Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

20 October 2009

Tuba membawa keuntungan?

Program Kembara ke pulau Tuba adalah sesuatu yang sangat menarik disamping melihat alam yang tidak lagi terusik dengan arus pembangunan semasa walaupun sangat berhampiran dengan Pulau langkawi. Pada asalnya saya juga tidak menyenangi penggunaan namanya “Tuba” iaitu mengambil nama sejenis pohon beracun yang banyak dipulau tersebut. Namun bagitu beberapa orang ustaz menyatakan bahawa perkataan Tuba jika di baca dengan nama “Thuuba”-kalimah arab ) bererti “menguntungkan” dan saya sangat berharap kehaziran HPA di pulau ini akan membawa keuntungan bersama.Keuntungan kepada HPA dan kepada penduduk-penduduk yang rata-ratanya masih rendah pendapatanya.

Pulau yang tidak dilawati oleh pelancung ini memiliki keunikan yang tersendiri walaupun kemudahannya yang terhad. Ia perlu dibangunkan segera dengan konsep “pelancungan sihat”. Bangunan-bangunan yang kosong perlu di gunakan bagi mengaktifkan kembali aktiviti ekonomi. Apa yang penting pulau ini perlu ujud “keunikannya sendiri” bagi menjadi salah satu lagi distinasi pelancungan dinegara ini .

No comments: