Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

05 January 2010

Potensi 2010.

Peningkatan jualan pada bulan Disember 2009 menampakkan unjuran garis lintang peniagaan yang membanggakan. Jika kecerunan daripada hujung tahun 2009 dikekalkan pencapaian 20juta akan dapat dicapai pada bulan april tahun ini. Namun begitu masih banyak angkubah-angkubah pasaran yang pasti menjadi sedikit penghalang kepada pencapaian tersebut. Kenaikan harga gula misalnya sedikit sebanyak juga meningkatkan kos kopi radix. HPA boleh mengambil 2 pendekatan samada menguranginya dalam kopi Radix atau dengan sedikit kenaikan harga baru dipasaran.
Banyak juga yang mencadangkan agar kopi radix dikurangi gulanya kerana dibimbangi menjadi pemacu penyakit kencing manis dan darah tinggi. Namun bagitu kelompok yang lebih ramai sering mengingatkan jangan lagi diubah resepinya. Kedua-duanya ada benarnya tetapi HPA akan mencari jalan keluar ditengah-tengah supaya harga dapat dikekalkan dan kemanisan juga harus sedikit kurang manis. Kita kena didik masyarakat dan warga HPA menghargai kesihatan dengan makanan yang tidak terlalu manis.
Cerita tentang kencing Manis,dahulu kita sebut kopi radix boleh digunakan untuk pesakit kencing manis.Kes yang sama seperti madu lebah dan kencing manis, ada yang menjadi baik sesudah mengambil kopi radix dan ada yang meningkat gulanya. Bergantung kepada penerimaan tubuh sesaorang pengguna tetapi dalam HPA kita tidak ambil satu herba sahaja dalam pengubatan sesuatu penyakit. Kena ada sinergi kerana sinergi itulah yang menghilangkan keracunan dan mengelakan dari berlakunya kesan sampingan.
Jadi ada produk HPA namanya "Madu Plantisol" madu yang disinergikan dengan herba plantisol. Ia sangat berkesan untuk mereka yang impotensi(lemah tenaga lelaki) kerana kencing
manis. Inilah seni pengubatan Jawi yang melihat keberkesanan herba melalui sinergistik herb. Apa yang saya nak tuliskan ialah tentang jualan dan potensi tahun 2010 untuk mencatat sejarah gemilang HPA sempena hijrah 1431.InsyaAllah.

No comments: