Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 November 2012

Memo PPU 21 : BELAKANG TABIR


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 21

BELAKANG TABIR

Isu Yahudi menyerang dan membunuh umat Islam terus mendapat liputan media massa hari ini. Kita melihat dengan linangan air mata nasib anak-anak kecil yang terpelanting dengan bedilan meriam dan bom.  Bibir cuma mampu berkata "kasihan…" dan hati paling hiba seketika. Inilah yang sedang berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

Boikot produk Yahudi merupakan acara politik bagi mengambil hati pengundi yang prihatin dan ianya berlaku secara bermusim. Syarikat gergasi makanan segera dan banyak syarikat ternama   terus memberikan 6% kepada tabung Yahudi untuk pesta pembantaian besar-besar ke atas umat Islam. Setiap kali umat Islam terbunuh, mereka akan gelak ketawa meraikannya. Alangkah sedihnya melihat para ustaz duduk dengan keluarga meratah ayam segera sedangkan darah dan air mata umat Islam terus mengalir.

Di manakah maruah kita sedangkan saudara sendiri menjadi sasaran ujian senjata mereka. Walaupun kerdilnya HPA dan bisnesnya yang mengalami naik turun tetapi inilah hati kita bersama. Kita tidak mahu wang yang dikeluarkan untuk membeli sesuatu produk digunakan kembali untuk membeli senjata  dan senjata itu untuk tradisi penyembelihan umat Islam.

Ayuh! jika kita sudah bersolat, berpuasa, mengerjakan haji dan umrah, bersedekah, melakukan banyak kebajikan, jangan lupa hentikan pengiriman peluru yang akan membunuh saudara seagama. 

BELILAH PRODUK UMAT ISLAM.

No comments: