Semua manusia perlukan latihan
yang betul untuk berjaya. Latihan itu tidak cukup jika dilakukan tanpa
modul yang baik. Pembentukan "will power" mestilah bermula dengan
keyakinan dalaman hasil dari sebuah latihan. Kejayaan mendatangkan
ribuan orang ke program bukan sebuah kejayaan dan keupayaan "convincing"
tetapi boleh jadi arus sederhana yang kosong. Kita tidak mahu program
seperti memberi padi pada ayam sebelah pagi, semua ayam datang dan habis
padi semuanya lari. TFT ialah program membentuk pasukan "elite" yang
tidak berganjak dari perjuangan. Mereka sanggup mengorbankan diri dengan
menelan pil "sinida" dari jatuh ke pihak musuh. Bila usahawan mampu
dididik sebegini mereka akan mampu membangunkan ekonomi dunia dengan
keberanian dan menjadi asset negara dengan tidak mengira mereka berada
dimana, siapa mereka dan dari mana asal mereka.
Inilah kejayaan latihan yang perlu dibangunkan oleh mana-mana dunia
untuk membawa negara menjadi maju. TFT lebih mengemukan "art of dealing"
dari pidato berapi-rapi, "approach" secara " personal touch" akan lebih
berkesan jika keluhuran hati itu menjadi aspek utama. Manusia akhirnya
akan mampu meraba segala ilmu yang diberikan, apakah cukup untuk sebuah
perjalanan bisnes yang panjang atau menjadi kebalikan cerca yang tidak
berkesudahan. Ada orang yang sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit,
tiba-tiba menyesal kerana cita-cita tidak sampai. Corak bisnes yang
tidak realistik akan menjadi "boomerang" walaupun seribu program baik
dilakukan. Wujudnya proksi di dalam program PKLP, ESP dan lain-lain lagi
tidak boleh disalahkan kepada modul dan motivator. Ini akan berakhir
dengan sebuah kekecewaan dan kehampaan. TFT akan membina team baru dalam
REAL BISNES bukan gimik semata- mata.