Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

13 August 2008

Anugerah Perdana

Anugerah Perdana merupakan satu penghargaan kerajaan kepada HPA sebagai penjana sektor pertanian yang memberikan keuntungan kembali kepada rakyat.Berapa ramai mereka yang mendapat manafaat daripada keujudan HPA kini semakin terasa.HPA yang menjadikan peniagaan MLM sebagai pilihan kini telah berjaya duduk setanding dengan syarikat korporat yang lain hasil dokongan kuat para ahli ahlinya.

Sebahagian besar yang saya temui di program MAHA sekurang-kurangya telah menjadikan kopi radix sebagai minuman utama mereka termasuk di peringkat menteri-menteri kerajaan.Oleh itu marilah kita sama-sama menjaga amanah Allah (HPA) agar menjadi ladang yang sentiasa menghasilkan buah pada ummah.InsyaAllah

11 August 2008

Iklan dalam Metro dan NST

HPA di Metro dan NST pada 13 ogos sempena penganugerahan Pemasar Tani Jaya tahun 2008.Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama menggerakan rangkaian peniagaan MLM HPA yang kukuh dan berdaya saing.Kita di Iktiraf oleh negara sebagai pemangkin kepada sektor pertanian sesuai dengan motonya ,pertanian adalah peniagaan.Anugerah yang paling tinggi yang akan diberikan oleh PM ialah anugerah Perdana .Sekali lagi HPA dicalunkan namun kita akan menanti keputusanya pada besok hari.Apa pun kejayaan itu adalah semuanya daripada Allah dan kita akan teruskan misi kita untuk menguasai pasaran halal di negara ini.Nantikan berita esok hari 12hb.InsyaAllah.

10 August 2008

Madulia sudah berada di pasaran

Madu lebah boleh dijadikan ubat batuk jika di campurkan dengan halia merah,cengkih dan kulit kayu manis.Kini HPA mengeluarkan produk ubat batuk kesihatan tanpa bahan kimia yang dinamakan MADULIA.Daripada testimoni awal yang saya terima menunjukan produk ini InsyaAllah akan teguh dipasaran kerana kehendak pengguna kepada bahan alami semakin meningkat.
Disamping ini MADULIA juga menghilangkan kahak dalam ruang penafasan khusus pada mereka yang ada athma.Boleh digunakan pada semua peringkat umur.

09 August 2008

Sponsor belajar bahasa Cina di China.

HPA sedang membuka biasiswa untuk belajar bahasa Cina di negara tersebut .Mereka yang berminat hendaklah mempunyai sijil SPM (lulus Matematik dan bahasa Malaysia).Selepas tamat krusus mereka akan di tempatkan dicawangan HPA (dalam atau luar negeri).Tawaran ini hanya dibuka kepada 5 orang pelajar sahaja.Tempat tinggal dan Universiti akan diuruskan oleh pehak kami.Mereka yang berminat boleh menghubungi en Suhairi (013 4239717).TK

06 August 2008

Misi HPA sejak tahun 1997.

Sejak dari tahun 1997 lagi HPA telah meletakan satu misi yang jelas dalam penentuan produk dipasaran dan hari ini semua misi itu telah terlaksana dengan Izin Allah.Kita telah menggariskan 3 jenis produk yang akan kita perjuangkan iaitu:-

1. Pengobatan Herba
2. Produk kosmetik
3. Produk kegunaan harian.

Dalam pengubatan herba kita terus mendidik masyarakat sampai hari ini melalui Kuliah Pengubatan Jawi,PIC,sijil herbalis,kursus-kursus jangka pendek seperti bekam,kiro dll.Apa jua peniagaan kita jangan ditinggalkan kelebihan dan keunikan HPA iaitu Pengubatan Jawi.

Produk kosmetik baru sahaja kita mulai dan pelbagai bengkel kecantikan diadakan sementara produk kegunaan harian satu persatu kita keluarkan.Dijangka akan lebih 500 jenis produk yang akan berada dipasaran.InsyaAllah.

Secara disedari kita sedang mengujudklan satu brand yang akan menjadi sebutan orang apabila memperkatakan tentang produk halal.

Pengedaran bedak talkum

Minggu ini bedak talkum wanita( MBK) telah mula diedar keseluruh cawangan.Pemintaan yang tinggi dijangka akan dapat menjadikan produk ini salah satu imej HPA dipasaran.HPA akan mengeluarkan tiga jenis talkum khusus untuk lelaki,wanita dan anak kecil.

Pemerosesan talkum dibuat di kilang Muslimah dan dijangka jualanya akan mencecah ratusan ribu unit dalam tempoh tiga bulan pertama.Kita akan pasti setiap rumah di negara ini akan membeli talkum keluaran HPA InsyaAllah.

Pakej Pelancungan ke China.

Berikut ialah nama-nama mereka yang layak mendapat pakej pelancungan yang terdapat dalam plan pemasaran HPA.Pehak tuan puan boleh menghubungi HPA Ilham Holiday untuk mendapatkan tarikh dan tempat perlancungan tersebut.

1. Norhayati Yunus ( 2 )
2. Hafizan Fauzi (2 )
3. Mohd Aseri Hanafiah (2 )
4. Sarifah Sulaiman (2)
5. Morad Abu Bakar (2)
6. Mohd Zahir Ghazali (2)
7. Siti Habibah Yusoff (2)
8. Khalid Iskri (3)
9. Jaafar Abd Ghani (1)

Pemasar Tani Jaya Kebangsaan 2008

HPA telah dianugrahkan sebagai pemenang dalam kategori diatas dan akan menerima anugrah daripada Y.A.B Perdana Menteri Malaysia pada 12 ogos 2008 nanti.Anugrah ini akan disampaikan dalam program MAHA yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Mardi Serdang).Expo pertanian MAHA diadakan selama 2 minggu dalam tahun ini.

Oleh kerana anugrah ini merupakan anugrah yang berpristej maka semua PJS ,leader serta ahli-ahli dijemput hadzir bagi meraikan program tersebut.Liputan program MAHA ini juga akan dibuat dalam TV dan media cetak.

HPA melalui rangkaian MLM nya berjaya meujudkan satu rangkaian peniagaan produk pertanian sesuai dengan tema Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2008"Pertanian adalah Peniagaan".Misi HPA dalam bidang pertanian "Tidak ada bumi yang dibazirkan".

Progam ini akan mendapat liputan terus menerus oleh TV nanti.InsyaAllah.

Gempur Radix di UUM

Berikut program bersama HPA di UUM pada bulan Ogos.

1. 28hb - Forum : Ekonomi kian goyah,maruah umah rakus dilapah"- bersama PU @ pakar
ekonomi UUM(9 malam)

2. 30hb - Pembentangan kertas kerja Dr Mohd Hilmi Abdullah(pengubatan Ibnu Sina) Ulasan
dari PU (9 pagi)

3. 30hb - Perasmian Persatuan Alumni Sijil Herbalis /Penubuhan Kelab Bekam Pengubatan Jawi
oleh PU (8 malam)

Program penuh dapat dari bahagian latihan cik Azira (dan semua ahli HPA dijemput hadir bagi memperkenalkan HPA pada pelajar.

05 August 2008

Sistem Mudharabah dalam peniagaan RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC,disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai sejuta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% - 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Pihak yang berminat boleh menguhubungi Puan Sobihah (HPA Ilham Holiday).

PBC setiap hari di Zon Utara.

Habis sahaja mesyuarat pengurusan di Dewan omar Mokhtar pada pukul 3.15 pagi ,saya berjumpa dengan ust Zahir baru balik dari pejabatnya di Lagenda Height.Dalam perjumpaan singkat dan turut serta ust Samad pengurus zon utara,Ustaz Zahir memaklumkan perancanganya bagi mengadakan PBC setiap hari pada tahun hadapan.

Perancangan yang besar ini disokong kuat oleh semua pjs tanpa belah bahagi dan pada bulan julai mereka berjaya menaikan jualan rm500 ribu bagi zon utara.Tahniah...keadaan ini juga berlaku disemua zon dimana pada bulan lepas jualan HPA menjangkau rm11 juta.

Mesyuarat PJS perlu segera diadakan bagi membincangkan perancangan dan stategi bersama terutama menjelang bulan Ramadhan nanti.InsyaAllah.

Beras perang organik.

Salah satu produk baru yang akan dipasarkan ialah beras perang.Khasiat beras perang sangat nyata terutama pada pesakit kencing manis kerana ia tidak meningkatkankan glukos dengan mendadak.Sesuatu yang menarik ialah beras perang juga bersifat diuretik yang akan bertindak membersihkan buah pinggang dan ia sesuai untuk gaut,batu karang,UTI,demam,makanan untuk orang sakit dan lain-lain lagi.

Produk ini akan mula diedarkan dipasaran segera.InsyaAllah.

02 August 2008

Pawagam HPA/teater

Sudah lama kita meninggalkan panggung wayang mungkin kerana kesedaran ataupun filem hari ini boleh ditonton di TV rumah masing-masing.Hari ini memang banyak panggung wayang didirikan tetapi mungkin ianya lebih kepada projek komersial (mementingkan pendapatan)dan ini berbeza dengan projek pawagam HPA yang akan memberi tumpuan kepada siri pendidikan.

Banyak filem yang terbaik di dunia tidak ditayang di pawagam kita seperti contuh filem "sepatu" daripada Iran yang memenangi hadiah filem terbaik di dunia hanya menceritakan sebuah sepatu.Filem Abu Hanifah dari mesir juga merupakan filem yang baik ditonton bersama.Filem-filem Harun Yahya akan memberikan lagi kefahaman terhadap keajaiban ciptaan Allah dengan alam semesta.

Pawagam HPA mempunyai misinya sendiri iaitu membangunkan masyarakat berakhlaq dan motivasi kepada anak-anak untuk menjadi insan soleh.Pawagam ini juga dijadikan sebagai pusat bagi mereka yang stress kerana ianya akan di lengkapi pelbagai aroma untuk kaedah perawatan aroma terapi.

Pehak sekolah boleh menjadikan program menonton di pawagam HPA sebagai aktiviti tambahan bagi membentuk pelajar berdisplin.Pawagam HPA juga boleh di sewa khas oleh mana-mana pehak untuk melihat filem-filem yang sedia ada.InsyaAllah.Lawatan-lawatan yang dibuat dari masa kesemasa boleh memasukkan acara menonton filem di Pawagam HPA sebagai satu agenda.

Doakan pawagam ini boleh disiapkan segera.InsyaAllah.

Selamat Datang kepada Semua Pelawat

Pehak saya mengucapkan terima kasih atas kesudian pehak tuan puan membuat lawatan ke HPA CITY (Sungai Petani) dan Perlis.Apa yang dilihat itulah yang dapat saya berikan sebagai sebuah komitment kami warga kerja HPA bagi sama-sama berjuang menjadi pengeluar produk halal.

Kita bukan peniagaan yang hanya gimik semata-mata atau kita bukan hanya syarikat trading yang boleh mengambil produk dimana sahaja.Kita lakukan apa yang kita kata dalam kuliah dan perjumpaan.Kita didokongi oleh ratusan ribu orang yang ikhlas berjuang walaupun nama mereka tidak disebut.

Kilang HPA milik kita bersama dan jagalah nama HPA dimana sahaja anda berada.Dari Perlis sampai ke Sabah dan sampai ke Singapore serta di Indonesia kita sentiasa di bantu . Allah mendatangkan hati hati yang ikhlas disepanjang perjalanan ini bagi menyongsong sebuah kesedaran ummah.InsyaAllah.

Insentif bulan Julai

Insentif bulan Julai akan dikeluarkan pada bulan Ogos ini melibatkan semua pekerja kecuali pengurus dan pekerja cawangan (kerana sudah diberikan insentif khas pada setiap bulan berdasarkan jualan cawangan).Pemberian ini adalah kerana jualan yang meningkat serta pengurusan stok yang terkawal.Diharapkan prestasi ini akan dikekalkan bagi bulan-bulan yang akan datang.

Pekerja RFC juga akan menerima insentif pertama bulan ini berikutan dengan jualan hampir mencecah setengah juta ringgit sebulan.Tahniah.