Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

13 November 2012

MEMO PPU KE 15 : PENYELAMATAN ILMU PERAWATAN HERBA MELAYU

MEMO PPU KE 15

PENYELAMATAN ILMU PERAWATAN HERBA MELAYU

Siapa lagi yang kita perlu tunggu kalau tidak dikalangan PJS sendiri turun ke gelanggang menuntut ilmu ini. Ini persoalan warisan sama seperti bisnes HPA yang boleh diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Jika kita lewat bertindak, kita akan hilang tempat berpijak terutama untuk menggunakan seluruh potensi alam yang kita miliki. Kekuatan seribu teriak akan dikalahkan dengan satu ilmu yang ditekuni.

Sehubungan dengan itu JHS menawarkan skim pembelajaran bayaran mudah sebanyak RM5,000.00 dengan pembayaran sebulan RM1,000.00 sahaja. Tawaran ini bukan menandakan rendahnya nilai ilmu di JHS tetapi membuktikan betapa HPA sangat prihatin tentang kesinambungan ilmu perubatan untuk ummah.

Program JHS yang terdekat ialah pada 17/11/12 di HPAIC dan saya tunggu para PJS untuk bersama memikul amanah ini. 

InsyaAllah.