Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

20 May 2008

Tranungkite

Salah sebuah negeri di pantai timur yang kini melonjak pasaran produk HPA ialah di Terengganu.Sebuah negeri yang cantik dengan kapasiti penduduk 95% nya Melayu.Satu perkara yang ingin saya maklumkan untuk maklumat semua para pengedar HPA ,di Terengganu kita membuat kontrak perladangan ayam dengan syarikat Azam Ternak dibawah pengendalian seorang pengurus bernama En.Hassan demi untuk menyelesaikan masalah halal haram ayam di pasaran.Seorang tenaga mahir yang bersama kita ialah Dr Shaari yang telah mempunyai pengalaman yang lama dalam bidang ini.

Kini kita sudah sampai diperingkat terakir untuk membuat kontrak pengilangan makanan ayam halal bagi digunakan dalam industri ini.Ayam-ayam yang telah diternak telah dijual dipasaran runcit(cawangan) melalui sistem mlm dengan mengikut harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan.Ini sekaligus membuktikan bahawa harga jualan produk HPA setanding dengan harga jualan biasa walaupun HPA memasarkan melalui peniagaan MLM.

Selain daripada ini produk ayam juga dijadikan produk untuk kegunaan RFC yang akan dibuka diseluruh negara.Kita memerlukan jumlah keluaran sejuta ekor sebulan untuk keperluan masa kini.Produk dalam bentuk ayam proses yang lain akan menyusul.

Selain di Terengganu,pusat pertenakan ayam kita juga ada di Perlis dan Kedah.Terimakasih pada semua yang terlibat dalam bisnis ini kerana dengan adanya orang-orang seperti tuan puan maka bolehlah HPA meneruskan pejuanganya menjadi pengeluar produk halal di Pasaran.Terima kasih.

Pelancaran RFC pada 1 Jun 2008 boleh diikuti melalui http://www.kptr.net/hpalive

No comments: