Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

30 March 2010

Selamat Jalan Kepada ahli HPA tunai Umrah

Petikan dari Facebook PU : perubatan jawi

1.Selamat jalan kepada ahli-ahli HPA (40 orang) yang akan mengerjakan Umrah (insentif khas) dan doakan semoga peniagaan HPA semakin kukuh dipesada dunia. Kami turut gembira dengan insentif ini kerana sejauhmanapun pendapatan dan kekayaan kita,semuanya hanya bererti bila digunakan untuk jalan Allah. (renungilah lagu musafir kelana). Mengetuai jemaah umrah insentif khas kali ini ialah Ahmad Adnan Fazdil yang juga setiausaha penal syariah HPA. Pada tahun ini juga seramai 50 orang pekerja HPA (45 dari Malaysia dan 5 dari Indonesia juga mendapat insentif umrah dan akan bersama jemaah bulan jun nanti.InsyaAllah.

2.Majlis penutupan sijil herbalis ke 18 akan diadakan di Dewan Omar Mukhtar(DOM) tanggal 31 March (esok). Hari ini mereka membuat praktikal bekam di Baling Kedah sebagai syarat kelayakan untuk mendapat sijil herbalis.

3.HPA Halal Mart di Kota Fesyen(Sebelah Mydin Mall) sudah mula beroperasi. Datang beramai-ramai sesudah menikmati hidangan di RFC. Tahniah juga pada semua wargakerja HPA zon selatan yang menyiapkan HPA Halal Mart yang menarik di Serkam (MHH).

4.Pelancaran Produk dari Melaka Halal Hub telah dirasmikan pada pagi semalam oleh YB Datuk Hj Md Yunus bin Husin (pengerusi jawatankuasa Negeri, perindustrian, perdagangan, pembangunan usahawan dan koperasi negeri Melaka) Turut hadir YB Ar Hj Ismail bin Osman dan YB Datuk Hj Ghazale bin Mohamad (ADUN SERKAM). Semua leader (PJS.) dari KPS telah hadir dan terima kasih atas semua pihak yg terlibat.

5.Halal Mart kini sudah mula buat "renovation" di tapak the mines,Sungai Besi. Satu langkah ke hadapan untuk menyiapkan produk halal di lokasi tersebut. Dijangka pada penghujung april sudah boleh beroperasi. HPA bercita-cita untuk berada di semua pasaraya besar sebagai tuntutan fardhu kifayah kecuali di Tesko ataupun pasaraya milik orang Yahudi.

Penjualan zon

Penjualan di Zon timur dan zon utara kini sama setanding. Peningkatan jualan harian melebihi rm145k sering beriringan dan pembukaan cawangan-cawangan baru di utara nampaknya lebih pesat dibandingkan zon timur. Namun bagitu prestasi jualan cawangan setempat pula menampakan zon pantai timur lebih menyerlah. Dikira daripada jumlah PBC pula mendapati sama-sama rancak dengan kepimpinan yang kebanyakanya menjurus kepada penghayatan ugama.
Kita masih menunggu zon mana yang akan berjaya mencipta jualan 200k sehari antara zon-zon yang ada.Zon selatan juga telah keluar dari garisan lama penjualan 50k sehari kepada 80k dan diharapkan program gen 2 pada awal april akan melonjakan jualan zon kepada 100k sehari. Zon tengah juga mengejar jualan ketiga terbanyak dengan pendapatan rm120k sehari dan sekali sekala melompat ke 140k. Zon Borneo di bawah pengurusan baru (en Izham) mula meletakan target sebulan 1 juta dan PBC serta KPJ terus berjalan.InsyaAllah.
Berjayakan penjualan HPA mencapai target 20 juta sebulan? Nanti kita lihat bagaimana seluruh kepimpinan MLMS HPA mengembeling tenaga bersama untuk mencapai cita-cita ini. InsyaAllah.

Foto: HPA Cawangan Kuala Terengganu 1 di Bukit Kecil (Dekat JPJ Terengganu) diatasnya terdapat homestay HPA sebanyak 4 bilik dan Dewan HPA. No Tel Cawangan : 09-6229519


HPA Halal Mart di Kota Fesyen.

Kota fesyen terletak bersebelahan dengan Mydin Mall Melaka. Salah satu distinasi pelancungan yang masih dalam peringkat promosi. Di sinilah HPA membuka Halal Mart dengan mempertengahkan produk halal kepada masyarakat. Ahli-ahli HPA yang mengunjungi RFC di Mydin Mall boleh berjalan sedikit(kurang lebih 5 minit) untuk mengunjungi pusat penjualan ini.

Di sini juga HPA akan membuka sebuah galeri herba dan kedai makan (ROR) yang di sesuaikan sebagai tempat makan yang selesa untuk pengunjung. Walaupun kunjungan di Kota Fesyen tidak seramai di Bandar Hilir tetapi saya menjangkakan jika semua kedai-kedai ini di sewa penuh,tempat ini akan menjadi distinasi pelancungan yang menarik. Jumlah pelancung yang datang ramai di Melaka sekaligus HPA boleh memperkenalkan produk kesihatanya keseluruh dunia.InsyaAllah.

29 March 2010

Memahat cita-cita.

Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari.Dia juga perlu menyabarkan orang-orang yang bersama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah.

Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita.

Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu.

28 March 2010

Kemboja.

Kita merancang untuk melibatkan diri dalam perkembangan ekonomi di Kemboja selepas Negara tersebut membuka peluang niaga yang luas. Selain daripada HPA Halal Mart,kedai makan muslim juga perlu disegerakan memandangkan ramai kunjungan dari orang Muslim ke sana. Pertemuan dengan pihak berkuasa Negara tersebut memungkinkan HPA turut serta dalam arus ekonomi yang sedang pesat berjalan. Perhotelan yang Islamik juga wajar difikirkan segera bagi mengembalikan ruh Islamiah di negara ini.

Bahasa “cham” yang menjadi bahasa perantara mereka tidak menjadi penghalang dalam komunikasi kerana sudah ramai pelajar Kemboja yang telah menamatkan pelajaran di Malaysia. Ustaz Muhammad dan teman-teman di sana juga telahpun selesai mengikuti sijil ke 17 dan mereka terus mengirim 2 orang wakil (doctor) lagi bagi mengikuti sijil ke 18. Beberapa orang imam masjid besar di Kemboja juga telah di undang ke Malaysia untuk melihat sendiri perkembangan bisnis HPA.

Ekonomi yang berasaskan pertanian perlu segera menjalani tranfomasi teknologi bagi mengelakan masyarakat susah memajak seluruh tanah mereka yang berharga kepada orang tengah. Kesimpulanya HPA perlu hadir sebagai pemangkin di Negara tersebut atas nama persaudaraan Islam yang kukuh dan mudah-mudahan menjadi amal kebajikan kita bersama. InsyaAllah.

25 March 2010

Petikan Ringkas facebook

Facebook: perubatan jawi

1.Tawaran terbuka secara sukarela kepada ahli HPA yang mampu untuk mengebarkan bendera HPA di Puncak Gunung Kinabalu. Sijil penghargaan akan di berikan pada hari konvek 2010. InsyaAllah. Mereka yang berminat hendaklah menghubungi en.Mahadi-0139299944(SU Kelab Kembara Radix)

2.Semua produk dalam bentuk kordial, Radix Cookies dan RTD telah mula menggunakan gula perang bukan lagi gula putih. Ini bertujuan untuk menghasilkan produk kesihatan yang bermutu tinggi . Oleh itu terdapat sedikit perubahan harga dipasaran. Kopi radix juga akan menggunakan gula perang pada masa hadapan.

3.Kilang Filter air (Dew Water) di miliki 100% HPA telah mula operasi dan pengeluaran sedang ditingkatkan bagi mencukupi filter air halal dipasaran. Tidak menggunakan tulang haiwan tetapi menggunakan tempurung kelapa dan juga batu-batuan. Terima kasih pada yang sudah membeli. Bersabar kepada yang memesan kerana kilang kita baru sahaja beroperasi.

24 March 2010

Kursus diagnosis cara mudah dan tepat.

Kursus ini akan diadakan pada bulan april bagi memantabkan ilmu perawatan kepada ahli-ahli HPA dengan keupayaan diagnosis penyakit melalui,muka,lidah,mata,hidung,telinga,kaki ,kulit dan lain-lain lagi. Kursus ini lebih khusus kepada mereka yang telah pun mengikuti program PIC,iridologi,bekam,reflexologi dan seumpamanya. Peserta hanya dibuka kepada 100 orang sahaja dan masa kursus 2 hari 1 malam.

Tidak ada alatan digunakan untuk merlakukan diagnosis,hanya memahami dari perubahan zahir tubuh sahaja. Mereka yang berminat boleh menghubungi saudara hafiz (019 4749717) atau Suhairi (013 423 9717) .

23 March 2010

Watikah Pelantikan Pensyarah/Jurulatih Kuliyah ITHPA

Pagi ini berlangsung pelantikan Watikah Perlantikan Pensyarah/Jurulatih Kulliyah-Kulliyah ITHPA. Di Dewan ROR Bdr Ilmu HPA Sungai Petani.

31 Orang akan menerima watikah antaranya:

1.Tn Hj Ismail Bin Hj. Ahmad - PU HPA - Dekan Pengajian Pengubatan Islam/Herba
2.Ust Ahmad Ali,Pengerusi Panel Syariah - Dekan Pengajian Islam.
3.En.Abdul Ghani Bin Hussain - GM R&D - Dekan Kemahiran & Keusahawan

Pengajian islam seramai 9 orang, Kemahiran dan Keusahawan seramai 18 orang, Perubatan Herba 5 Orang

Manakala antara pensyarah diberi watikah Semua GM HPA: Hj.Fisal, Pn.Rashidah, En Faisol, En Rosli, En Radzi dan Ust Adnan

14 March 2010

Perkembangan HPA di Indonesia.

Sejak pengambilan pengurusan 100% (sudah 9 bulan) bisnis MLM HPA yang suatu masa dulu dilihat tidak berupaya berkembang subur kini telah menjadi tumpuan massa. AWMIT tidak mengambil masa yang lama untuk belajar dari pengurusan lama tetapi dilihat bergerak pantas dengan menubuhkan cawangan/cabang baru yang hingga kini berjumlah 15 cawangan berbeza dengan dahulu 2 cawangan sahaja dalam tempoh 10 tahun berniaga.

Perkembangan ini tidak berhenti di situ sahaja malah AWMIT mampu menyewa kantor baru yang lebih selesa di tingkat 8, Menara Salemba.Penjualan juga terus meningkat memburu target 14 m dengan segera dan purata PBC yang diadakan sebanyak 75 kali sebulan di seluruh Indonesia. Situasi ini hanya akan ujud apabila ada kesefahaman antara anggota/ahli dengan pengurusan AWMIT. Pak Multi dan Pak Yuliadi yang menjadi tunggak pegerakan tidak henti-henti memberikan semangat dengan bantuan penuh encik Abdul Ghani Saad yang dilantik khas sebagai GM Indonesia. Indonesia dan Borneo juga diletakkan di bawah pemantauan khas GM AWM(en Fisol)

Semoga Peniagaan HPA di bumi Indonesia akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi setempat dan menguatkan jaringan bisnis muslim di rantau ini. InsyaAllah.

02 March 2010

Sachet Kopi Radix

HPA kini menganjurkan pertandingan gubahan kraf tangan menggunakan sachet kopi radix diperingkat zon-zon . Mereka yang berminat bolehlah menghantar gubahan mereka di mana-mana cawangan HPA yang terdekat. Bagi pemenang akan menerima wang tunai RM300(pertama), RM200(kedua) dan RM100 (ketiga) sementara RM50 untuk hadiah saguhati(10 orang).

