Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

25 December 2008

HPA jalinkan hubungan dengan Masjid-masjid di Hulu Selangor

Inilah kali ketiga HPA dijemput oleh pehak Masjid bagi membentangkan peniagaanya kepada masyarakat.Kali ini kehaziran HPA untuk mengisi seminar dan pameran produk & makanan Halal/membina rangkaian Ekonomi Islam yang bertempat di Dewan Serbaguna Bandar utama Batangkali Hulu Selangor.

Program yang akan diadakan pada 10 januari 2009 ini adalah hasil kerjasama antara pejabat ugama Islam Daerah & gabungan Nazir-nazir Masjid Hulu Selangor.Insyaallah mudah-mudahan setiap masjid akan membuka cawangan HPA bagi menyampaikan produk halal kepada ahli jemaahnya.Pendekatan bersama masjid merupakan langkah yang dipilih oleh HPA dalam memasyarakatkan peniagaan ini kepada umum.Dalam majlis tersebut sebanyak 3 kertas kerja akan dibentangkan dan HPA diizinkan untuk menyampaikan kertakerja keiga antara jam 2.00 hingga 3.00 petang.InsyaAllah.

Kunjungan Ketua Pengarah LPP Malaysia.

Pada hari ahad yang lepas HPA Sungai Petani dikunjungi oleh Ketua Pengarah LPP Malaysia,Dato Rahim bin Ahmad bersama pengarah LPP Negeri Hj Nasir Hassan serta rumbungan.Pertemuan tersebut bagi membincangkan kerjasama antara usahawan PPK dengan HPA dalam pemasaran ayam.Dato Rahim berpendapat bahawa HPA yang telah mempunyai "nama"lebih mudah mengambil pasaran dengan berkonsepkan ayam organik.

Permasalah besar yang sering dihadapi oleh penternak ayam ialah pasaran sedangkan HPA mempunyai rangkaian pasaranya sendiri yang terdiri daripada 460 ribu orang ahli seluruh Malaysia.Walaupun pengeluaran ayam kini sudah melebihi keperluan negara iaitu 120% namun ahli HPA tetap mengutamakan ayam dari syarikat yang mereka yakini kehalalanya.

Seluruh warga kerja HPA mengucapkan ucapan terima kasih atas kesudian dato KP LPP ke kilang-kilang kami dan semoga terjalin perhubungan antara LPP dan HPA.Amin.

20 December 2008

Zon utara bertambah 2 cawangan lagi.

Kini zon utara telah mempunyai 22 buah cawangan yang telah beroperasi dan akan bertambah 2 cawangan lagi iaitu cawangan Kangar 2 dan Padang Besar.Kedudukan di Padang Besar berhampiran dengan Maybank merupakan jalan utama ketempat membeli belah disana.Mereka yang membuat kunjungan untuk berbelanja di Padang Besar akan dapat membuat belian produk halal HPA di situ.HPA juga akan menjadi pembekal kepada kedai-kedai makan disitu bagi memastikan kesucian makanan di padang Besar tidak dipertikaikan selain memberi peluang kepada umat Islam di Thailand mendapatkan produk halal yang amat sukar didapati.Semoga kerja-kerja ini mendapat keberkatan dari Allah.Amin.

Pengurusan Zon Selatan

Kini pengurusan zon selatan ditadbir oleh pejabat zon bertempat di Keluang Johor yang diketuai oleh AGM Zaimah .Terdapat 20 buah cawangan lama dan baru dijangka akan disiapkan sebelum berakhirnya bulan march 2009 iaitu:-

1. Nilai
2. Semabuk
3. Muar
4. Tangkak
5. Johor Bharu
6. Pasir Gudang
7. Batu Pahat
8. Kulai
9. Port Dikson
10. Masjid tanah
11. Mersing
12. Kota Tinggi
13. Keluang 1
14. Keluang 2
15. Segamat
16. Simpang Renggam
17. Parit Raja
18. Rengit
19. Pontian
20. Sekudai.

Para leader di selatan mohon membantu semua cawangan-cawangan ini agar mengadakan program mingguan berkala.Tk

17 December 2008

Kursus Herbalis.

Seramai 29 orang peserta kursus herbalis sedang mengikuti program sijil selama sebulan di Sungai Petani Kedah.Kursus ini bermula pada 14 hb Disember dan akan berakhir pada 4hb Januari dengan program di padatkan siang dan malam.Method pelajaran yang dilaksanakan ialah melaui kaedah penididikan bistari dimana pelajar dipanduselia oleh 3 orang doktor (MD) bagi mencari sumber-sumber daripada buku,internet,diskusi dengan mereka yang telah berpengalaman dan praktikal dijawi herbshop.

Pihak HPA juga akan mengundang pihak kementrian Kesihatan terutama jawatankuasa pelaksanaan pengubatan komplimentari untuk menilai tahap pendidikan sijil sebulan kursus herbalis yang telah diadakan kali ini.Kita berharap ini merupakan langkah pertama HPA dapat menyelamatkan Pengubatan Tradisional Melayu dari terkubur lantaran tidak ujudnya institusi pendidikan yang tersusun.Amin.

Program Herbalis Muda

Program ini telah bermula 2 hari yang lepas dimana para herbalis muda dibawa ke Lata Chelak Baling kedah.Selain daripada program jungle trekking, mendaki dan menuruni lurah sejauh 4 km mereka juga di motivasikan untuk menguatkan keyakinan diri mengharum air deras dan program flying-fog.

Mereka juga di programkan mengikuti solat diawal waktu berjamaah,alma'surat,solat dhuha dan bacaan Quran .Pada malamnya peserta terpaksa menyiapkan khemah dan makanan masing-masing mengikut kumpulan.Kini 3 hari pertama telah tamat dengan selamatnya dan kini mereka menuju ke komplek HPA bagi meneruskan kursus hijamah,reflexologi,berenang,herba,berkayak dan memanah.Terima kasih atas kepercayaan Ibu bapa pada HPA

Institut Teknologi HPA (ITHPA)

HPA kini merancang bagi mendapatkan lesen IPTS dibawah Kementerian Pendidikan dan dijangka akan memulakan institutnya pada pertengahan tahun hadapan atau lebih cepat daripada itu.Sebahagian daripada kursus yang ditawarkan ,insyalah akan mendapat pengiktirafan daripada MQA untuk program diploma.

Antara bidang yang ditawarkan ialah:

1. Pengurusan Peniagaan Multi-level(MLM)
2. Pengurasan Ladang
3. Pengurusan Hotel
4. Teknologi makanan
5. IT
6. Pembankan Islam
7. Industri kosmatik
8. Industri Herba
9. kursus bahasa
10. kursus sijil herbalis
11. lain-lain lagi (sedang dalam penyususunan)

Kursus-kursus ini mempunyai hubungan yang rapat dengan peniagaan HPA masa kini dimana pelajar yang cemerlang akan terus ditawarkan bekerja dengan HPA atau anak-anak syarikatnya.Mereka yang mempunya kelayakan menjadi pensyarah bolehlah membuat pemohonan seperti syarat yang akan di maklumkan kemudian.ITHPA megabungkan pensyarah-pensyarah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai master digree dan tenaga terlatih(berpengalaman) walaupun tidak mempunyai kelulusan kerana kita ingin melahirkan pelajar yang boleh melaksanakan kerja sesuai dengan kehendak masakini.Ikuti perkembanganya dari masa kesemasa.

Pengambilan berperingkat belajar ke Negeri China.

Tempat : cawangan HPA Sungai Petani
Tarikh : 20hb Disember.
keperluan : 2 orang (lelaki sahaja)
Tempoh pendidikan : 5 tahun
kelulusan : lepasan SPM.
Kos pembiayaan : kontrak HPA.(10 tahun selepas belajar).
Jam temuduga : 8.30 - 2.00 petang.
(Terbuka kepada anak-anak ahli HPA/anak PJS diutamakan)
- sila bawa semua dukumen yang diperlukan termasuk fotostap kad ahli ibu atau ayah)

kilang di 3 buah negeri.

Satu kejutan, graf jualan koko radix menunjukan prestasi awal menyamai pasaran kopi Radix.Allahuakbar 3x.

Koko radix mula diperkenalkan dipasaran sudah hampir sebulan dan pemintaanya sangat tinggi setanding dengan Kopi Radix.HPA Industri terpaksa bekerja 2 shif bagi memenuhi cawangan yang masih kosong.Bagi menyiapkan jumlah stok yang mencukupi HPA terpaksa mengambil masa sebulan lagi kerana kita memerlukan stok minimum sebanyak rm5 juta.

Saya yakin para pengedar boleh bersabar seperti mereka sabar menanti pembukaan 7 cawangan RFC dalam masa yang terdekat.Kesabaran yang menjadi inti perjuangan HPA kini meletakan syarikat MLM 100% bumi ini di puncak kejayaan.Kita bukan peniagaan roti segera tetapi kita berniaga dengan penuh waspada.Kegawatan ekonomi yang kian rancak diperkatakan orang menjadi medan adu kekukuhan organisasi HPA bermula dari seluruh warga kerja sampailah kepada para pengedar yang terkenal dengan kesetianya.

HPA akan membuka kilang tambahan Radix (kopi dan koko) di Pengkalan Cepa,Ipoh dan Kluang.Doakanlah peniagaan kita sentiasa di bawah peliharaan Allah.Amin.

Koperasi wahida .

Selangkah mendahului koperasi-koperasi lain dijangka koop wahida akan menutup akaun untungruginya melebihi rm700 ribu.Ini berbeza bagi tahun sebelumnya keuntungan hanya disekitar rm300 ribu sahaja.Lapuran ini akan di odit oleh jabatan pembangunan koperasi dan akhirnya barulah diumumkan peratus dividenya.

Peratus dividen yang di tentukan oleh koperasi ialah 10 % dan jika cadangan untuk mengeluarkannya melebihi jumlah itu mestilah mendapat keizinan daripada pendaftar terlebih dahulu.Koperasi mengadakan MOU dengan HPA bagi membekalkan kopi radix kepada AWM pada setiap bulan.Keperluan kopi bulanan AWM dijangka melebihi rm6juta dan koop boleh membekalkan sampai kejumlah itu jika mempunyai modal yang cukup.

Ahli-ahli HPA yang mempunyai simpanan disarankan membuat pelaburan ini kerana dalam masa ini pemintaan kopi Radix semakin meningkat dipasaran walaupun kita menghadapi sabotaj dari kopi-kopi palsu.

Program bulan Januari 2009

Peredaran masa bagitu cepat sekali sehinggakan kita kini berada dipenghujung tahun 2008.Tahniah dan terima kasih kepada semua leader-leader dan warga HPA dimana sahaja anda berada kerana kita merupakan rantaian tasbih yang tidak terputus hubunganya dengan Allah dan pejuangan.Teruskan berladang dalam peniagaan yang menguntungkan dunia dan akhirat.InsyaAllah.

Perasmian Radix Oriental Cuisine (Restoran Makanan Cina- Halal) akan diadakan pada 25hb Januari sementara RFC kedua di Alor setar pula dijangka akan akan mengadakan perasmianya pada 31hb nanti.ROC juga menyiapkan pakej makanan untuk kursus PBC yang diadakan oleh kpu pada setiap minggu disamping kemudahan hotel yang akan siap pada awal Februari.

Pada bulan Januari juga InsyaAllah jumlah cawangan HPA akan digenapkan menjadi 100 buah.Ini bererti dalam tempoh 5 bulan kemudian HPA akan mengadakan 40 buah lagi untuk mencapai 150 cawangan menjelang akhir Jun 2009.HPA mempunyai keyakinan kekerosotan ekonomi pada tahun hadapan tidak akan menjejaskan peniagaanya kerana kita meujudkan pengguna yang setia dan hanya memilih produk HPA sebagai produk halal dipasaran.

Bilangan ahli HPA kini hampir mencecah setengah juta orang menjadi tulang belakang yang kuat bagi memastikan HPA terus bengkit berdiri dan menjadi pengeluar produk halal di pasaran.

12 December 2008

Langkasuka atau langkaduka?

Langkawi telah mengalami perubahan yang sangat besar terutama dalam kejayaan menarik pelancung luar kepulau yang indah ini.Anda akan tersentak melihat bangunan-bangunan yang indah dengan rekabentuk yang sungguh mengkagumkan.

Malam hari pula akan menyaksikan kerlipan lampu-lampu yang berwarna warni yang terang dan suram bagai hikayat 1001 malam.Inilah namanya pembangunan tetapi jangan ditanya siapakah pemilik bangunan dan kedai-kedai tersebut.Bila anda berjalan di Pantai Cenang terutama diwaktu malam anda akan terasa seperti orang asing yang datang kenegara barat.Anak-anak tempatan yang dahulunya tak pandai bercakap orang putih kini sudah boleh berbual dengan baiknya.Kedai minuman arak juga diiklan dengan gahnya menandakan satu temadun yang telah mula diterima.

Sempat juga aku menjejaki pasir putih tempat qiamulai warga HPA 10tahun yang telah lalu.Terasa betapa indahnya pada ketika itu,malam yang langitnya ditaburi bintang menjadi saksi alunan zikir munajat mengikut deruan ombak yang menghempas dipantai.

kini Langkawi bukan lagi langkasuka pada orang sepertiku malah langkawi kini menempah sejarah baru lebih dahsyat dari sumpahan Mahsuri Pandak Mayah kesah lagenda yang ditambah-tambah.Langkawi bukan lagi padang jarak padang tekukur tetapi Langkawi kini benar-benar menjadi tempat penjualan arak dan kegiatan pelacur.Aduhai...aku terus berduka di Langkasuka ketenangan yang dicari menghasilkan sebuah kesedaran untuk bangkit merebut pasaran ummah.Marilah bersama kami wahai..mereka yang punya hati seperti kami.

Peluang akhir pada agen stok

Seramai 220 orang lagi agen stok yang belum mengikuti PIC khas (13 program detox) di cadangkan agar mengikuti program terdekat pada 27 dan 28hb nanti di Sungai Petani.Program ini juga terbuka kepada semua ahli HPA dengan kos bayaran rm200 termasuk penginapan dan makanan. Kursus Agen Di Kluang, Johor

Disamping mengikuti kursus mereka para peserta juga dapat meninjau perkembangan RFC yang telah mula operasi 24 jam,hotel el zahraa yang hampir siap serta ROC (restoran masakan cina)yang akan beroperasi pada bulan januari nanti.

Sungguhpun kita telah banyak kali mengikuti kursus-kursus KPJ namun perkembangan ilmu perubatan,pengamatan serta testimoni kesembuhan perlu dikongsikan jika kita mahu menguasai pasaran untuk masa hadapan. RFC Legenda Hight, Sg.Petani

setiap kali kita mengikuti kursus kita akan dapat sesuatu yang baru dan ini sangat berguna terutama dalam menghadapi kemelut ekonomi yang tidak menentu.Hanya masyarakat berilmu sahaja yang akan berjaya.InsyaAllah.(Langkawi)

04 December 2008

PIC terakhir pada tahun 2008.

PIC terakhir tahun 2008 akan diadakan pada 27 -28hb Disember.Semua agen stok yang masih belum mengikuti kursus ini diminta untuk mendaftar kerana kita telah menetapkan bahawa setiap agen stok perlu mengikuti program ini bagi menyelaraskan misi dan visi HPA pada tahun 2009. PESERTA PIC UNTUK PJS PADA BULAN OKT DI SUNGAI PETANI

Baru 50% agen stok yangtelah mengikuti kursus ini dan inilah peluang terkhir pada tahun 2008 bagi mereka yang ingin menjadikan peniagaan ini sebagai peniagaan sepenuh masa.Dalam kursus ini diajarkan tentang 13 kaedah detox mengikut kaedah perubatan jawi serta anda berpeluang untuk soal jawab bagi meluaskan wawasan peniagaan.Majlis ini hampir sepenuhnya dikendalikan oleh saya sendiri.InsyaAllah. Hubungi dengan bahagian latihan untuk maklumat lanjut. Terimakasih

PIC kepada Ahli HPA Bulan Okt Di Sg.Petani

RADIX KOKO.

Radix koko ternyata lebih sedap daripada produk koko yang lain,itulah sebahagian komentar yang saya terima dari pengguna.Mungkin perlu saya jelaskan bahawa radix koko telah dimasukan ekstrak tunas barli yang mula bercambah.Kalau anda pernah melihat taugeh daripada kacang hijau tentu anda akan faham tentang tunas yang baru bercambah pada biji barli.Oleh sebab itu rasanya bagitu lemak dan berkhasiat.


Radix Koko

Koko memang terkenal untuk afrodisiak namun bagitu Radix koko HPA ekstrak barli mempunyai kesan serat yang tinggi untuk berfungsi sebagai pelawas dan koko sendiri boleh mendatangkan ketenangan pada penggunanya.

Oleh sebab itulah radix koko dijangka akan mendapat tempat dipasaran terbuka secara meluas InsyaAllah.