Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 November 2012

MEMO 16 : MENUJU PENGURUSAN BERKUALITI

Pengurusan sesuatu perniagaan bergantung kepada sejauh mana masalah yang wujud dapat diselesaikan secara bersepadu. Jika di tinjau dalam pengurusan MLM ia juga perlu dilakukan dengan serius agar usia MLM itu sentiasa muda dan tidak mengalami keadaan yang dikenali sebagai "sunset bisnis".
Pihak kami perlukan sokongan padu dari ahli-ahli yang sentiasa peka dengan keadaan syarikat. Sokongan untuk memastikan HPA melaksanakan Online System dari seluruh agen stok sangat diperlukan walaupun terdapat  agen stok HPA yang belum bersedia ke arah itu.

Apa yang penting, menjadi besar tanpa sistem akan mempercepatkan kehancuran sesebuah bisnes, maka kami sangat berbesar hati atas sokongan yang diterima dari masa ke semasa. Ayuh kita bangun dan rapatkan saf perjuangan dan selamat bertemu di Program Pintar Herba Pulau Pangkor pada 24-25/11/12. Sudah 100 nama telah diberikan untuk menghadiri siri Pintar Herba kali ini. InsyaAllah.
Bersama ini saya kirimkan komentar salah seorang agen stok kita untuk tatapan bersama...

Assalamualaikum,

Saya amat mengalu-alukan usaha pihak pentadbiran untuk mengadakan system online untuk para stokis HPA. Ini adalah kerana ia amat berkesan untuk mengelakkan penipuan dan melancarkan kerja dengan data yang tepat. Sebagai salah seorang stokis HPA, saya ingin berkongsi pendapat mengapa system online ini amat penting dalam memastikan pihak syarikat akan terus maju, tidak ditipu dan seterusnya mengawal aliran perniagaan dengan baik dan betul.
Disini saya kongsikan perkara yang saya rasa boleh membantu dalam usaha pihak syarikat untuk memudahkan System online ini.

1.       Pihak syarikat hendaklah menyediakan kemudahan online di pusat agensi atau pusat jualan bagi stokis yang tidak ada kemudahan internet dengan mengenakan bayaran sewa yang berpatutan.

2.       Untuk kawasan / daerah / negeri yang tidak ada kemudahan internet, pihak syarikat boleh menyediakan invoice denga kod yang unik /tertentu bagi  setiap  kawasan / daerah / negeri dan mestilah merekodkan no siri invoice untuk setiap stokis yang menggunakan invoice tersebut.

Semoga usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kalah untuk memajukan perniagaan berteraskan Islam ini mendapat pertolongan dan lindungan dari Allah s.w.t . Akhir kata, saya ingin juga ingin menyatakan bahawa “ Percaya kepada sesama islam itu adalah amat baik dan digalakkan tetapi ianya tidak boleh diguna pakai dalam perniagaan, kerana insan akan sentiasa mencari peluang untuk menambah ringgitnya walaupun dengan jalan yg dimurkai oleh Allah. s.w.t.  Telah lama HPA meletakkan rasa percaya sesama islam dalam perniagaan ini, namun lama kelamaan kepercayaan itu sikit demi sedikit merebahkan yang kukuh dan melumpuhkan yang gagah.

Sekian Wassallam.
Rubaayah bt Zin.
No ahli : 468647

13 November 2012

MEMO PPU KE 15 : PENYELAMATAN ILMU PERAWATAN HERBA MELAYU

MEMO PPU KE 15

PENYELAMATAN ILMU PERAWATAN HERBA MELAYU

Siapa lagi yang kita perlu tunggu kalau tidak dikalangan PJS sendiri turun ke gelanggang menuntut ilmu ini. Ini persoalan warisan sama seperti bisnes HPA yang boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Jika kita lewat bertindak, kita akan hilang tempat berpijak terutama untuk menggunakan seluruh potensi alam yang kita miliki. Kekuatan seribu teriak akan dikalahkan dengan satu ilmu yang ditekuni.

Sehubungan dengan itu JHS menawarkan skim pembelajaran bayaran mudah sebanyak RM5,000.00 dengan pembayaran sebulan RM1,000.00 sahaja. Tawaran ini bukan menandakan rendahnya nilai ilmu di JHS tetapi membuktikan betapa HPA sangat prihatin tentang kesinambungan ilmu perubatan untuk ummah.

Program JHS yang terdekat ialah pada 17/11/12 di HPAIC dan saya tunggu para PJS untuk bersama memikul amanah ini. 

InsyaAllah.

MEMO KE 14 : AYAM HERBA HPA

MEMO KE 14 : 
AYAM HERBA HPA

Ayam herba HPA selepas ini kita kenali sebagai AYAM SEMATANG (AS) . Inilah jenama yang kita akan gunakan bagi membezakan ayam kita dengan ayam-ayam yang lain. Selain dari tempoh penternakan antara 40 hingga 45 hari, AS juga tidak menggunakan bahan kimia seperti kebanyakan industri penternakan ayam konvensional. Ini menyebabkan kadar kematian AS begitu tinggi sehingga 10%.

AS tidak menggunakan hormon penggemok dan pengguna selalunya dapat membezakan ayam AS dengan ayam yang ada dipasaran. Kos penternakannya yang tinggi menyebabkan pihak kami terpaksa meletakan harga yang tinggi untuk survivalnya AS bagi masa hadapan.


Harga di pasaran: RM 16.00

Pembelian 10 ekor : RM 15.00

Pembelian atas 50 ekor : RM 14.00


Berikut adalah proses penyembelihan Ayam Sematang untuk pengetahuan para PJS :-

1. Ayam hidup sampai ke PPA Kodiang biasanya pada waktu malam.
2. Ayam dimandikan untuk mengurangkan kepanasan bagi mengurangkan kadar kematian.
3. Sembelih dan Proses untuk membuang bulu dan perut (Ayam Bulat).
4. Basuh Ayam Bulat.
5. Basuh Selepas dipotong dan sejat air sebelum dibungkus.
6. Pembungkusan.
7. Masukkan dalam 'Blastroom' - Selama 6 jam. Suhu antara -25°C hingga -35°C.
8. Simpan dalam 'Coldroom' -  Suhu antara -15°C hingga -20°C.
9. Penghantaran ke Gudang menggunakan lori frozen - Suhu dalam lori perlu -5°C.

Terima kasih.

MEMO PPU KE 13 : MINYAK ZAITUN DAN KELEBIHANYA

Tahukan anda di dalam Al-Quran Allah tidak menyebut tentang minum minyak zaitun tetapi  diganti dengan penggunaan kata "makan" minyak zaitun. Kenapa? Alangkah dahsyatnya penemuan demi penemuan ke atas minyak zaitun sehingga ia menjadi salah satu herba terlaris di dunia. Untuk mengetahui  "rahsia cahaya diatas cahaya " sewajarnya sebagai seorang PJS  akan berusaha bersungguh-sungguh untuk hadir ke KPJ di HPAIC pada 18/11/12 ini.

Kita bukan sahaja akan mendapat kupasan ilmu dari ustaz jemputan iaitu ustaz Aidil tetapi yang lebih penting ialah memberi sokongan moral kepada perjuangan HPA yang sangat mengharapkan kehadiran para pemimpinnya. Sikap berdiam diri dalam situasi ini akan menjadikan kita kerugian sepanjang kehidupan. Siapa yang sanggup menjadikan dirinya sebagai benteng HPA hadirlah dengan  penuh kerelaannya dan fikirkanlah dimana posisi yang perlu diambil pada masakini.

Tidak ramai yang mengaku menjadi kawan ketika bisnes sedang jatuh tetapi saat inilah yang paling tepat untuk menentukan siapa yang SETIA bersama HPA dan layak diberi status PJS. Ini bererti KPJ 18hb nanti akan dipenuhi dengan PJS. InsyaAllah.

12 November 2012

BENGKEL AGEN STOK

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 12
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pjs yang telah menghadiri bengkel agen stok yang sedang diadakan. Tujuan bengkel ini ialah untuk memberi penerangan bagaimana pelaksanaan online system kepada semua agen stok di Malaysia. Memang terdapat banyak sekali salah kira di mana terdapat agen stok yang membuka invoice tanpa  pembelian barang. Kesannya syarikat terpaksa membayar bonus tanpa ada kemasukkan wang. Hampir setiap minggu kes ini dilaporkan sehingga kita merasakan jika hal ini berterusan syarikat akan lumpuh.

Penerangan online system bukan tempat untuk berbincang pasal stok barang yang tidak cukup dan bonus yang belum dapat tetapi online system salah satu cara untuk "protect"syarikat dari mengeluarkan wang yang tidak sepatutnya. Kuatnya syarikat kuatlah bisnes kita dan lemahnya syarikat bererti lemahlah MLM kita bersama. Sepatutnya para agen stok melihat hal ini dengan positif kerana syarikat melaksanakan ini adalah untuk kepentingan bersama.

Pertemuan agen stok bukan tempat meluahkan marah dan pentas pidato tetapi tempat memberi pandangan yang positif. Akibat dari kehadiran watak-watak negatif perjalanan kursus menjadi agak terganggu dan apakah ini yang dinanti-nantikan oleh individu tertentu. Jika ini saya rasa tidak tepat kerana yang hadir itu adalah staf bahagian MIS sahaja dan mereka tidak boleh dipersalahkan. Lebih tepat kemarahan itu patut ditujukan kepada Pengarah jika mahu bersama lagi dalam bisnes ini atau jika rasa ingin berhijrah ke MLM yang lain, pihak HPA juga tidak ada hak menghalang kerana antara kita tidak ada kontrak seumur hidup.

Kepada semua agen stok yang menyambut secara positif seperti tulisan Tn.Syed Zulfauzi Jamalulail dalam fb saya (Tuan Haji Ismail Ahmad- gambar  selamat datang ke Kompleks HPA Industries Sdn. Bhd.)  sangat dihargai. Pjs patut menjadi benteng mempertahankan HPA dimana sahaja mereka berada.

07 November 2012

PENGETAHUAN ASAS KEKUATAN BISNES


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 11
 
Semangat merupakan kenderaan untuk bergerak dalam dunia bisnes kerana tanpa semangat bererti tidak ada keupayaan untuk melangkah jauh apatah lagi apabila bisnes sedang menghadapi masalah. Semangat tidak datang jika kita berpeluk tubuh di rumah dan meratap nasib semata mata. Semangat itu ada dalam jemaah,perjumpaan positif,mesyuarat positif tanpa kehadiran pencetus fikiran negatif di dalamnya. Jika mahu berjaya bertemulah orang yang selalu berfikiran positif bukannya orang yang sentiasa menabur isu negatif dimana-mana.

Jika mahu berjaya semangat perlu disokong dengan ilmu pengetahuan yang mendalam. Jika kita memilih kerjaya sebagai businessman produk herba maka ilmu herba perlu menjadi asas utama. Mana ada akauntan yang tidak tahu mengira? Peniagaan produk herba bukan kerja mudah tetapi perlu menggeluti satu bidang ilmu yang sangat unik. Pilihan untuk kursus jangka pendek ada dalam JHS,PINTAR HERBA,GEMPUR HERBA,KPJ dan lain-lain program.

PENGENALAN PRODUK :
http://ts2.mm.bing.net/th?id=I.4573432304632833&pid=15.1
1. D-RIA
Digunakan secara tradisional untuk melegakan sakit perut dan cirit-birit ringan. Kandungan brazilin dalam sepang dapat memberi kesan yang positif bagi sistem imun tubuh. Ia juga mengandungi alkaloid serta tannin. Ia bertindak sebagai antibiotik terhadap beberapa bakteria berbahaya seperti Salmonella typhi, Staphylococcus dan Bacillus subtilis yang selalunya menjadi punca seseorang itu mengalami cirit-birit. Kapsul ini juga sesuai digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk mengembalikan kesihatan. Selain itu, ia juga dapat membantu melegakan muntah darah.

Dos:    2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan setiap hari.

Komposisi:     60 biji kapsul

Bahan Komposisi:-
Caelsapinia sappan………..350mg

Harga:
SM-RM22.00 / SS-RM25.00

2. KAPSUL SIREH PLUS
Digunakan secara tradisional untuk penjagaan kesihatan. Kapsul ini mengandungi khasiat sirih dan juga mambu yang sememangnya diketahui mempunyai pelbagai faedah. Kandungan fenol dalam daun sirih bertindak sebagai anti-kanser dan antioksida yang baik untuk kesihatan. Selain itu, pengambilan kapsul ini juga dapat membantu membuang angin dalam badan bagi individu yang mengalami masalah kembung perut. Ia juga sesuai untuk wanita selepas bersalin.


Dos:    2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan setiap hari.

Komposisi:     60 biji kapsul

Bahan Komposisi:-
Piper betle……………..…175mg
Azadirachta indica…….…175mg

Harga:
SM-RM22.00 / SS-RM25.00

3. INER-G
http://go4halal.files.wordpress.com/2010/10/kapsul-iner-g2.jpgDigunakan secara tradisional untuk penjagaan kesihatan. Akar tebu gajah yang merupakan kandungan utama dalam kapsul ini dapat membantu melegakan demam. Di samping itu, bagi individu yang telah penat seharian bekerja, pengambilan kapsul ini akan dapat membantu meningkatkan tenaga agar kembali cergas dan bertenaga.

Dos:    2 biji pagi dan 2 biji malam. Selepas makan setiap hari.

Komposisi:     60 biji kapsul

Bahan Komposisi:-
Albizzia myriophylla………..350mg

Harga:
SM-RM22.00 / SS-RM25.00

04 November 2012

ISU JUAL AYAM ATAS NAMA HPA

Perlu ditegaskan bahawa ayam HPA ialah ayam yang dikeluarkan dari ladang HPA, makanan HPA dan di sembelih oleh Pusat Penyembelihan Ayam HPA. Jika terdapat individu yang mengaku ayam HPA ,saya mohon mestilah dirujuk kepada saya terlebih dahulu.

Penipuan dengan menggunakan nama HPA merupakan sesuatu yang tidak beretika . Ramai pemilik cawangan swasta HPA yang tertipu dengan menjual ayam daging biasa yang dikatakan organik. jika diamati ayam itu besar lebih dari 2 kg beratnya, mengandungi lemak bawah kulit dan bau hanyir yang kuat.

Hari ini jangan terlalu mudah percaya dan menerima sesiapa jua yang mendakwa menjual produk HPA .

Oleh itu semua produk yang mengaku halal perlu ada sijil halal dan yang penting jika dia menternak ayam, dimana pula ladangnya?
 
Program HPA Semasa :

1. 11.11.12 - KPC - PPU Laguna Merbuk
2. 17.11.12 - JHS - HPAIC Shah Alam
3. 24&25.11.12 - Pintar Herba 11 - Pulau Pangkor

Pertanyaan SMS : 013 929 9944

03 November 2012

KURSUS PENIAGAAN CEMERLANG ( KPC )

Terbuka bagi mereka yang inginkan pendapatan cepat dengan MAGIC SALES DAN MAGIC PRODUCTS. Sila hadir program KURSUS PENIAGAAN CEMERLANG tanpa RAGU, INI ADALAH PELUANG.


Berikut adalah Tentatif Program:
1. Kelebihan kopi V Radix
2. Testimoni
3. Bagaimana membuat jualan
4. Plan untuk sukses.

Bukan sekadar impian tetapi sebuah kenyataan dan dengarlah dari mereka yang telah berjaya..KEBANGKITAN GELOMBANG KE 2 , HPA.

Jadual Semasa KPC:
11hb Nov 2012 - PPU Laguna Merbuk
2hb Dec 2012 - HPAIC  
Masa: 8.30 Pagi - 6.00 Petang. Yuran RM250.00
Maklum sms : 0139299944

Memo dari PPU 8 : TRAINING FOR TRAINER


Melahirkan trainer yang cekap dan istiqamah memerlukan latihan berterusan. Pembentukan syahsiah dan peribadi unggul dalam berhadapan dengan apa jua ujian tidak mungkin dapat dijelmakan tanpa latihan. Pemimpin yang sedia ada mempunyai banyak kelebihan namun bagitu dalam membentuk semangat berpasukan kita masih lagi belum bersatu dalam erti kata yang sebenar.

Kedapatan program yang dihaziri oleh PU yang tidak dihaziri oleh pemimpin sedangkan disitulah sumber maklumat dalam membentengi diri dari seribu keraguan . Pandangan luar yang berasaskan " hearsaid" kerap menjadi "mental block" buat mengganggu seluruh potensi diri.

Program  ini dibuat untuk semua PJS yang berminat bagi menjadi barisan hadapan penggempur MLMS HPA tahun 2013 . Program dibuat sehari pada 18/11/12 di HPAIC dengan tajuk HPA DARI MANA HENDAK KEMANA?

Bayaran RM 50.00 sahaja. Bagi yang berminat, sila daftarkan segera kehadiran anda dengan menghubungi Bahagian LatihanHPA International Centre (HPAIC) di talian berikut :

1. Norasyikin Balkhis (019-6330727)
2. Nurul lail Tarmuin (019-4554564)
3. Azira Binti Mamat (013-3977397)

31 October 2012

KURSUS PERNIAGAAN CEMERLANG (KPC) 2 - 11.11.12

31 OKT 2012 : KPC PADA 11/11/12 DI PPU LAGUNA MERBUK , kekosongan cuma 10 sahaja lagi. Mohon daftar segera sebelum ditutup penyertaan. 

Agenda KPC kali ke 2.
1. Kopi V Radix dan kelebihan.
2. Testimoni kopi Radix
3. Peluang berjaya bersama kopi Radix
4. Plan bisnis Kopi Radix .


KPC ke 3 dibuka untuk 100 orang pada 2/12/12 di HPAIC dengan bayaran Rm250 . Pada malam tersebut juga akan diadakan Majlis Pelancaran kapsul Mangoesteen dan kapsul Moringga.

SENARAI PESERTA KPC 1 - 23 OKT 2012

SENARAI PESERTA YANG HADIR KURSUS PERNIAGAAN CEMERLANG (KPC) 23 OKTOBER 2012
BIL NAMA NO K/P NO AHLI REMARK
1 ABD AZZIZ BIN YAACOB 551125-02-5481 623496.MY01
2 SITI MARIAM BT IBRAHIM 750702-02-6292 444005.MY01
3 KHADIJAH BT JAAFAR 520530-02-5248 262315.MY01
4 NOORMAH BT ZAINOL 560806-07-5374 017518.MY01
5 AHMAD WASFI BIN MOHAMED YUSOFF 771018-08-7657 119432.MY01
6 MYZA SDN BHD 037388.

MY01
7 EVI SHORAIYA BT RIDUAN YAMANI 640617-71-5248 124795.MY01
8 WAN HASELINA BT MOHAMAD SHAGAFF 741001-02-5196 354908.MY01
9 MOHD NADZRI BIN AHMAD 541012-02-5101 000014.MY01
10 ROHILAH BT MOHAMED 590114-07-5768 285894.MY01
11 MISBAHAH BT MOHD IDRIS 560422-07-5228 296373.MY01
12 NOOR AZAKIAH BT HJ AHMAD 630831-08-5380 292680.MY01
13 HJH MAZNAH BT HJ AB SAMAT 540927-03-5434 002184.MY01
14 ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM 531109-08-6163 236002.MY01
15 ZAINAL ABIDIN BIN MOHD ALI 580710-11-5325 317562.MY01
16 HERLI HABIB BIN DJAMIR A 1650780 ( PESERTA TAK BERBAYAR)
17 BARIDAH BT MUHAMMED 600328-03-5258 287037.MY01
18 MOHD BUSTAMAN BIN SALLEH 560927-03-5395 285501.MY01
19 SHARIFAH BT SULAIMAN 680825-02-5686 031716.MY01
20 YUSRI BIN YUSOFF 770501-09-5097 315819.MY01
21 ASNIEAH BT BADRI @ NADZRI 661010-08-6206 025312.MY01
22 ZARINAH BTG DOL 660408-01-5008 577765.MY01
23 MAT YACOB BIN ALI 530803-03-5177 287027.MY01
24 MOHD DIN BIN ISMAIL 640104-02-5655 494610.MY01
25 JAMALUDDIN BIN MD NOR 531118-02-5637 028728.MY01
26 AHMAD SUBRI BIN MURAD 591116-07-5539 036086.MY01
27 MARJUNI BIN SALLEH 540602-10-5473 006999.MY01
28 AZMI BIN IDRIS 771002-03-6193 252547.MY01
29 CIK MAT SUKRI BIN KHALID 780322-11-5223 284485.MY01
30 SALEHUDDIN BIN HJ REMLY 630810-02-5151 283076.MY01
31 HAFIDZAN BIN FAUDZI 710101-08-8037 002550.MY01
32 JAMALUDIN BIN JUSOH 720713-11-5365 248594.MY01
33 MOHD GHANI BIN ISMAIL 660204-11-5007 264478.MY01
34 ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOR 510530-04-5447 711728.MY01
35 MAZNAH BT DERANI 560902-02-5502 264941.MY01
36 MOHD REDZUAN BIN MOHD RASID 760103-08-6153 420990.MY01
37 MOHD ZAHIR BIN GHAZALI 710518-02-5541 045875.MY01
38 RAHAIZAN BIN NOR 730629-05-5127 028729.MY01
39 DESMIATI BT ZUBIR
40 ZAIMAH BT ABD KADIR
41 MOHD RIDZUAN BIN AHMAD 771112-07-5927
SEMUA PESERTA PERTAMA LAYAK MEMBUAT "REKMEN" PESERTA KE KPC DAN MENDAPAT 10 SACHET SETIAP ORG YG DI"REKMEN". "REKMEN"  INI TIDAK ADA KENA MENGENA DGN LINE DLM MLM.

JAWI HERBS SHOP

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN  KE 5

JAWI HERBS SHOP

Kini telah sampai masanya para PJS menghantar anak-anak mereka untuk mengikuti JHS sebagai penyambung perubatan alamiah ini. Tindakan Puan Sharifah Sulaiman (kak pah)  dan Cikgu Nazri  menghantar anak anak mereka  mengikuti JHS patut dicontohi. Begitu juga dengan kakak Mastura Hamzah  yang bersama anaknya Alin terus aktif membuat perawatan sambil belajar di JHS.

Anak-anak PJS yang mengikuti JHS juga terpelihara pergaulan sosialnya dengan luar hasil pendidikan dalam JHS. JHS bukan sahaja melatih menjadi hebalis tetapi juga melatih untuk  membentuk  kumpulan yang mempunyai etika hidup berlandaskan agama. Bila kita sakit kita mudah mencari ubat tetapi yang paling susah untuk mencari perawat kerana perawat itu tahu tentang ubat dan cara melayani orang yang sedang dirawat.

Oleh itu jika ibu dan ayah yang menghantar anak-anak mereka dengan  sendirinya anak-anak mereka akan menjadi perawat ketika mereka sakit kelak. IKUTILAH PROGRAM SEUMUR HIDUP JHS.

Tuduhan Syiah.

MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN  KE 6

Tuduhan Syiah.

Ada kedengaran dari beberapa kelompok para ustaz kita mempertikaikan HPA sebagai kelompok syiah. Saya melihat ini kerana kedapatan beberapa orang  utama HPA yang telah  berhenti dari HPA ,dahulunya membawa ajaran syiah dalam kehidupan harian mereka. Namun untuk menghukum HPA adalah Syiah adalah sesuatu yang sangat salah dan tidak tepat.

Kita jangan mudah mendengar cakap-cakap diluar kerana untuk mengukur pendirian seseorang maka bacalah hasil tulisanya kerana tulisan tidak boleh diubah -ubah setelah ia  dicetak. Sila baca buku tulisan saya INILAH PEGANGAN KAMI, BUKU PESAN  DAN INILAH JALAN KAMI.
Buku ini sudah boleh menjadi jawapan bagi menentukan aliran aqidah dan Perjuangan HPA.

Baru baru ini di Indonesia , isu syiah turut dibangkitkan apabila saya mengaitkan nama dan teori Ibnu Sina dalam Kuliah Pintar Herba namun begitu saya bersyukur kerana isu ini dijelaskan oleh Ustaz Mawardi dengan jelas.

Jazakumullah atas penjelasannya dari Ustaz Mawardi. Beberapa ulama memang sangat menguasai dan ahli dalam beberapa bidang ilmu,
tapi dalam bidang ilmu yang lain, mungkin bukan ahlinya. Sedangkan untuk hal pengubatan Islam, selama tidak bertentangan dalam hal aqidah ahli sunnah wal jamaah, maka pendapat ulama siapapun itu, insyaAllah bisa dipakai.

Rekomendasi terkait penggunaan nama Ibnu Sina
بسم الله الرحمن الرحيم
Mengingat Ibnu Sina seorang ilmuan yang kontroversial, khususnya akidah dan keyakinannya yang sangat bertentangan dengan ahli ssunnah wal jama'ah, seperti pendapat beliau yang mengatakan bahwa alam ini kekal, dan mengingkari adanya kebangkitan manusia secara fisik. Beliau dan keluarganya tergolong dalam aliran Syi'ah Ismailiyyah Qaramitah Batiniyyah, sebuah kelompok ekstrim. Sehingga beliau banyak menuai kritik dari ulama-ulama besar ahli sunnah waljamaah, bahkan kebanyakan mereka mengkafirkannya, seperti Imam Al Ghazali, Ibnu Shalah, Imam Nawawi, Al Hafiz Ibnu Hajar, Imam Az-Zahabi, Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnul Qayyim, Ibnu Al hamawi As-Syafi'i dan banyak lagi selain mereka.

Juga mengingat bahwa sebagian ulama ahli Sunnah menukil bahwa beliau menjelang akhir hayatnya telah bertaubat, seperti yang dinukil oleh Ibnu Khilliqan dalam bukunya "Wafayatul A'yan": Menjelang wafat , Ibnu Sina mandi dan bertaubat, dan mensedekahkan seluruh kekayaannya kepada para fuqara" begitu pula yang dinukil oleh Ibnu Katsir dalam bukunya "Al-bidayah wa a-anihayah" dan begitu juga beliau sebagaimana dinukil oleh sebagian ulama yang menulis tentang hidupnya, merupakan seorang yang taat beribadah, rajin ke masjid dan qiyamullail.

Berdasarkan kenyataan diatas maka dewan syariah merekomendasikan,

1. Tidak masalah menisbatkan Ibnu Sina kepada ajaran ilmuan muslim yang pakar dalam berbagai bidang ilmu keduniaan, seperti ilmu mantiq, falsafah, ilmu falak dan khususnya keahliannya dalam ilmu kedoktoran, yang jarang ada tandingannya dan tidak seorangpun yang meragukan kepakaran beliau dalam hal ini.

2. Perlu berhati-hati dalam membaca dan mengutip dari karya-karya Ibnu Sina, supaya tidak menukil dari beliau hal-hal yang bertentangan dengan aqidah ahli sunnah wal jamaah.

3. Sekalipun beliau seorang yang bermasalah dari aspek akidah, namun hal itu tidak menghalang kita untuk mengambil manfaat dari keilmuan beliau dalam bidang kedokteran dan kesehatan, bahkan dari orang-orang yang terang-terang mereka adalah kafir sekalipun, tidak ada masalah kita umat Islam mengambil manfaat dari mereka dari sisi ilmu keduniaan, seperti Rasululllah saw dalam masalah keduniaan pernah mengambil dari eksperimen orang-orang Romawi dan Persia.

06 October 2012

KOPI V-RADIX FENOMENA

 

HARGA RUNCIT : RM10.00 SATU SACHECT


¡  Penggunaan Herba Terpilih Dengan Kekuatan 7 Kaliganda Berbanding Viagra & Ginseng. dinamakan sebagai “Kopi V-Radix Fenomena”

Kebaikan Pengambilan V-Radix Fenomena
¡  Bertenaga
¡  Rajin
¡  Mempunyai ransangan untuk hidup
¡  Pandangan yang menarik
¡  Kesegaran Tubuh Badan
¡  Kekuatan Tenaga
¡  Mempunyai Stamina
¡  Deep Sleeping
¡  Menghilangkan Sakit Sendi
¡  Penyelesaian Bagi Masalah Lelaki
¡  Boleh digunakan kaum wanita untuk kesegaran.

Pertanyaan Mengenai V-Radix dijawab Oleh Pengarah Urusan: 

1. Ada yang mengadu sakit kepala bila meminumnya: jika perkara ini berlaku pastikan minum air putih lebih dalam rutin harian kerana kekurangan air menyebabkan tubuh akan mengambil air di otak dan pinggang menyebabkan sakit terasa sekali.

2. Minum kopi v radix cuma pada waktu malam sahaja dan perrlu banyak aktiviti pada hari siangnya agar herba berkesan sebagai pelancar alian darah.

3. Kopi v radix juga pelawas yang baik disamping menghilangkan masalah slip dis.

4. Sekurang kurangnya kesan akan dapat dirasai selepas 1 jam minum.

5. Wanita digalakkan minum separuh atau suku sachet sahaja.

6. Satu sachet untuk tiga hari.

7. Jika kopi v radix di minum dengan telur separuh masak ia akan menjadi lebih lebih efektif.

8. Wanita dlam haid boleh minum kopi v radix.

DAPATKAN PRODUK SECARA ONLINE SMS : 0139299944


29 September 2012

Jadual Pengarah Urusan

TERKINI: Jadual TnHj Ismail Hj Ahmad :
29hb Sept - KPJ Tmn Uda, Johor (9.00 Malam ).
30hb Sept - Bengkel JHS HPAIC (8.30 pagi - 5.30ptg).
6HB OKT - HPAIC - Perawatan Jawi (9.00pg -5.00ptg)
6hb OKT - KPJ HPAIC (9.00 Malam)
7HB OKT - PKLP IPOH, HPA CAWANGAN SRI MANJUNG