Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

08 September 2009

Bihun dan Laksa dekat Kandang Babi.

Sudah sekian kali kita mendengar hal-hal bagini betapa kesucian produk yang mendapat kelulusan "Halal" di ragukan. Apa solusinya ? selagi kita tidak berani menjadi pengeluar selagi itulah masalah ini tak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah,mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama . Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?

Kena berjuang.......bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalah ini. Syukur kita dah mula pasarkan mee kuning tapi tak banyak,masih baru ,kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.

Bagitu juga Kilang Kola radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke 2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah.Kilang ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran dimana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang aiskrim mendapat kelulusan "Panel Syariah" sepenuhnya dan penal berpuashati dengan bahan-bahan yang digunakan.

No comments: