Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

19 November 2012

MEMO PPU KE 19


MEMO DARI PEJABAT PENGARAH URUSAN KE 19

Terima kasih kepada kelab KPU yang telah mengadakan mesyuarat dan saya sangat terharu membaca minit mesyuarat yang telah diemailkan pada saya. "KPU perlu membuat banyak program bagi menjana jualan HPA untuk memastikan bonus boleh dibayar segera". Perkataan ini mengingatkan saya pada kata motivasi "Jika kamu mahu berjaya, bantulah orang lain untuk berjaya". MLM ialah perniagaan yang sangat mementingkan kerjasama yang erat antara syarikat dan ahli. Kejayaan MLM ialah kepada produk yang berkualiti dan mencukupi, diikuti dengan pembayaran bonus yang cepat.

MLM juga dibangunkan dengan pelan pemasaran yang mudah bagi ahli mencapainya. Inilah ilmu perniagaan MLM yang tidak boleh disangkal lagi.
Satu perkara yang saya hendak kemukakan, kenapa MLM syarikat bumiputra jarang boleh bertahan lama dalam bisnes ini? Ada yang menyebut pengurusan sedangkan saya pernah melihat syarikat MLM  bumiputra Islam yang diterajui oleh para bijak pandai pun gulung tikar. Hendak dikatakan produk, mereka juga memiliki produk yang mempunyai GMP dan ISO. Ahli ahli MLM mereka juga bekas-bekas leader syarikat gergasi MLM. Apakah trend bisnes MLM  begini, senang naik dan senang jatuh?
Kalaulah pertanyaan itu ditanya kembali pada saya, jawapan saya ialah seperti minit mesyuarat yang telah dihantar dari KPU kepada saya.


BANTULAH SYARIKAT UNTUK KUAT, AHLI JUGA AKAN MENJADI KUAT. INSYALLAH…