Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

30 September 2009

Berat mata memandang.

Kalau anda ke taman haiwan anda dapat berjalan dengan bebas melihat haiwan-haiwan yang di kurung dalam sangkar masing-masing. Sambil menikmati sausana alam yang indah dan permai sudah tentu anda lupa bahawa haiwan-haiwan itu juga menjerit minta dibebaskan. Umar Ibnu Aziz pernah menghentikan pembinaan jalan untuk memberikan kesempatan seekor burung yang sedang mengeram telurnya. Apabila anak burung sudah boleh terbang barulah pohon itu di tebang. Inilah hati seorang pemimpin yang sangat halus untuk meraba perasaan sekelian makhluk dibawa pentadbirannya.

Hati yang halus tidak sampai ketawa melihat burung merbuk terkuar-kuar minta kebebasan. Jika pesalah mati dipenjara dunia menanti saat pengampunan hari keputraan DYMM Raja atau Agung tetapi sang burung pula menantikan saat kematian tuannya mudah-mudahan hari itu dia dibebaskan.

Mari kita cuba merasai hidup dalam sangkar dengan mengunjungi “Orang Utan Ireland “di Bukit Merah Lake ,Perak. Kita berjalan dalam sangkar melihat orang utan yang hidup bebas di Pulau mereka. Rasakan kebebasan kita selama ini tersekat dan terbatas. Apakah kita bahagia melihat orang Utan ketawa melihat kita?

No comments: