Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

26 September 2009

Lagi pertanyaan tentang STEROID

" Saya ahli HPA yang setia,pulang berhari raya di kampung(Perlis) ada berita katanya kopi HPA ada steroid, benarkah?" satu SMS yang saya terima membayangkan rasa cemas seorang ahli HPA dengan berita yang didengarinya. "aduhai..." pertamanya saya sangat berterima kasih pada individu yang prihatin ini kerana berani bertanya sebelum mempercayai sesuatu berita kerana ramai orang kita yang biasanya terus menghukum tanpa usul periksa.

Saya juga sering mendengar tuduhan-tuduhan yang tak berasas ini,ada yang kata dimasukan daun biak(ketum),ada yang kata di masukan bahan kimia dan ada yang kata di jampi supaya orang makan tak jadi lupa dll.

Dalam HPA bukan sahaja daun biak itu dianggap haram,merokokpun juga haram. kalau rokok pun tak boleh hisap,takkanlah HPA nak guna daun biak yang ketagih tu. Kita nak cari rezeki halal dengan peniagaan HPA.InsyaAllah.

Ke dua..HPA ada GMP dan ISO ,satu persijilan kawalan kualiti produk dan semua ubatan HPA yang perlu telah didaftarkan dengan Kementrian Kesihatan Malaysia. HPA ada unit R&D yang mengawal QA dab QC pengilangan.

ke 3...jampi memang tak diamalkan oleh HPA kerana kita takut bercampur amalan syirik tapi warga HPA mengamalkan wirid al maksurat (dari hadis sohih) yang ada dijual bukunya ditoko toko buku.

jadi kenapa HPA sering di lemparkan fitnah....sebab ada pengeluar yang cuba menjadikan HPA sebagai sandaran membolehkan penggunaan daun ketum oleh syarikat - syarikat mereka. Mereka sanggup melihat anak-anak muda terketar-ketar kerana kehabisan air daun ketum. Mereka samakan dengan kopi Radix yang dikatakan "ketagih". Kopi radix memberikan rasa oom bukan dengan steroid tetapi dengan paduan herba dan cremer yang mencukupi.

Terima kasih pada saudara yang bertanya dan memberikan peluang saya untuk menjelaskanya.
Teruskan perjuangan bersama HPA. Allahuakbar.

No comments: