Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

23 July 2008

Kenapa ikan keli rasanya sedap?

Maaf,dalam tulisan ini saya ingin memberikan beberapa informasi kepada para pengedar HPA tentang penternakan ikan keli di Malaysia.Walaupun diternak dalam kolam atau kanvas tetapi pada pandangan saya kebanyakan ikan keli diternak dengan cara yang sangat kotor.

Pertamanya,kerapkali pengusaha membeli ayam yang mati untuk dijadikan sebagai makanan.Ayam yang mati dijual dengan harga RM1/ seekor dan ini merupakan sumber makanan keli yang utama selain daripada perut ayam.

Bulu itik juga digunakan dengan dimasukan kedalam kolam ia akan bertukar menjadi ulat-ulat yang digunakan untuk mempercepatkan pembesaran ikan.Satu lagi..kolam ikan keli selalunya airnya hijau kenapa?kerana dimasukan dengan tahi ayam atau tahi lembu agar menjadi rumpair yang digunakan juga untuk menjadikan kulit ikan keli cantik dan halus.

Penternak ikan keli yang mementingkan pendapatan langsung tidak mengira apakah makanan yang diberikan pada ikan tersebut,namun bagitu ada penternak jujur yang menjaga makanan pada ikan keli.Semuanya bergantung kepada iman kerana tiada siapa yang melihat apa yang kita berikan kecuali Allah.

Sudah sampai HPA mempunyai kolam ikan keli yang bersih daripada itu.Namun bagitu..kami masih lagi meneruskan R&D dalam ternakan ini dan jika telah dikeluarkan oleh HPA,insyaAllah ia di ternak dengan cara yang sangat bersih.

1 comment:

zaiswari said...

Syukur, jika ini dpt dilaksanakan kerana ikan keli begitu sinonim dengan makanan melayu. Merata tempat, mesti ada dan anak2 amat menggemarinya.

Kasihan anak2 yg tak tahu apa-apa ini, membesar dengan makanan yang kotor.

Tolong percepatkan usaha murni membekalkan makanan bersih dan halal. Semoga Allah merahmati.