Petua orang tua-tua Melayu bukan semuanya boleh dijadikan amalan malah ada setengahnya membawa kepada dosa besar.Antara petua yang ada ialah bagaimana untuk menambat hati suami.
1. Si isteri mengambil air wudhuknya dan di masak bersama nasi untuk suami.Suami akan mengikut arahan isteri.
2. Pada tahap kedua pula,air mandian isteri dijadikan minuman dalam kopi suami.
3. Air cuci ka'bah di doakan untuk minuman suami dll lagi.
Alangkah kejinya perbuatan ini walaupun mereka mengatakan air whuduk merupakan air musta'mal,suci(boleh di minum) tetapi tidak dapat menyucikan(utk berwudhuk)namun sanggupkah anda mengambil air basuhan tangan,hidung dan kaki anda untuk minuman suami.Kalau anda sendiri tidak sanggup meminumnya bagaimana anda tergamak memberikan pada orang lain meminumnya.
Kedua,berikan satu hadis yang dapat dirujuk bahawa amalan bagini telah diajar oleh Rasullulah SAW pada putri-putrinya untuk tujuan melembutkan hati suami.
Lebih dahsyat lagi, syaitan terus menyesatkan golongan ini dengan memberikan air mandian bagi niat menundukan suami habis-habisan.Inilah petua yang diajar oleh sebahagian para guru-guru kita khususnya pada isteri yang telah dipoligamikan.
Air basuhan ka'bah yang mengandungi bahan kimia pencuci dikatakan sebagai air barakah yang menolong bagi mencapai niat-niat tertentu.Benarkah itu dari ajaran Islam atau merupakan bidaah sesat lagi menyesatkan.
Di Sini saya mengajak seluruh ahli HPA menolak semua jenis amalan yang tidak mempunyai dasar dari ajaran ugama yang suci.Mudah-mudah-mudahan Aqidah dan Ibadah kita diterima Allah.Amin.
No comments:
Post a Comment