Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

03 September 2009

Tahniah kepada KOOP Wahida

Tahniah kepada koperasi yang boleh membayar dividen sebanyak 14% pada tahun keewangan yang lepas. Semoga ia akan menyemarakan lagi pergerakan koperasi-koperasi di Malaysia. Bagi pehak HPA kita mengharapkan koperasi akan bangun menjadi sebuah wadah peniagaan yang berjaya mengembalikan ekonomi negara ke tahap yang boleh dibanggakan.

Banyak koperasi yang ujud dinegara ini masih belum dapat menjadi perinstis untuk meujudkan peniagaan yang berdaya saing. Walaupun kadangkala koperasi itu mempunyai simpanan wang berjuta-juta ringgit tetapi hanya menjadi tempat simpanan semata-masa. Objektif koperasi bukan hanya untuk menyimpan kutipan wang ahli tetapi koperasi boleh meneroka bidang peniagaan yang terbuka luas buat masa kini.

Sayugialah diharapkan semua koperasi yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia menjadi lebih aktif terutama dengan ujudnya kerjasama dengan syarikat-syarikat swasta. Tahniah sekali lagi pada koperasi Wahida.

No comments: