Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

04 December 2008

Program Zon Selatan

Syukur, sebuah lagi cawangan HPA akan dirasmikan pada malam ini di Muar,Johor.Bertempat di pejabat baru bersebelahan pasaraya Giant,majlis bacaan yassin akan di adakan pada jam 9 malam.Dijemput semua ahli HPA hadir bagi memeriahkan program bersama ini.

HPA Cawangan Mersing

Pada 5hb pula akan diadakan KPJ di hotel Selesa Pasir Gudang bermula jam 9 malam.Program peningkatan ilmu ini sepatutnya di hadiri oleh semua ahli HPA yang inginkan informasi terakhir daripada syarikat.PJS Syed Agel Bersama Ahli HPA dari Kota Tinggi - Ina Naim Dan Suhaimi (Inteam).

Semoga zon Selatan akan bangkit dengan semangat juang yang tinggi InsyaAllah.Amin.

02 December 2008

Menutup Tirai 2008.

Tahun 2008 kini telah berada dipenghujungnya namun para pengedar HPA terus mempergiatkan aktiviti jualan produk halal disegenap pelusuk negeri.PBC terus mewarnai semangat juang yang tidak pernah padam kepada warga peniagaan ini.Maju dan terus maju tanpa menghiraukan saingan produk palsu yang kian rancak dipasaran.
Kini bentuk kursus baru sedang diperkenalkan iaitu PRA PIC dimana kursus ini lebih memberikan penekanan kepada pengusaan ilmu herba yang dijangka akan meningkat kepada 9 bilion pada tahun 2010.Ucapan terima kasih juga kepada pehak Kementerian Kesihatan yang mengundang HPA untuk berkongsi pengalaman pada 18 disember ini dalam memperkatakan pengubatan komplimentari di Kuala Lumpur.Sehubungan itu juga pada bulan Disember ini HPA akan mengadakan KPJ di Sungai Petani (13/12),Alor Setar (14/12) dan KLIH (18/12)di samping program herbalis bermula dari 11/12 hingga 31/12 dan kursus seminggu Herbalis muda mulai 15hb - 21hb.


Gambar: Sebahagian peserta Sijil Herbalis Siri 14 (Gambungan Indonesia & Malaysia)

InsyaAllah,waktu tidak pernah menjadi penghalang untuk kita terus berjuang dan kemanisan perjuangan itu dapat dirasai bila bukan matlamat wang yang menjadi agenda utama.Amin.

HPA di bumi New Zealand & China

Kepulangan rombongan dari New Zealand menbawa banyak cerita tentang keindahan negara tersebut.Percutian yang menarik menghadiahkan sebuah kedamaian dalam memori hidup yang tak mungkin dapat dilupakan.Perkampungan Maori dan tempat pertenakan biri-biri yang bersih saujana mata memandang merupakan tempat yang menarik pelancong seluruh dunia untuk melihat sebuah kelainan dari yang pernah disaksikan.Kalau anda ingin meningkatkan hormon kortisol beranilah mencuba "bungee jumping" dan Belon besar disana.HPA BOLEH.

Pagi ini pula menyaksikan delegasi niaga HPA ke China melihat peluang niaga bersama.Ketibaan mereka akan di nantikan oleh wakil HPA Ust Mat(cina) bersama adik-adik yang sedang belajar disana.(biasiswa HPA).Mereka akan mempelajari teknik masakan cina yang akan disajikan dalam restoran RADIX ORIENTAL CUISINE (ROC).HPA memperkenalkan makanan cina halal bagi mereka yang tidak gemar dengan masakan berempah.Perasmian InsyaAllah pada 21hb Dis ini. >> Gambar >>

01 December 2008

Anugerah daripada MITI

Alhamdulilah HPA telah menerima pencalunan untuk mendapat anugerah THE MALAYSIAN PLATINUM AWARD 2008 daripada MITI (MALAYSIAN INDUSTRY ORGANISATION).Anugerah ini merupakan anugrah kedua berpristij kepada HPA pada tahun 2008 setelah bangun sebagai syarikat bumiputra yang berjaya. Kejayaan ini menjadikan sumber inpirasi kepada seluruh wargakerja dan para pengedar HPA bagi membuktikan HPA "BOLEH" "INSYAALAH" dengan motto "PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA".

Anugerah Perdana Menteri di MAHA 2008

Kita mensasarkan jumlah export HPA pada tahun hadapan bernilai RM10 juta ringgit sebulan memandangkan pemintaan diluar yang semakin tinggi.Buat masa sekarang HPA hanya meletakan pendapatan export hanya 10% daripada jualan keseluruhan.Ini kerana pemintaan dalam negeri pun belum sempat dipenuhi 100%.

Sebuah kilang kopi bernilai RM30 juta perlu didirikan segera bagi memenuhi pemintaan KOPI RADIX,KOPI DIET,TEH MANJAKANI DAN KOKO RADIX.Kita berdoa mudah-mudahan tahun 2009 HPA akan mencapai jumlah jualan tempatan RM300 juta setahun.InsyaAllah.

30 November 2008

Kursus herbalis muda

Kursus ini akan diadakan pada 15/12/08 di Sungai Petani Kedah selama seminggu.Terbuka hanya kepada anak ahli HPA dan bilangan yang diterima adalah terhad iaitu 50 orang sahaja.Tempahan mestilah berserta dengan resit pembayaran.
Kos kursus sebanyak RM 200 dan hanya kepada mereka yang berumur 12 tahun keatas(lelaki)sahaja.
Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang akan meneruskan pengubatan jawi kelak.Antara subjek yang akan diterapkan ialah:-
1. Pembinaan sahsiah dan ilmu adap
2. Herbalogi
3. Wirid dan Rukyah mengikut kaedah nabi
4. Berbekam
5. Seni bela-diri teknik JKD
6. Jungle trekking.
7. Hafalan Surah
9. Berenang - sungai Tupah.
10. Memanah - kemungkinan ada.
11. Berkuda - kemungkinan ada.

Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara Haris 0195749717.

PIC di Kelantan.

Syukur,kita baru selesaikan program PIC di Kelantan.Jumlah peserta melebihi 140 orang membayangkan sokongan yang padu daripada masyarakat Pantai Timur untuk HPA terus bergerak menerajui Industri Produk Halal Di Malaysia.Terima kasih pada semua PJS yang hadir memberikan semangat kepada ahli-ahli terutama yang baru mengenali HPA. Hasil sokongan ini maka HPA bercadang akan mendirikan RFC di negeri ini selewat-lewatnya sebelum penghujung Februari 2009.

Ini akan menjadi pemangkin kepada ahli-ahli HPA bahawa keberadaan HPA di negeri ini memang secara serius dan kemungkinan pelbagai projek lain boleh di fikirkan di sini.Kami diberi kesempatan melawat Tuan Guru MB Kelantan sebagai kunjung hormat bagi menandakan Insyalah peniagaan HPA di negeri serambi Mekah ini akan menjadi besar.

Pembangunan HPA di negeri Kelantan akan berlaku serentak dengan pembangunan HPA di Bandar Kluang Johor dan seorang AGM akan di hantar segera kesini untuk tujuan tersebut.Sungai Petani dikenali sebagai HPA City,Kluang pula sebagai HPA Town, maka Kelantan kita namakanya sebagai HPA City(2).Pembangunan City 2 akan segera bermula dan sekurang-kurang terdapat 20 buah cawangan HPA dinegeri ini. Lokasi pejabat pentadbiran akan ditentukan segera.InsyaAllah.

28 November 2008

kegawatan ekonomi dan jalan penyelesaianya.

Beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang sedang melanda dunia hari ini.
Pertamanya
Perpanjangkan masa berkerja daripada 8 jam kepada 14 jam kerana persaingan sengit merebut pelanggan akan berlaku.Peniagaan MLM satu-satunya jalan pintas bagi menyampaikan produk dihadapan pintu rumah pengguna.Jangan hanya memberikan fokos jualan dibandar-bandar tertentu tetapi pandai mencari tempat-tempat yang masih kosong dengan produk HPA.
Kedua.
Kuatkan pengetahuan tentang produk HPA agar setiap keunikan dan kelebihan HPA mampu disampaikan dengan baik kepada pengguna.HPA mempunya beberapa produk yang terlaris boleh dijadikan pencetus rasa ingin mengguna dihati pelanggan.Produk seperti Kopi Radix,Teh Manjakani dan Radix Koko bagitu mudah di cadangkan kepada pengguna yang baru hendak mengenali HPA sebelum produk-produk yang lainya.Kesemuanya ini boleh dilakukan dengan mendekatkan ahli dengan program-program HPA seperti kuliah mingguan,PBC,PIC,KPJ dan PBCK.
Ketiga
Himpunan dana niaga yang kuat melalui pengukuhan koop.Dana modal yang diharapkan ialah sebanyak 30 juta ringgit bagi mencukupkan stok kesemua produk yang kosong dipasaran.Sebanyak 150 buah cawangan HPA perlu ada dan nilai stok semasa perlu melebihi 100 juta ringgit.Insyaallah HPA akan membuka peluang kepada para penggunanya dan pelabur dalam saham koop.Amin.

RADIX KOKO.

Alhamdulilah kita telah mula memasarkan MILO kita sendiri yang dikenali sebagai RADIX KOKO.Semua pengedar akan menjadi penilai kepada RADIX KOKO yang dikatakan akan menjadi persaing terdekat MILO.RADIX KOKO di rumus khas supaya mempunyai rasa yang dapat diterima oleh masyarakat di negara ini.

Apakah HPA memasukan herba dalam RADIX KOKO? jawapanya tidak,kerana koko mempunyai rasa yang sangat sensitif kepada perubahan.Radix koko lebih mensasarkan pasaran kanak-kanak dan produk halal daripada HPA.Selepas ini HPA akan mengeluarkan RADIX MOCHA dimana kopi Radix dicampur dengan RADIX KOKO.InsyaAllah.

Apa pun keluaran HPA yang akan datang ,ulasan yang kita terima daripada pengurus zon utara,Ust Samad beliau berpendapat RADIX KOKO lebih sedap daripada MILO dan akan berjaya mengambil pasaran dinegara ini.

19 November 2008

Bilangan cawangan HPA.

Alhamdulilah sehingga kini kita telah berjaya meujudkan 80 buah cawangan diseluruh Malaysia yang beroperasi bagi membekalkan produk-produk halal di pasaran.Ini termasuk dengan 4 buah cawangan yang baru beroperasi pada minggu ini iaitu cawangan Kepala Batas penang,cawangan Changlon,cawangan Segamat dan cawangan Muar.

Sebanyak 10 buah cawangan lagi sedang diusahakan dan dijangka pada tahun 2009,HPA akan dapat meujudkan 90 buah cawangan keseluruhanya.InsyaAllah.Cawangan yang banyak diseluruh Malaysia adalah sebagai persediaan bagi menyediakan kemudahan kepada ahli kerana HPA akan mencukupkan 500 produk dipasaran nanti.Walahualam.

17 November 2008

kenapa Ginseng menjadi terkenal?

Apabila kita menyatakan tentang ginseng,ada beberapa buah negara yang menjadi pengeluar utamanya iaitu Korea,China dan Amerika.Ginseng sebenarnya telah diamalkan sejak ribuan tahun lagi dan kini telah dikeluarkan dalam pelbagai produk harian.Persoalanya kenapa Ginseng menjadi terkenal?
Selain daripada liputan luas dan promosi tentang khasiat ginseng dipasaran antarabangsa,masih terdapat satu kekuatan yang sebenar iaitu ginseng adalah herba yang sangat baik untuk kesihatan.Jika anda mengunjungi negara seperti China dan Korea,mereka akan menyambut tetamu dengan minuman ginseng.Bagi mereka ini merupakan adat turun temurun yang menjadi amalan bangsa mereka.
Bagitu juga di Malaysia,Satu perubahan yang besar sedang berlaku dalam pasaran masakini.Samada ia disedari atau tidak kopi radix mulai menjadi produk pilihan pengguna di kota maupun desa.Dalam survey yang telah saya lakukan hampir 80% penduduk negara ni mengenali kopi Radix .Bagi peniaga produk HPA pula menunjukan 100% meminum kopi Radix dan meninggalkan minuman yang lain dirumah.Jika kita bertanya pada kelompok kajian ini kenapa mereka menjadikan kopi radix sudah menjadi minuman harian mereka.
jawapan yang saya terima kerana khasiatnya yang benar-benar dapat dirasai.selain daripada rasanya yang unik.Jawapan ini sama dengan jawapan yang diberikan oleh penduduk di korea dan China tentang ginseng.Oleh sebab itu saya berkeyakinan bahawa pengguna dan pengemar kopi Radix akan semakin bertambah dari hari kehari dan akan menjadi minuman paling porpular di Malaysia dan dunia setanding dengan ginseng atau mungkin lebih daripada itu disuatu hari nanti.InsyaAllah.
Tahniah kepada semua ahli dan pengedar HPA yang berjuang memperkenalkan kopi ini sebagai satu pilihan utama.tk

14 November 2008

Bangkit merebut pasaran.

Masa ekonomi negara dikatakan akan merudum pada ketika itu pengguna akan sangat berhati hati membuat pilihan barang namun mereka akan tetap membeli.Oleh sebab itu kita,seluruh usahawan HPA akan bangkit untuk merebut pasaran tersebut.Kita mempunyai pelbagai kelebihan bagi mendapatkan pasaran tersebut seperti
1. produk halal
2. harga yang sepadan dgn pasaran
3. standard yang diakui
4. nama HPA yang telah dikenali.

menggunakan kekuatan ini,kita gempur pasaran sampai ke pondok kecil ditepi hutan bagi menyebarkan risalah produk kita.saya yakin pengguna akan memilih kita kerana keikhlasan dan kesungguhan yang telah ditunjukan.Siapakan usahawan HPA yang paling awal untuk sampaikan amanah ini di pelusuk kampung yang jauh.Kalau Pak Habib daripada Batam mengembara di rumah panjang sarawak menyampaikan usaha ini kenapa kita tidak boleh mengubah hadlaju perjuangan.Jangan biarkan ada peniagaan lain yang berjaya memintas kelajuan kita selama ini.Teruskan dengan Izin Allah.

Tahniah pada team PJS selatan

HPA benar-benar kini menggempur pasaran di selatan.Program PBC dan sebarang perjumpaan kini dihaziri oleh ratusan orang kadangkala tidak cukup tempat yang disediakan.Cawangan-cawangan baru tumbuh macam cendawan dengan imej yang membanggakan.Kawasan selatan yang dahulu seperti singa tidur kini bangkit berlari dengan tangkasnya.Dirasakan bahawa pencapaian bulan oktober yang lepas menjadi garis mula kebangkitan itu.Kesemua cawangan menunjukan peningkatan yang ketara.Alhamdulillah.
Johor,Melaka dan Negeri 9 merupakan negeri MLM yang sukar ditawan tetapi jika sudah menguasai hati dan perasaan pengguna ia akan menjadi lubuk emas kepada peniagaan ini.Tahniah kepada semua Pemimpin yang telah berikrar dalam perjumpaan baru-baru ini kerana anda telah mengotakan janji-janji tersebut.Kita akan terus berjuang bersama sehingga setiap rumah akan mengenal HPA sebagai produk halal yang dinanti-nantikan.Amin.

Hotel el zahraa inn

Nampaknya hotel ini sudah diperingkat akhir pembinaannya.Insyalah kita akan sama-sama merasmikanya pada bulan 12 nanti.Hotel ini merupakan imej peniagaan HPA sebagai peneraju kepada kebangkitan ummah.Slogan Radix...boleh benar-benar akan di buktikan dalam semua bidang peniagaan.
Hpa menceburi dalam bidang ubatan herba,restoran segera,pertenakan,peladangan,teknologi makanan,pendidikan,industri kosmetik,pembuatan hasil ikan,peruncitan,koperasi dan lain-lain lagi.Ini boleh dikatakan bahawa sekiranya dalam tempoh 10 tahun lagi HPA dapat mengekalkan prestasi peniagaanya ia akan menjadi sebagai sebuah badan peniagaan yang menjadi harapan kepada ummat Islam.Harapan bagi menampilkan bentuk peniagaan yang berasaskan kepada ekonomi Islam.
Kita tidak terpukau dengan kejayaan pehak-pehak yang lain jika mereka mendirikan peniagaan diatas dasar ekonomi riba kerana dasar demikian terbina dengan penindasan kepada golongan pengguna.Masyarakat hari ini sudah sedar dan beralih mencari syarikat-syaraikat yang benar-benar melaksanakan tuntutan ugama demi untuk menebus segala kesilapan pada masa dahulu.

Masalah "pengkid"

saya rasa terpanggil untuk bersama berkongsi maklumat dengan masalah yang sedang jenuh diperkatakan dimedia masakini.Masalah "lelaki" yang menjadi "wanita".Majlis fatwa telah memutuskan bahawa gejala ini merupakan satu ketetapan dari syariat Islam yang akan mendapat laknat daripada Allah.

Pada tahun 1997 dalam program HPA diTerengganu dan dalam sessi testimoni seorang lelaki telah membuat pengakuan bahawa dia pernah menukarkan imejnya menjadi seorang perempuan.Perasaan ini ujud bukan kepada zahirnya sahaja tetapi ia juga mempunyai nafsu kepada lelaki.

Kemudian beliau menyatakan "Dengan Izin Allah" selepas ia mengamalkan kapsul radix perasaan itu lama kelamaan hilang dan dia benar-benar bertaubat dan insaf dengan peristiwa itu.Disini saya mengambil kesempatan kepada semua golongan lelaki yang mempunyai masalah bagitu marilah mencuba dengan kopi radix,mudah-mudahan akan kembali normal.

Jika keadaan wanita pula yang bertukar menjadi lelaki saya mencadangkan teh manjakani untuk dijadikan amalan seharian kerana manjakani dan kacip fatimah mempunyai pytoestrogen untuk wanita menjadi wanita.Lebih-lebih lagi terdapat amalan wirid al ma'thurat yang diamalkan oleh warga HPA. InsyaAllah.

06 November 2008

Kopi Tiruan

Menghadapi isu ini pehak HPA telahpun membuat lapuran kepada kementrian perdagangan untuk tindakan.Namun bagitu perkara ini bagitu sukar untuk diatasi kerana kumpulan ini bergerak dalam rangkaian yang terancang.Mereka telah mengusai pekedai pekedai yang hanya mahukan barang yang murah.Selain daripada itu lapuran polis juga dibuat dan menunggu masa untuk tangkapan.
Namun bagitu ahli-ahli HPA terus berjuang mempertahankan edaran kopi asli walaupun banyak kedai-kedai yang enggan berhubungan dengan mereka lagi.Dalam keadaan itu pemintaan kopi radix semakin tinggi mencatat jualan tertinggi bagi kopi 3 in 1.Kopi Radix kini mula bersaing dengan nescafe yang telah menguasai pasaran dinegara ini sejak merdeka.
Kebimbangan ini lebih ketara apabila kopi radix benar-benar memberikan khasiat kesihatan.Mereka yang lemah tubuh badan akan dapat merasakan perbezaan antara minum kopi radix,kopi radix tiruan dan nescafe.Apa yang malang baru-baru ini HPA di minta oleh nescafe melalui surat lawyer agar tidak menggunakan iklan mug merah kerana dikatakan itu adalah milik mereka.Kalau tidak HPA kini sudah mula dilihat sebagai pesaing sudah tentu isu mug ini tidak akan timbul.
HPA mengambil langkah akan mencari warna mug yang lain bagi mengelakan perselisihan faham yang panjang.Namun bolehkan Nescafe mengubat hati pengedar HPA seramai 450 ribu orang yang menyatakan isu seperti "pukul anak,sindir menantu".HPA akan terus berjuang......