Keujudan ITHPA Indonesia di Pulo Mas memberikan semangat baru kepada semua anggota HPA yang rindukan ilmu pada setiap masa. Bangunan Institut ini yang bekembar dengan universiti Jakarta telah memulakan pengajian jangkapendek (PIC ) pada 3 dan 4 oktober yang lepas. Kehaziran pertama seramai 50 orang membayangkan bahawa tempat ini disuatu hari nanti akan menjadi kampus terulung untuk kajian herba di Indonesia.
Sehubungan dengan itu seramai 20 orang peserta telah menyatakan kesediaan mereka untuk khidmat sukarela bagi mememulakan penanaman herba di perkebunan contuh di Bandung. Kampus ITHPA juga memberikan kemudahan tempat kursus PBC jika diperlukan oleh para PJS. Disamping itu cawangan kampus juga akan dibuka di seluruh Indonesia .InsyaAllah.
Beberapa buah cabang/cawangan HPA yang baru telah dibuka seperti di Semarang dan Medan selepas dua minggu pembukaan di Bekasi dan Depok adalah merupakan "commitment"Pengurusan AWMIT bagi merealisasikan pesediaan pasaran se Indonesia.
No comments:
Post a Comment