Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 November 2008

Hotel el zahraa inn

Nampaknya hotel ini sudah diperingkat akhir pembinaannya.Insyalah kita akan sama-sama merasmikanya pada bulan 12 nanti.Hotel ini merupakan imej peniagaan HPA sebagai peneraju kepada kebangkitan ummah.Slogan Radix...boleh benar-benar akan di buktikan dalam semua bidang peniagaan.
Hpa menceburi dalam bidang ubatan herba,restoran segera,pertenakan,peladangan,teknologi makanan,pendidikan,industri kosmetik,pembuatan hasil ikan,peruncitan,koperasi dan lain-lain lagi.Ini boleh dikatakan bahawa sekiranya dalam tempoh 10 tahun lagi HPA dapat mengekalkan prestasi peniagaanya ia akan menjadi sebagai sebuah badan peniagaan yang menjadi harapan kepada ummat Islam.Harapan bagi menampilkan bentuk peniagaan yang berasaskan kepada ekonomi Islam.
Kita tidak terpukau dengan kejayaan pehak-pehak yang lain jika mereka mendirikan peniagaan diatas dasar ekonomi riba kerana dasar demikian terbina dengan penindasan kepada golongan pengguna.Masyarakat hari ini sudah sedar dan beralih mencari syarikat-syaraikat yang benar-benar melaksanakan tuntutan ugama demi untuk menebus segala kesilapan pada masa dahulu.

No comments: