apabila “Masalah” dapat diselesaikan maka “Peluang” atau kekayaan ikut belakang. Maka sebab itu saya katakan dari awal bahawa HPA bukan jual Produk tetapi “Menjual Penyelesaian.”
Penyelesaian Pertama adalah “MASALAH KJEWANGAN” di mana dengan menjadi Pengguna 100% Produk Keperluan HPA maka ada pulangan yang dapat. Tidak ada masalh Pengangguran jika anak lepas sekolah yg kurang bagus matapelajaran atau tidak mampu melanjutkan pelajaran boleh “Menggaji” diri sendir dengan menyertai HPA dan minta keluarga dirumah tukar jenama produk harian di rumah kepada jenama produk HPA.
Masalah ke dua ialah ‘MASALAH KESIHATAN” itu telah saya sebutkan di atas dan untuk itu kita renung-renung dan fikir-fikirkan bersama serta bermuhasabah diri apa yang saya kongsikan di sini.
Harap apa komen dari Tuan Haji Ismail sendiri.
Kelana Akira
419501.MY01
Kuching. Sarawak
Apa yang saya perkatakan tentang HPA menjual penyelesaian akhirnya menyelesaikan MASALAH KEWANGAN dan MASALAH KESIHATAN. Apabila segalanya selesai barulah dikatakan “MAINTAIN” dan “maintain”” yang saya maksudkan ialah maintain Produk Harian HPA, Produik Kecantikan HPA dan ProdUk Herba HPA maka maintain Kesihatan, Maintain Kecantikan dan maintain Pendapatan (Bonus). Jadi Para Ushawan maupun ahli HPA tidak ada alasan untuk tidak maintain. Buat senarai 100NM untuk Produk harian, 100NM Produk Kecantikan dan 100NM Produk Kesihatan maka jadilah Pengguna yang Bijak serta Berhemah.
"JADILAH PENGGUNA PRODUK - HPA100%"
Post a Comment