Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

11 July 2008

Gelang Batu

Dalam buku Inilah Pandangan Kami,saya menjelaskan bahawa pengubatan jawi menolak penggunaan batu yang dijadikan sebagai gelang atau rantai untuk tujuan ubatan.Malah perkataan "aura" juga tidak wajar digunakan.Kenapa?Sebahagian daripada jawapan telah saya jelaskan dalam buku tersebut.
Langkah-langkah pengubatan juga perlu jelas supaya amalan yang dicadangkan itu tidak membuka pintu keburukan dan kedzaliman.Kepercayaan kepada kuasa batu "the power of stone" merupakan kepercayaan yang ada dalam ajaran ugama budha.Para sami di Bangkok memakai batu "jade" hijau yang dikatakan dapat memberikan keharmonian spiritual.Di Tibet tempat bermulanya Raiki juga mempunyai kepercayaan kepada kuasa batu.Masyarakat melayu pula ada yang meyakini kuasa keris dan batu cincin untuk kelebihan spiritual dan lain-lain lagi.
Ini semua tidak lebih dari gimik peniaga yang mahu menjadikan harga batu mereka menjadi tinggi di pasaran seperti buah koka yang diiklankan.Lebih malang lagi apabila khasiat spiritual koka ditulis dibelakang wirid al ma'surat yang merupakan wirid dari hadis hadis sohih.Masyarakat yang lemah akidahnya akan percaya seperti mereka percaya kepada hadis hadis sohih sedangkan tidak terdapat satupun hadis yang menyokong kelebihan koka.

Mari kita menjauhi pintu yang membawa keburukan dan kezaliman(syirik) supaya selamat dunia dan akhirat.InsyaAllah.

2 comments:

Olive said...

Saya ingin tahu gelang batu memang tak boleh digunakan apa pulak gelang megnet yg di katakan boleh merangsang tenaga di dlm badan

lyyna1976 said...

samer jer olive...tak ble...lagipun dia ada efect pd jantung nanti...silap gaya boleh jadi syirik plak..baik jauhkan benda2 yang diamalkan oleh2 orang bukan islam nii...