Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

22 May 2008

Hukum MLM haram?

Terima kasih pada ahli HPA yang bertanyakan soalan tentang MLM HPA dari kacamata Islam.

Terdahulu saya dengan rendah hati menyatakan isu ini merupakan isu yang perlu diperbincangkan diperingkat para ulamak yang mempunyai autoriti dalam bidang muamalah Islam.Ini mengelakan dari belakunya kesalahan-kesalahan dalam mengeluarkan fatwa.(mengharamkan yang halal)

Disudut pengurusan HPA ,kita amat berhati hati dengan hukum halal dan haram dalam peniagaan kerana itulah matlamat penubuhan HPA iaitu untuk mendapat keuntungan dunia akhirat.Diperingkat Awal keujudan mlm HPA pada tahun 1997 lagi ,kaedah pembahagian bonus dalam HPA telah diperbincangkan oleh jawatankuasa syariah yang telah dibentuk .Mereka terdiri daripada ulamak haraki yang mempunyai keluasan ilmu berhubung dengan sistem ekonomi Islam.Disini saya tulis dengan perkataan ulamak haraki kerana bagi saya ulamak-ulamak haraki memutuskan hukum bukan atas dasar kepentingan atau kedudukan jawatan mereka.Kedua,mereka mendapat pendedahan yang luas dengan perkembangan dunia hari ini kerana kesempitan ilmu menyebabkan fatwa menjadi sempit dan jumud.

Apabila HPA ke Indonesia sekali lagi mlm HPA dibawa ke majlis ulamak dibawah PKS(jamaah islam) dibawah pengendalian DR Salim yang kini menjadi duta Indonesia di Saudi Arabia.MlM HPA diberi status MLMS(Multi lavel marketing syariah)dan kami berpegang dengan pandangan ulamak-ulamak haraki ini sampai hari ini

Adapun kenyataan ust Zaharudin merupakan kenyataan umum bagi MLM yang sedia ada dinegara kita dan lebih cenderong memperkatakan tentang skim piramad.Namun bagitu teguranya yang ikhlas sepatutnya diambil secara positif bagi membersihkan peniagaan MLM yang dipandang negatif oleh sebahagian masyarakat kita.

Petikan kata-kata jawatankuasa syariah pada tahun 1997
"Kita tidak boleh mengharamkan sesuatu yang tidak jelas selagi peniagaan itu tidak memberikan kemudaratan pada orang lain"

Salah satu hujah yang dibangkitkan ialah keuntungan pada generasi kedua,ketiga dan seterusnya ,dikatakan mengambil untung atas angin.Ini keyataan yang berbentuk pengiraan metamatik dan tidak berdasarkan realiti peniagaan sebenarnya kerana jika anda menjadi pemimpin kepada generasi anda,anda perlu memperuntukan keewangan yang cukup bagi menjadikan downline anda aktif.Ini menolak pandangan sebahagian orang yang menyatakan bahawa wang bonus itu hasil kerja orang lain dan itu sama sekali tidak benar'

Jelaslah muamalah dalam HPA walaupun anda berada sbg upline sekiranya anda tidak berkerja pasti anda tidak akan dapat bonusnya dan ini diperluaskan dengan satu peraturan baru bagi ahli-ahli yang tidak aktif selama 6 bulan boleh memohon untuk mendaftar semula dibawah jaringan yang lain.

Berbeza dengan sistem piramid yang mengaut keuntungan daripada generasi dibawah dan orang diatas akan sentiasa diatas (bonusnya)kerana Dalam HPA down line boleh mendapat bonus melebihi dari up line mengikut usaha yang di lakukan dalam bisnis ini.

Inilah yang kita sebutkan konsep KEADILAN dalam plan pemasaran HPA dan inilah yang membezakan MLMS dan MLM biasa.

Teruskan perjuangan bersama HPA untuk merealisasikan impian kita menjadi pengeluar produk halal untuk ummah yang semakin terhimpit.Jangan sampai terjadi situasi ulamak sibuk memperkatakan persoalan halal dan haram daging katak sedangkan gejala murtad menjadi-jadi.Kini kita memiliki 180 produk halal dipasaran dan kita akan pastikan setiap makanan yang masuk kemulut ummah dari sumber yang halal dan bukan yang dihasilkan dari bikinin yahudi terlaknat.

1 comment:

Ariff said...

Assalamualaikum WBT.

Saya ingin memohon jasa baik Pihak Pengurusan HPA dapat menyiarkan sedikit maklumat berkenaan ahli Panel Syariah HPA.

Ini adalah penting untuk menambahkan lagi keyakinan ahli terhadap sistem MLM yang digunapakai oleh HPA serta menghilangkan keraguan apabila kami hendak memperkenalkan HPA kepada bakal prospek.

Jika kedapatan sijil atau surat pengiktirafan yang berkenaan, ada baiknya bagi pihak HPA scan dan letakkan di website HPA. Untuk security mungkin pihak HPA boleh menggunkan konsep watermark pada gambar tersebut.

Mungkin pihak HPA dapat merujuk kepada website berikut:
http://www.bimbtrust.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=59&Itemid=111
http://www.rhb.com.my/unit_trust/corporate_profile/unit_syariah_panel.html

Terima Kasih.
Wassalamu'alaikum WBT.