Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 November 2008

Tahniah pada team PJS selatan

HPA benar-benar kini menggempur pasaran di selatan.Program PBC dan sebarang perjumpaan kini dihaziri oleh ratusan orang kadangkala tidak cukup tempat yang disediakan.Cawangan-cawangan baru tumbuh macam cendawan dengan imej yang membanggakan.Kawasan selatan yang dahulu seperti singa tidur kini bangkit berlari dengan tangkasnya.Dirasakan bahawa pencapaian bulan oktober yang lepas menjadi garis mula kebangkitan itu.Kesemua cawangan menunjukan peningkatan yang ketara.Alhamdulillah.
Johor,Melaka dan Negeri 9 merupakan negeri MLM yang sukar ditawan tetapi jika sudah menguasai hati dan perasaan pengguna ia akan menjadi lubuk emas kepada peniagaan ini.Tahniah kepada semua Pemimpin yang telah berikrar dalam perjumpaan baru-baru ini kerana anda telah mengotakan janji-janji tersebut.Kita akan terus berjuang bersama sehingga setiap rumah akan mengenal HPA sebagai produk halal yang dinanti-nantikan.Amin.

No comments: