Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 November 2012

Memo PPU 20 : PBC 2013


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 20

PRORGAM "PERKONGSIAN BISNES CEMERLANG"

Pertemuan ahli MPB  di Pulau Pangkor akan turut membincangkan perlaksanaan PBC untuk  menjana pendapatan bersama pada tahun 2013.
Mengambil kira kelemahan dan kekuatan PBC masa lalu, PBC  kali ini juga dijangka akan lebih memberi impak besar kepada bisnes  HPA. PBC kali ini akan dikawal selia dari Pentadbiran HPAIC agar tidak wujud proksi yang akhirnya tidak memberikan keuntungan bersama.

Penceramah dan motivator mestilah mereka yang mengikuti program KPC, TFT, PINTAR HERBA dan sebagainya bagi membentuk satu arus perdana yang tidak berdasarkan gimik semata-mata. Tujuan PBC mestilah sama dengan strategi syarikat bukannya jalan yang mudah untuk mencapai pangkat tetapi tidak berubah dari segi pendapatannya. Pelaksanaannya lebih mantap dimana penumpuan kepada kualiti lebih diutamakan.

Satu Team Penilai akan dibentuk untuk menganalisa pencapaian bonus peserta dan motivator secara berterusan. Motivator yang dilantik juga WAJIB mengikuti TFT KHAS yang dibuat berkala iaitu 2 bulan sekali. Jika kita telah berjaya melonjakkan jualan kepada 20 juta sebulan dengan PBC dan kopi Radix masa lalu, saya mengira hal yang sama akan berulang dan mungkin lebih tinggi pencapaian yang bakal dijulang. Walaupun modus operandi nya hampir sama dengan cara lama iaitu  tawaran pangkat dan program bermalam tetapi kali ini program susulan selepas PBC juga perlu difikirkan.

Kita tidak mahu program PBC kali ini menjadi budaya berhimpun tanpa pengisian ilmu yang mantap. Selepas PBC peserta mungkin perlu  mengikuti tutorial, bengkel dan seminar agar semangat juang produk HALAL terus terpelihara.

No comments: