Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

26 July 2008

Aurat dalam pengubatan

HPA amat menjaga aurat sewaktu perawatan dan kita mengingatkan berkali-kali kepada ahli-ahli reflexologi ,orang lelaki hanya untuk rawatan lelaki,perempuan untuk perempuan.Jangan memudahkan hal ini kerana ia bercanggah dengan pengubatan Nabi SAW.Bagitu juga dengan kiro dan iridologi ,apapun maslahah umum perlu dijaga.

Melihat saraf tapak tangan perlukan penjelasan terperinci agar tidak dianggap mengetahui perkara yang akan datang kerana ini termasuk dalam ramalan dan kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi SAW.Jangan sekali-kali melakukan scan atau menggunakan Pytofizik/ metafizik/ reiki/ tenaga dalam/ yoga dan lain-lain seumpama itu kerana kesemuanya itu adalah ambilan amalan kebatinan yang terkeluar dari ajaran Islam.

Jangan mempercayai sebarang tangkai tetapi memohonlah terus kepada Allah tanpa sandaran kepada benda.Jika anda ingin merasai keindahan tawakkal kepada Allah buangkanlah semua amalan berbomoh yang sering menipu dan mengada adakan sesuatu yang bersifat mistik.

1 comment:

pening said...

KENAPA TIDAK BOLEH MELAKUKAN SCAN MENGGUNAKAN KAEDAH TENAGA DALAM?

KENAPA PENGGUNAAN TENAGA DALAM DIKATAKAN TERKELUAR DARI AJARAN ISLAM?

SILA HURAIKAN TERPERINCI SERTA DALIL YANG MENSAHIHKAN KENYATAAN ITU...