Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

26 March 2009

ayahku dalam kenangan.

Sudah lama tidak menziarahi makam ayah,tiba-tiba pagi ini kenangan lama menerpa membuka kembali ingatan tika bersama.wajah redup ayah menyimpan kesakitan dalam tempoh yang agak panjang.Namun dalam keadaan duduk ayah tetap menjaga solat.Sendi-sendi yang membengkak nampak merah dan ada yang mengeras seperti tulang tak upaya dilakukan apa lagi .

Mungkin dari pengambilan ubatan antasid yang lama menjadikan kedua buah pinggang ayah rosak dan doktor menyarankan menggunakan mesin hemodilisis.Ayah berkeras namun masih lagi membenarkan tanganya dimasukan tiup untuk tujuan tersebut pada bila-bila masa.Aku melihat betapa sukarnya kerja-kerja doktor kerana ayah hanya tinggal tulang dan kulit sahaja.Berat badan ayah juga disekitar 40kg tidak sukar aku mengangkatnya ketika hendak mandi.Pada ketika itu usiaku juga masih muda dan sama kuat dengan pemuda kampung yang boleh menanggung segundi padi di bendang.

Dari sinilah kesedaranku muncul bagi mencari penawar terbaik dari tumbuh-tumbuhan dan aku agak bernasib baik kerana keluarga dari sebelah ibu memang telah lama terlibat dalam pengubatan herba.Ayah juga mahu mengambil pegaga dan akar lalang yang aku sediakan dan keadaan kesihatan ayah juga nampak ada sikit perubahan.Ayah menggagahi diri berjalan pada waktu pagi untuk pesiapan mengerjakan umrah dan haji walaupun selama ini ayah hanya berada diatas tilam sahaja.
Tahun itu kami mengerjakan haji bersama.Di arafah aku lihat ayah terus berdoa dengan linangan air mata Sepanjang musim haji kami sering berdua menghabiskan masa dalam masjidil haram dan masjid nabawi.Ayah nampak bagitu gembira kerana katanya kalau nak matipun sudah sempurna ibadah haji dilakukan.Pulangnya dari Makkah,ayah tak turun rumah lagi,ayah demam demam ringan dan tidak lama selepas itu ayah meninggalkan aku ,keluarga dan dunia buat selama-lamanya.Sampai hari ini doaku tidak pernah lupa pada ibu dan ayahku."Ya Allah semoga aku bertemu lagi ayah di dalam jannah-jannah Allah yang sedang menanti melalui jalan peniagaan ini .Amin.

Sardin dan ayam

Kita melangkah setapak lagi kehadapan bila berjaya keluarkan produk dalam tin dari ikan sardin dan ayam organik.Belum ada lagi ayam organik di tin kan.Inilah kejayaan kita bersama dimana kesungguhan ahli-ahli mengangkat HPA untuk mencapai impian .Namun bagitu kita perlu masa untuk bersabar bagi HPA menyiapkan semua stok produk yang dikeluarkan.

Sebenarnya HPA juga menghadapi masalah bagi mendapatkan sumber dari pembekal seperti kismis,mangga,madu dan lain-lain lagi kerana ia terkait dengan stok semasa.Kadangkala sesuatu produk yang sampai dari negara luar juga tidak mengikut standard seperti yang dikehendaki.Kordial mangga Perlis misalnya pada tahun ini buah tidak menjadi dan stok amat sedikit menyebabkan pengeluaran juga terhenti.

Inilah sedikit jawapan bagi ahli-ahli yang sering bertanya tentang stok produk-produk tertentu kenapa sampai habis.Saya rasa hal ini akan dapat kita atasi apabila jumlah stok yang ada ditingkatkan dan ahli-ahli membuat pilihan dengan produk lain yang sedia ada.

25 March 2009

Harga Ayam di turunkan.

Syukur kepada Allah yang telah memberikan nikmat kepada kita dimana projek ayam organik tanpa vaksin kini telah berjaya dilaksanakan.Pengeluaran ayam pada satu masa dahulu agak terhenti kini telah dapat di penuhi.Bukan mudah untuk memulakan sesuatu yang baru kerana ia memerlukan keseimbangan dan pembangunan sekata dalam semua aspek yang berkaitan.Jika kita menternak ayam dengan kaedah moden sekarang tanpa mengubah apa yang wajib diubah,tentulah tidak sukar untuk dilaksanakan kerana semua kaedah telah tersedia.Tetapi hari ini kita mulakan dengan sesuatu yang baru bersama wawasan yang baru merentas kebiasaan bisnes yang sedia ada.

Allah izinkan sehinggakan kini kita dapat membuat penawaran yang lebih baik untuk pengguna iaitu harga ayam daripada harga ahli rm 19.00 kepada RM 15.00 tanpa mengubah nilai mata.Skim ini berkuatkuasa sertamerta sehingga masa tertentu.Ayam organik akan dapat diperkenalkan untuk umum terutama bagi mereka yang tidak mampu membeli dengan harga yang mahal.InsyaAllah.

23 March 2009

Buah naga dan industri disebaliknya.

Selain daripada khasiat buah naga yang di promosi,harga juga menjadi faktor ramai petani khususnya orang Melayu melibatkan diri dalam penanaman ini.Tanaman ini agak mudah diusahakan kerana ia merupakan tanaman tahan air dan rintangan alam.Kadangkala saya melihat ladang-ladang yang bagitu besar dimiliki dan diusahakan oleh orang melayu.Sesuatu yang telah pasti,mereka yang menjual benih benar-benar mengaut keuntungan awal sebelum buah naga dapat dituai.

Apabila buah naga sudah dapat dipungut,dek kerana rasanya yang tak sedap(walaupun warnanya cantik kemerah-merahan)sekali lagi petani menghadapi masalah pemasaran.Bagaimana pula petani-petani dari kalangan orang cina yang membuka perladangan ini?sudah tentu mereka telahpun bersedia bagi memasarkan buah naga seperti yang mereka rancangkan.Mereka juga tidak ada masalah untuk memasarkanya dan produk mereka terbaru ialah WINE buah Naga.Bolehkan orang melayu melakukannya!!!!!!!

18 March 2009

Buat perubahan segera!

Pada semua ahli-ahli yang memasukan gambar RFC hendaklah membetulkan semula dengan warna oren hitam(Identiti HPA).Ini akan membezakan antara RFC dan KFC.Sudah sampai masanya kita membuat perubahan ini dan identiti kita membayangkan misi yang jelas "Produk Halal tanggung Jawab Bersama".

RFC juga membuat tuntutan agar hal ini diuruskan segera sebelum hujung bulan march ini dan bagi bagi pehak HPA kita tidak ada masalah dalam soal warna kerana yang kita perjuangkan ialah peniagaan bukan warna.Semua ahli-ahli perlu membuat perubahan segera bagi membuktikan kesatuan kita tersusun dan akur dengan arahan yang diberikan.InsyaAllah.

Akad - ijab kabul

Ijab kabul merupakan isyarat persetujuan walaupun tidak ada ungkapan suara.Sah jual beli jika sama-sama meredhoi dengan wang dan produk yang bertukar tangan.Perubahan zaman yang canggih menyebabkan keluasan fikh perlu diamalkan seperti sesaorang yang membeli minuman dari petisejuk yang cuma memasukan wang siling.Kita memerlukan pakar-pakar ekonomi Islam bagi membincangkan peniagaan hari ini berdasarkan hukum-hukum syariat.

Jika ini dapat dilakukan saya meyikini kita akan dapat keluar daripada kesempitan pandangan yang menyebabkan umat Islam terpinggir dari arus ekonomi dunia.Akibat daripada inilah akhirnya Islam menjadi jumud dan mundur untuk mentadbir dunia dengan Deen Ilahi.

MLMS - Kajian bukan sesuatu yang baru.

HPA ingin memaklumkan bahawa program pengistiharan MLMS HPA merupakan program dalaman untuk membuktikan bahawa peniagaan MLM boleh jadi halal dan boleh jadi HARAM!Kajian ini hanya merujuk kepada MLM HPA sahaja berdasarkan pelan pemasaran yang telah diluluskan dalam lesen AJL bukanya skim baru yang diujudkan.

Pehak kami sangat-sangat berharap sebagai umat Islam agar peniagaan MLM tidak disalah ertikan sebagai peniagaan yang memeras keringat orang lain.Oleh itu usaha membersihkan sektor peniagaan ini perlu dilakukan oleh semua pehak jika benar-benar kita meyakini bahawa MLM sah dalam peniagaan Islam.Peniagaan itu mestilah jelas dan tidak ada selindung dibalik perangkap sistem yang menyebabkan akhirnya MLM dilihat peniagaan yang tidak beretika.

HPA Mara ke zon Selatan

Peluang peniagaan produk halal bersama HPA kini mula terbuka di Selatan.Selain daripada pemintaan stokis yang yang tinggi ,peningkatan ahli juga bagitu ketara.Muncul lagi pemimpin-pemimpin yang gigih di merata tempat termasuk sokongan padu PJS-PJS dari Zon Utara yang terus menerus melebarkan jaringan mereka tanpa sempadan negeri.

Kita meyakini selepas peresmian 8 buah cawangan baru HPA di negeri Johor pada esok hari dan diikuti dengan cawangan PD di Negeri Sembilan serta Masjid Tanah di Melaka , bermulalah arus kebangkitan HPA kali kedua di Selatan.Terima kasih pada semua PJS Selatan yang mampu bertahan sehingga situasi pasaran kini berpehak kepada kita.Terima Kasih pada Kak Minah dan abang Aji ,pusat agensi yang sangat setia bersama HPA.Allah sahaja yang membalasnya.Amin.

14 March 2009

Makanan Bayi "Radix Baby"

Syukur ,tidak lama lagi HPA akan mengeluarkan makanan bayi daripada berbagai bijirin terpilih sebagai pilihan dipasaran.Usaha ini dibuat memandangkan pemintaan daripada ahli yang terlalu banyak menggesa agar syarikat menyediakan makanan khas untuk anak-anak ahli.Asas makanan ini ialah padi organik yang bebas 100% daripada penggunaan racun bermula daripada awal penanaman sampailah kepada peringkat pengambilan hasil.Padi organik dicampur dengan pelbagai jenis bijirin untuk perkembangan tubuh dan minda anak diperingkat awal pertumbuhan.
Makanan ini juga menjadikan bayi kuat dan tidak mudah diserang penyakit sesuai dengan matlamat HPA yang ingin mewujudkan generasi yang kuat tubuh badan serta memiliki aqidah yang benar.Dijangka makanan ini akan mula dipasarkan pada pertengahan bulan April.InsyaAllah.

koleksi pakaian HPA

HPA collection kini telah mengeluarkan baju kemeja lelaki dengan butangnya tertulis perkataan HPA.Baju baru ini dibuat dari kain terbaik dari korea dan dijual dengan harga yang berpatutan.Kita akan mula membuat corak batik dengan usahasama dengan uitm Merbuk dan akan berada dipasaran dengan secepat mungkin.Bagitu juga dengan pakaian anak-anak kecil yang menutup aurat sedang dalam persiapan.
HPA juga sedang mencari pereka fesyen pakaian dan pereka motif tekstil bagi menampilkan pakaian menutup aurat seperti syariat terutama untuk semua peringkat umur.Ini melengkapkan peniagaan HPA dalam semua bidang yang menjadi keperluan umat Islam.Amin.

13 March 2009

Sate Radix

Minggu ini kita akan mula mengedarkan sate organik HPA dipasaran dalam bentuk sejuk beku.Walaupun harganya agak tinggi sedikit tetapi ianya menggunakan ayam organik HPA dan selepas ini sate kambing dan lembu organik juga akan dikeluarkan.Produk ini boleh dimasukkan dalam menu kenduri kendara sama seperti ais krim.
Menu ini telah di hidangkan kepada PJS semasa perasmian kilang kopi di Jejawi Perlis.Sate ini juga disediakan dalam sediaan separuh masak hanya perlu dipanaskan didalam oven sahaja sebelum dihidangkan.Selamat mencuba resepi organik kita bersama.

12 March 2009

Khalifah fil Ardh

Kalau mahu jadi Khalifah fil ardh berpeganglah pada 3 kekuatan iaitu kekuatan aqidah,kekuatan ekonomi dan kekuatan akhlaq yang mulia.Kekuatan aqidah akan menjana kehidupan hamba yang bebas dari rasa kebimbangan pada apa jua persoalan hidup kerana jelas jalan yang dipilihnya adalah keredhaan ilahi.Sekuat mana dugaan yang mendatang dilihatnya tak ubah seperti debu-debu halus yang melekat pada pakaian.Kemanisan itu terbit dari hati yang sedang luka tersepit.Padanya janji tuhan itu sahaja yang pasti sekalipun dia tidak mengerti kenapa jadi bagitu dan bagini.

Kekuatan Ekonomi pula menjadikan dia seorang pemimpin pada mata dunia .Zaman akhir kini perlukan benda juga untuk menakluki hati yang telah mati namun jangan sampai benda terlekat pada hati nanti ia akan menjadi sombong dan lupa diri.Jika benda diletakan pada telapak tangan,benar-benar ia akan menjadi ubat buat menyembuhkan penyakit cinta dunia dan takut mati.

Akhlaq pula bagai lampu terang yang menyuluh dan sesiapa yang nampak cahayannya akan datang kerana ia adalah sebuah keperluan.Akhlaq bukanya membuang kehidupan tetapi mengambil kehidupan dengan jalan yang sangat terhormat.Ia menerbitkan rasa cinta dan sayang pada semua Insan lebih lebih lagi dizaman yang sudah hilang contuh seperti akhlaq Nabi.Akhlaq sebenarnya buah dari pohon takwa yang dasarnya menunjang tauhidnya kedalam bumi ma'rifah.Tidak mampu bagi tubuh kasar untuk menyelaminya melaikan dia sebuah hadiah dari tuhan yang mengenalinya.Beruntunglah sesiapa yang mampu sampai kesitu.

Kicap HPA

HPA akan ,memasarkan segera kicap lemak manis dan kicap masin sebagai pilihan baru pada ahli ahli.HPA juga pada saat ini sedang giat menggenapkan 500 produk dipasaran sebelum berakhirnya tahun 2009.Target 150 cawangan menjelang bulan jun akan dapat dicapai,InsyaAllah dengan penambahan cawangan-cawangan baru yang banyak di zon selatan.Pada minggu hadapan sahaja mungkin lebih daripada 8 buah cawangan baru akan mula beroperasi.

Adanya cawangan baru bukanlah pesaing pada stokis tetapi memberikan kemudahan bagi mendapatkan produk yang mudah dan agen stok tidak perlu memperuntukan modal yang tinggi untuk mencukupkan stok pada satu-satu masa.Jika 500 produk yang ada dipasaran ia memerlukan di sekitar rm1 juta bagi sesebuah cawangan.

Lagipun sebahagian barang-barang pengguna memberikan keuntungan kecil tetapi berat dan sukar untuk dibawa kesana dan kesini.

10 March 2009

KPJ DI KL akan di adakan di De Palma Ampang.

Seperti yang kita maklumi hotel de palma Ampang merupakan hotel pertama di Malaysia yang mendapat keizinan untuk mengadakan solat Jumaat.Pehak HPA merakamkan ucapan tahniah atas kesungguhan pentadbiran yang ingin menjadikan hotel ini sebagai hotel syariah.Walaupun kita tahu proses sepenuhnya belum boleh berlaku tetapi cita-cita kearah itu sedang berjalan.

Kita ingin menngambil kesempatan atas niat yang sama, KPJ bulan ini akan diadakan di hotel ini (De Palma Ampang) pada 26hb akan datang.Kita sama-sama mendokong cita-cita tersebut.Amin.

Ais Krim Toiyibah

InsyaAllah akan mula beredar dipasaran mulai sekarang.Beberapa buah cawangan telah membuat persediaan untuk pembelian Freezer .Selain daripada makan bersama pisang,aiskrim tersebut juga boleh ditaburi dengan badam atau kismis .Tekturnya yang halus memberikan sedikit perbezaan antara aiskrim toiyibah dengan aiskrim yang lain.Perasa kopi radix mengandungi 7 herba dan disediakan sedikit pahit bagi tujuan kesihatan.Diluar negara mereka lebih suka aiskrim yang agak pahit dibandingkan dengan yang manis.

Ucapan PU semasa Perlancaran Ais Krim Toiyibah

Kita mengharapkan peniagaan aiskrim akan menjadi satu peluang lagi pada ahli-ahli untuk berniaga produk halal.Walaupun peniagaan aiskrim nampak seperti peniagaan anak-anak namun disegi pemasaranya peniagaan ini juga menguasai market jutaan ringgit.amin.