Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

14 November 2012

MEMO 16 : MENUJU PENGURUSAN BERKUALITI

Pengurusan sesuatu perniagaan bergantung kepada sejauh mana masalah yang wujud dapat diselesaikan secara bersepadu. Jika di tinjau dalam pengurusan MLM ia juga perlu dilakukan dengan serius agar usia MLM itu sentiasa muda dan tidak mengalami keadaan yang dikenali sebagai "sunset bisnis".
Pihak kami perlukan sokongan padu dari ahli-ahli yang sentiasa peka dengan keadaan syarikat. Sokongan untuk memastikan HPA melaksanakan Online System dari seluruh agen stok sangat diperlukan walaupun terdapat  agen stok HPA yang belum bersedia ke arah itu.

Apa yang penting, menjadi besar tanpa sistem akan mempercepatkan kehancuran sesebuah bisnes, maka kami sangat berbesar hati atas sokongan yang diterima dari masa ke semasa. Ayuh kita bangun dan rapatkan saf perjuangan dan selamat bertemu di Program Pintar Herba Pulau Pangkor pada 24-25/11/12. Sudah 100 nama telah diberikan untuk menghadiri siri Pintar Herba kali ini. InsyaAllah.
Bersama ini saya kirimkan komentar salah seorang agen stok kita untuk tatapan bersama...

Assalamualaikum,

Saya amat mengalu-alukan usaha pihak pentadbiran untuk mengadakan system online untuk para stokis HPA. Ini adalah kerana ia amat berkesan untuk mengelakkan penipuan dan melancarkan kerja dengan data yang tepat. Sebagai salah seorang stokis HPA, saya ingin berkongsi pendapat mengapa system online ini amat penting dalam memastikan pihak syarikat akan terus maju, tidak ditipu dan seterusnya mengawal aliran perniagaan dengan baik dan betul.
Disini saya kongsikan perkara yang saya rasa boleh membantu dalam usaha pihak syarikat untuk memudahkan System online ini.

1.       Pihak syarikat hendaklah menyediakan kemudahan online di pusat agensi atau pusat jualan bagi stokis yang tidak ada kemudahan internet dengan mengenakan bayaran sewa yang berpatutan.

2.       Untuk kawasan / daerah / negeri yang tidak ada kemudahan internet, pihak syarikat boleh menyediakan invoice denga kod yang unik /tertentu bagi  setiap  kawasan / daerah / negeri dan mestilah merekodkan no siri invoice untuk setiap stokis yang menggunakan invoice tersebut.

Semoga usaha yang berterusan tanpa mengenal erti kalah untuk memajukan perniagaan berteraskan Islam ini mendapat pertolongan dan lindungan dari Allah s.w.t . Akhir kata, saya ingin juga ingin menyatakan bahawa “ Percaya kepada sesama islam itu adalah amat baik dan digalakkan tetapi ianya tidak boleh diguna pakai dalam perniagaan, kerana insan akan sentiasa mencari peluang untuk menambah ringgitnya walaupun dengan jalan yg dimurkai oleh Allah. s.w.t.  Telah lama HPA meletakkan rasa percaya sesama islam dalam perniagaan ini, namun lama kelamaan kepercayaan itu sikit demi sedikit merebahkan yang kukuh dan melumpuhkan yang gagah.

Sekian Wassallam.
Rubaayah bt Zin.
No ahli : 468647