27 January 2011
Tahun 2011
Tahun ini,HPA akan memberikan tumpuan dalam produk pengubatan jawi yg menjadi teras utama peniagaan hpa.
26 November 2010
Petikan FB: Perubatan Jawi
22hb Nov 2010: Perawatan herba di HPAic akan diadakan pada bulan hadapan. Sila maklum pada mereka yang inginkan perawatan. en hafiz- 0194749717
21hb Nov 2010: VCO juga boleh dijadikan antibiotik yg berkesan terutama untuk selsema dan sakit tekak. Vco juga boleh menjadi pencuci darah terutama dlm kes kelemahan di ginjal . Pesakit yg menghadapi kelemahan di ginjal selalunya di serang mengantuk berpanjangan.Ini disebabkan kualiti darah yang tidak cukup untuk membawa oksigen ke dalam tubuh.
20hb Noiv 2010: Kapsul IMT sudah boleh menjadi altenatif terbaik menggantikan ubat kimia untuk demam. Ia ternyata cepat beriaksi tetapi jangan ambil melebihi dos yg ditetapkan iaitu 1 x 3 kerana kesannya akan terjadi batuk pula.
20hb Nov 2010: Semalam hujan ais di masjidil haram.Buat pertama kali saya dptmngutip ketulan ais dijalan.Kata org boleh dimakan menjadi ubat utk panas badan tapi saya sendiri tidak ada ilmu tentang ini.Petir & guruh sambung menyambung mnjadikn sausana sedikit panik. Kesan yang saya rasakan ialah kesejukan yg sangat walaupun dh minum kopi Radix. Apapun kami bersyukur kerana jln tidak banjir utk ke Mina pd malam tadi.
19hb Nov 2010: Ahli pula berperanan sebagai wakil syarikat dlm akad wakalah dan tidak boleh sesuka hati meletakan harga dipasaran. Menjual kopi radix dgn harga murah termasuk dlm pecah akad dan pehak syarikat berhak tidak memberikan apa apa bonus spt yg dijanjikan
19hb Nov 2010: Fahami akad mlms dahulu sebelum bersama kerana dibimbangi termasuk dlm muamalah yg haram. Mlms HPA tidak sama dgn mlm yang ada dipasaran.Akad al jualah berlaku antara ahli dengan HPA dan penetapan harga mestilah menyamai pasaran biasa yang sebanding.
19hb Nov 2010: MLMs bukan peniagaan yang boleh berjaya tanpa ilmu . Oleh itu HPAic dijadikan tempat pelbagai program untuk memantabkan ahli ahli dalam pengetahuan peniagaan terkini. Jika anda telah memilih HPA sebagai tapak untuk berbisnis sebaiknya jangan lepaskan peluang menyertai program yang diadakan secara berkala di situ.
04 August 2010
Chlorophyll Drop HPA.(Produk Baru)
25 June 2010
HIV
Di negara kita pula ,banyak juga kita mendengar ada klinik yang mampu mengubati penyakit HIV dan ada pula yang dijatuhkan hukuman di mahkamah kerana dakwaan mereka itu. Kenapa isu HIV sangat sensitif? dimana ada masalah disitu ada peluang.....sesiapa yang menjumpai ubatannya akan sangat terkenal didunia pengubatan dan penjualan ubatan tersebut juga menjadi besar.
Shiekh Abdul Majid melakukan perubatan dengan kaedah ilahiah dan alamiah dan dia sanggup buktikan keimanan yang benar akan menjadi jalan di ijabahnya doa oleh Allah swt. Perubatan Jawi juga percaya hal yang sama dan kini sedang membuka peluang kepada mereka yang menghidapi gejala HIV tetapi bukan penagih dadah untuk diterapi dengan herba. Kita tidak mendakwa menyatakan kita menemui ubatannya tetapi kita akan buktikan kepada 10 orang pesakit HIV dengan testimoni kesembuhannya.
Berapakah % keyakinan akan sembuh dengan herba ini? jika anda bertanya bagitu pada saya maka saat ini saya ingin menyatakan bahawa saya mempunyai keyakinan 100% sembuh dengan Izin Allah. Mudah-mudahan saya juga akan menjadi seperti shiekh Abdul Majid yang menemui penawar HIV tetapi bukan kerana wang tapi kerana sebuah perjuangan. Amin.
20 June 2010
Rumah kecil tiang seribu.
Kadangkala mereka meminjam kata-kata indah seperti "jihad ekonomi" bagi dijadikan moto perjuangan mereka di negara umat Islam dan ini tidak lain dari bentuk propaganda bagi membenarkan jalan mereka. Kita sedia mengetahui bahawa apa jua istilah yang digunakan sedikitpun tidak akan mengubah hakikat sesuatu peniagaan. Lebih-lebih lagi jika peniagaan itu terus memberi sumbangan kepada Yahudi untuk terus membunuh ummat di mana sahaja.
Umat Islam pula yang telah lama leka dalam bidang ekonomi terus menjadi pengguna yang menyerah pada kuasa pasaran bikinan mereka(Yahudi). Hari ini mereka membuka supermarket seperti membuka kedai runcit ,setiap bulan ada sahaja cawangan baru. Mereka akan memonopoli dan terus menekan peniaga-peniaga kecil ke dinding.
Dahulu pada zaman awal kemerdekaan, kerajaan menghadkan pembukaan supermarket kerana ingin memberi peluang peniaga-peniaga kecil berkembang yang kebanyakannya terdiri daripada orang Melayu Islam. Hari ini keadaan itu sudah hilang kawalan di mana peniagaan Melayu Muslim cuma layak membuka warung di tepi jalan sahaja. Ini amat menyedihkan.
Ada satu bentuk peniagaan yang boleh mencabar ekonomi orang yahudi iaitu peniagaan MLM. MLM yang jujur dan mempunyai wibawa untuk menguruskan peniagaan ummah bukannya MLM yang bersifat lipstick di bibir, mudah wujud dan mudah hilang.…(bersambung)
Demam dan Muhasabah.
Apabila kita demam,tenang-tenangkanlah hatimu kerana hati yang tenang akan mempercepatkan kesembuhan dengan Izin Allah. NIkmatilah kesakitan dengan sempurnanya sambil hati jangan dimatikan dari terus memuji zat yang menciptakan diri. Dialah Allah yang menjadikan kesakitan dan sedikit kepayahan dalam hidup untuk disempurnakan ganjaran di akhirat nanti. Dialah Allah yang sedia mendengar rintihan hamba-hambanya ketika menahan kesakitan kecil maupun besar. Dialah Allah yang tidak pernah meninggalkan manusia ketika ditimpa kesusahan. Maha Suci Dia yang ujud dalam setiap nafasmu dan semua penciptaannya.
Takala tubuh menjadi lemah jangan dibiarkan hati dan fikiran juga turut lemah.Mata dan telinga miskipun tidak upaya menangkap dari rupa benda dan bunyi tetapi hati tetap terus menerus memuji ilahi. Kita bukan hanya bersyukur pada benda yang ada tetapi tetap bersabar takala tiada.
Demam menjadi pembakar pada racun dan dosa dan jalan mana yang kita sendiri mungkin tidak terduga. Hari-hari yang kita lalui terlalu banyak patah perkataan,arahan,tindakan yang telah dilakukan. Semuanya kita lakukan dengan sesumpurna mungkin tetapi mungkin ada lagi yang tersalah tafsir dan bahasa maka semestinya kita mengharap keampunan yang sempurna dari Allah. Setiap saat kita cuba menjadi manusia terbaik pada pandangan Allah ,namun sudah tentu tidak akan dapat memuaskan hati manusia semuanya. Kepada Allahlah kembali segala urusan.
Jika tubuhmu masih demam,teruskan muhasabah sehingga sampai renunganmu bahawa kesakitan itu merupakan bunga kasih dari tuhan. Jika engkau ditakdirkan sembuh ,teruskanlah kebaktianmu sampai nafas tidak upaya dihela lagi. Jika engkau di beri kesakitan yang panjang ,nikmatilah sebuah suratan tuhan padamu tanpa keluh kesah kerana Allah tidak pernah meninggalkanmu sedetik jua pun dan Allah mengangkat darjatmu dengan kepayahan pada tubuhmu itu. Berbahagialah.
12 June 2010
Petikan fb PU
No.1 : Dua rumbungan umrah telah selamat sampai ke Madinah dan kini akan mula berangkat ke Makkah. Rumbungan kali ini termasuk skim insentif HPA (konvek 2009),para staf (hari staf 2009) dan Webmaster.
No.2 : Perhimpunan staf bulanan (SP) akan diadakan pada petang ini di Dewan Omar Mukhtar jam 2.30 am. Perjumpaan bulanan ini untuk dapat maklumat semasa tentang halatuju HPA dari Pengarah Urusan. InsyaAllah. Peserta MIBF pula akan mengadakan lawatan ke Kilang Napoh.

fb pu hpa: @Perubatan Jawi : Penduduk Arguni Irian Jaya membawa kubah masjid yang disumbang oleh seluruh ahli-ahli HPA. Memberi pada yang memerlukanya . Tk semua yang menyokong peniagaan HPA.amin.
11 June 2010
Petikan fb PU
No.2: Perasmian RFC Perlis pada 30hb Jun dan kini Perlis mempunyai 6 cawangan,2 RCH dan 1 RFC. Perasmian di buat oleh YAB MB Perlis. Semua ahli HPA di jemput hadir.tk
No.3: Buku Jawi Med Herbs ke 3 akan mulai berada dipasaran pada minggu hadapan. Sila dapatkan koleksi perubatan Jawi sebagai rujukan dan jangan lupa juga membeli buku niat sebagai koreksi diri dalam dari masa kesemasa.
No.4: Seramai 41 orang lagi akan mengikuti kursus awal MIBF di Sungai Petani pada 12 dan 13hb ini. mereka semua adalah pengusaha yang sedang membesarkan peniagaan bersama HPA. InsyaAllah
05 June 2010
04 June 2010
Burung cendrawasih
Burung cendrawasih yang menjadi mitos dan mistik pada penduduk Irian kini menjadi burung antik yang mahal di pasaran.Burung jantan biasanya mempunyai bulu halus dan terindah d bandingkan dengan burung lain.oleh kerana ingin menjaga bulunya,burung ini akan membuat pintu keluar yang lain.Tubuhnya mempunyai tulang seperti dawai panjang. //@pengasas perubatan jawi dari Fak Fak, Irian Jaya03 June 2010
Misi Dakwah PU HPA Fak Fak Irian Jaya


02 June 2010
Perjalanan Dakwah Ke Irian Jaya
2hb Jun 2010: Program Seminar Sehari Produk Halal Tanggungjawab Bersama bersama Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad di Masjid Munawwarah,Irian Jaya
01 June 2010
Perjalanan Dakwah Ke Irian Jaya
29 May 2010
Pembukaan Kilang Makanan Ternakan(ayam)- KMT

29hb Mei 2010: Hari ini akan diadakan majlis kesyukuran pembukaan Kilang Makanan Ternakan(ayam)- KMT pada Jam 10 am . Dijemput semua pemimpin dan ahli kemajlis tersebut di tapak kilang KMT , Kota Kuala Muda,Pantai Merdeka Kedah. Ini menandakan seluruh warga HPA kini boleh membuat lawatan bagi melihat kejayaan kita bersama. Amin.
Video profail HPA
Sehingga kini baru 3 produk yang telah kita edarkan iaitu album musafir perjuangan,solawat terapi dan video profail.Dijangka video klik yang akan menyusul ialah belayarnya bahtera nusantara,video klik musafir perjuangan dan menawan puncak Slamet. Selamat mengikuti perkembangan HPA. Dari kita untuk kita.amin.