Pertandingan ini memberi peluang kepada ahli-ahli HPA terutama wanita untuk menampilkan bakat melalui hobi yang mereka minati. Penghantaran gubahan mestilah tidak lewat dari akhir bulan ini. Hadiah ini akan dikeluarkan mengikut zon-zon kepada ahli di bawah negeri kendalian masing-masing.

Facebook PU : Perubatan Jawi .

26 February 2010

Kuliah Penghayatan Herba di Sabah dan Sarawak

Sabah: 27hb Feb 2010 di Swiss Hotel Sandakan, 7.00 pagi - 12.00 tgh

Sarawak : 28hb Feb 2010 di Pustaka Bandar Kuching, 9.00 Pagi - 4 petang

Call en izham : 0134885717

24 February 2010

Lawatan Pengarah Jabatan Pertanian Se Malaysia

Esok 25hb Feb 2010. Pengarah-Pengarah Jabatan Pertanian dari seluruh Malaysia seramai 40 orang akan membuat lawatan ke HPA HQ, Kilang-Kilang HPA di Perlis dan Sg.Petani, Dan Outlet-Outlet Perniagaan HPA seperti RFC, RCH, RBH, Radix Pizza House, Hotel HPA dan sebagainya. Selamat Datang di ucapkan.

Perasmian HPA Cawangan Merbuk

Malam ini 24hb Feb 2010 Perasmian HPA Cawangan Merbuk berdekatan MRSM dan sebelah UITM akan diadakan pada pukul 8.00pm.Perasmian ini akan boleh ikuiti live melalui radio HPA.fm : http://hpa.com.my/hpa.fm. Insyallah

Semua PJS, Leader dan Warga HPA dijemput hadir

18 February 2010

Peningkatan jualan.Tahniah buat semua.

Kita kian mara membawa obor yang menyalakan jalan peniagaan dengan sesuatu yang halal. Aduhai...bagaimana hendak aku katakan ,entah dari mana,anda semua berada,dikampungkah atau di kota tetapi yang pasti jualan terus meningkat. Tahniah pada semua upline yang menggerakkan pasar kita menjadi ramai dan meriah.
Dari wang masuk setiap hari,sudah boleh kita jangkakan peningkatan jualan akan melebihi sejuta dari bulan lepas dan ini bermakna kemungkinan jualan mencecah 17 juta lebih. Kita memerlukan 3 bulan untuk menghantar jualan keparas target 20 juta. Insentif taawun menanti sebanyak 4 juta untuk dimiliki bersama.
Apakah jualan akan terus naik kerana masa kemuncak ialah pada bulan jun hingga bulan 12. Apakah penapis air dew dan produk moments akan "killer product"pada masa kini ? Mungkin....apapun pasaran herba ubatan yang lain tetap gagah dengan kaedah sinergi yang berkesan. Semuanya ini nikmat Allah pada kita untuk menguji sejauhmana kita mensykurinya.

07 February 2010

Kampus sementara MANHAL.

Kampus Sementara HPA MANHAL akan mula berpindah secara besar-besaran mulai minggu hadapan ke pekan Sungai Pertani. Sebanyak 11 lot kedai telah mula disiapkan untuk beberapa fahulti pengajian seperti Fakulti Syariah, Fakulti Usuludin, Fakulti Tahfiz Al Quran, Fakulti Bahasa Arab, Fakulti perubatan Islam dan komplimentari dan fakulti keusahawanan. Semua pelajar yang sedang mengikuti program diploma seramai 120 orang akan mula dipindahkan ke Asrama Pelajar di Bandar Laguna Merbuk, HPA City Sg.Petani.

Dalam perkembangan yang sama seramai 2 orang pensyarah dari Universiti Al Azhar akan mula berkhidmat di HPA MANHAL tidak lama lagi. Keduanya mempunyai kepakaran dalam bidang hadis dan bahasa Arab.