Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

31 August 2008

Selamat Menyambut Ramadhan al mubarak.

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin menyampaikan ucapan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan.Semoga Ramadhan tahun ini menjadi penebus dosa kita bersama.Pada tahun 1997 (1 Ramadhan) merupakan tarikh pelancaran MLM HPA di pesada dunia peniagaan.

Kita memilih bulan Ramadhan pada ketika itu kerana kita yakin dengan keberkatan Ramadhan dan pertolongan dari Allah dari jalan yang tidak diduga duga.Setelah 11 tahun kita sama menempuh duri dan badai akhirnya hari ini kita dapat menyaksikan betapa kehaziran HPA di tengah tengah masyarakat telah diterima malah mendapat sokongan padu dari setiap lapisan masyarakat.

Semoga Ramadhan kali ini membuka pintu kedua buat HPA mencipta sejarah bagi mewakili ummah.InsyaAllah.

26 August 2008

Cecair Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar

Pada 29/8/08 HPA akan mengadakan majlis perasmian Toharah Dobi sekaligus dengan majlis pelancaran 2 produk kegunaan harian iaitu Cecair Pencuci Freesia dan Pelembut Fabrik Mawar.Cecair Pencuci Freesia merupakan pencuci pakaian dalam bentuk cecair dan kebaikanya untuk mereka yang elergi dengan bentuk serbuk terutama bagi mereka ada gangguan penafasan.
Pelembut Fabrik Mawar satu-satunya produk wangian dan pelembut kain yang dikeluarkan oleh HPA sama seperti Pelembut kain softlan.Kedai Dobi Taharah juga merupakan outlet HPA dalam memasarkan semua jenis detergent dalam bentuk MLM.Ahli boleh mendapatkan produk disini selain daripada cawangan yang ada.

Dijangka dalam tempoh 14 hari kedua produk ini akan berada dipasaran.InsyaAllah.Semua Ahli dijemput hazir.Tk.

24 August 2008

Gelombang ke Dua untuk Radix

HPA mula mengiklankan semula kopi radix berserta cola radix di TV 3 dan TV 9 sebagai petunjuk bahawa persiapan pengeluaran produk telah lengkap untuk operasi kali ke dua ini.Kilang kopi yang ada hari ini berupaya menampung pemintaan sekali ganda daripada pemintaan yang sedia ada malah dalam bulan september kilang kopi fully automatic InsyaAllah siap dan kapasitinya melebihi 5 kali ganda pengeluaran hari ini.

Persiapan ini dibuat kerana HPA akan mengeluarkan TEH MANJAKANI yang sangat sedap rasanya disamping khasiatnya yang terbukti.Selepas hari Raya majlis pelancaran Kilang baru dan teh Manjakani akan diadakan sekaligus menjadikan produk HPA semakin mendapat sambutan yang hebatInsyaAllah.

Kilang kopi fully automatic ini terletak di kawasan MIEL jejawi perlis dilengkapi dengan mesin-mesin yang canggih.Doakan kejayaan kita bersama.Amin.

Balm Pala dan Perencah Alami

Dua produk lagi telah siap untuk di pasarkan bagi tujuan seperti berikut:

1. Balm Pala - sejenis balm aromatik yang memberi kelegaan kepada penafasan terutama pada anak-anak kecil,melegakan sakit pinggang,ruam-ruam,pening dan loya,gatal digigit serengga dan nyamuk serta tujuan melegakan lenguh-lenguh sendi.

2. Perencah Alami - sebagai peganti kepada perencah ikan bakar yang kebanyakanya menggunakan plasma darah yang tidak halal.perencah alami di buat dengan penggunaan paling minimum bahan awet boleh dijadikan perencah serbaguna termasuk,nasi goreng,ikan dan daging bakar,mee udang,kotew goreng dan semua masakan sebagai perasa atau kuah.lazat dan sumber kesihatan kepada pengguna.

Selamat Mencuba,Produk Halal Tanggungjawab bersama.

Talkum mendapat pemintaan tinggi

Talkum IJK dan MBK (lelaki $ perempuan) kini telah mula diedarkan ke cawangan-cawangan HPA diseluruh Malaysia.Sebelum ini talkum MBK(wanita) telah diedarkan dan tidak sampai satu minggu telah habis dipasaran.Semua yang menggunakanya memuji produk tersebut dan kini talkum itu dikeluarkan beriringan untuk talkum lelaki.

Disamping baunya yang wangi talkum ini mempertengahkan idea IJK (Inilah Jalan Kami) dan idea MBK(Mari bersama kami).IJK adalah sebuah buku peniagaan yang menjadi tujuan kenapa HPA berniaga dan MBK juga sebuah prinsip dasar yang membezakan peniagaan HPA dengan peniagaan yang lain.Buku ini boleh dibeli sebagai usaha memahami perjalanan peniagaan HPA.

Perasmian Toharah Dobi

Majlis perasmian Toharah Dobi akan diadakan pada masa seperti berikut:-

1. Tarikh : 29/8/08
jam : jam 6 petang
Tempat ; berhampiran cawangan SP.

Kedai dobi ini merupakan kesinambungan pesiapan hotel el zahraa inn yang akan siap menjelang syawal nanti.Ahli-ahli yang membuat cucian akan dberikan nilai mata yang akan ditetapkan nanti.

Selamat menggunakan sepenuhnya perkhidmatan kita bersama.Amin

Anugrah SIRIM

Tahniah kepada semua staf yang telah berusaha bagi mendapatkan sijil Iso 9001:2000 dan Iso 22000:2005.Kedua sijil ini diperolehi setelah HPA industri mengikuti semua kehendak kepada pesijilan tersebut dan sehingga kini kilang HPA mampu duduk setanding dengan kilang-kilang yang lain di negara ini.
Iso 9001:2000 - sistem kualiti dalam semua industri.
Iso 22000:2005 - sistem kualiti dan keselamatan produk dalam industri makanan.

Doakan mudah-mudahan HPA dapat menjadi model industri yang memiliki kualiti yang diiktiraf oleh dunia dalam usaha HPA untuk menguasai pasaran global.InsyaAllah.

23 August 2008

Ahli Lembaga Pengarah Baru Koop

1. En Mohd Faisol b Abd Rahman- pengerusi
2. En Azizan bin Ahmad- setiausaha
3. Pn Norbee bt Ramli
4. pn Siti Zawiyah bt Abd Rahman
5. En Ramly bin Ahmad
6. En Zamri bin Osman
7. Pn Rashidah binti Abdul Rahim
8. Pn Zaharah binti Yusoff
9. En Hafidzan bin Fauzi
10. Tn Hj Fisal Ahmad bin Hj Ahmad Tajuddin
11. En Abdul Ghani Hussain.
12. Tn Hj Khalid bin Iskri
13. cikgu Murad bin Abu Bakar.
14. Cikgu Ismail bin Osman
15. En Rosli bin Abu Bakar - Bendahari.

Projek utama KOOP tahun 2009

Projek yang di persetujui untuk dilaksankan pada tahun 2009

1. pembekalan bahan mentah kopi Radix
2. Insuran
3. Peniagaan yang melibatkan pertanian
4. RFC.

Bagi merealisasikan objektif ini Koop akan mengambil pekerja-pekerja tetap bagi menguruskan hal-hal pentadbiran termasuk persiapan pejabat pentadbiran dan kenderaan.

Koperasi HPA Wahida

Mesyuarat agong pewakilan kali ke 2 koop Wahida HPA berhad telah diadakan dengan jayanya dengan mencatat jumlah keuntungan bersih RM342,864,19 dan pembahagian dividen sebanyak 10% kepada ahli-ahlinya.

Keuntungan terkumpul yang dibawa kehadapan RM29,201.18 (selepas tolak pembahagian berkanun dan dividen).Tahniah kepada semua ALP dan koop yang mula menunjukan prestasi yang membanggakan.

Mesyurat Agong juga mencadangkan agar koop melibatkan diri dalam RFC dan peniagaan tani yang mempunyai hubungan dengan bisnes HPA.

Promosi kosmetik

Tahun ini merupakan tahun pertama HPA mempunyai produk kecantikan yang banyak.Peluang untuk memasarkan kosmetik menjadi semakin mudah dengan kedatangan hari raya akan datang.jualan kosmetik sahaja telah mencecah 2 juta ringgit sejak ia mula dipasarkan dan ini menunjukan pemintaan kosmetik bagitu hangat di pasaran.

Promosi kali ini melibatkan item tertentu dengan pemberian diskaun 10 - 50% dan nilai mata tidak berubah.Dijangka jualan kosmetik akan mencecah 1 juta ringgit sebulan jika agen stok pandai menggunakan peluang jualan promosi ini.InsyaAllah.

Penjualan kurma pada bulan puasa

Pada tahun ini HPA tidak terlibat dalam pengedaran kurma untuk bulan Ramadhan.Ini adalah kerana fokos pengedaran Ramadhan dan syawal ialah air cola radix dan lainnya.Target jualan ramadhan dan syawal ialah sebanyak 1 juta botol dengan keupayaan dan kapasiti kilang baru ,dijangka cola radix akan berjaya mencapai sasaran.
Kilang kola radix merupakan salah satu projek besar yang dilaksanakan untuk digandingkan bersama kopi radix dipasaran.Iklan 30s yang menelan belanja 1 juta setahun akan terus disiarkan bersama iklan kopi radix ,bagi membantu proses penjenamaan Radix di pasaran.

Kordial roselle juga kini telah disiapkan dalam kuantiti yang banyak untuk menyambut bulan Barakah ini namun bagitu ianya sangat tergantung kepada kesediaan roselle di ladang.Kordial kurma juga dijangka akan dikeluarkan pada bulan Ramadhan.InsyaAllah.

Koperasi HPA Wahida

Koop akan mengadakan mesyuarat agongnya pada esok hari 23/8/08 di Pejabat Hpa Kajang.Mesyuarat Agong yang merupakan kuasa tertinggi dalam organisasi koop akan memutuskan kadar dividen yang bakal diberikan kepada pelabur yang membuat simpanan sebelum jun 2007.
Koperasi HPA baru masuk tahun kedua dengan melibatkan diri dalam penjualan bahan mentah kopi kepada HPA industri.Pemintaan kopi radix yang meningkat memungkinkan koperasi mampu meberikan dividen yang tinggi pada ahli.

Pada tahun ini apabila HPA memperkenalkan RFC ,saya melihat koperasi boleh membuka RFC nya sendiri dan melibatkan diri dalam bidan pertanian seperti pertenakan dan penanaman yang melibatkan keperluan HPA sebagai pemasarnya.

Namun bagitu kesemuanya memerlukan satu badan pengurusan yang cekap dan alp yang sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan semasa.

22 August 2008

Rawat & Inap

JHS kini memperkenalkan R&I kepada pesakit yang mahukan perawatan yang lengkap di homestay HPA di Sungai Petani.Selain dari saya, R&I dibantu oleh para pelatih herbalis termasuk beberapa orang MD doktor(staf HPA)
Lanjutan daripada R&I ,HPA mempunyai cita-cita meujudkan hospital komplementari disuatu hari nanti.Kita terus membuka peluang kepada para doktor untuk bergabung dengan HPA secara sepenuh masa atau secara part time bagi memperkembangkan pengubatan jawi untuk masa hadapan.
Kalau TCM berjaya meujudkan ribuan hospital berkonsepkan gabungan perawatan moden dan herba kenapa kita tidak bergerak kearah itu dengan herba dan teknik yang kita miliki.InsyaAllah.

jhs: 04-4484712 / 0134899917(hafiz)

17 August 2008

Label baru kopi Radix.

Label baru Kopi Radix tidak berubah cuma tidak ada perkataan pokok Tongkat Ali.Ini berikutan dengan teguran daripada Kementerian Kesihatan yang mempertikaikan kewujudan Tongkat Ali dalam ramuan tersebut.Kita menolak kaedah penggunaan Tongkat Ali secara extrak tetapi memilih cara lama untuk digunakan atas sebab:
1. kebekesannya dalam ubatan
2. Kelazatanya terpelihara
3. Pengguna memilih rasa dahulu dari rasa sekarang
4. HPA mahu kekalkan keunikan Radix sampai masa hadapan
5. Fahaman herbalisma yang menyatakan herba terbaik diambil secara paling alami.

InsyaAlah..kita akan mendapati kopi Radix menjadi pilihan utama dari masa kemasa.Iklan kopi Radix akan mula ditayangkan pada TV mulai isnin.