Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

24 May 2008

RFC satu altenatif.

Selain daripada KFC kini muncul pula RFC yang memberikan pilihan yang sangat menarik pada massa.Restoran yang dimiliki oleh HPA merupakan tonggak kebangkitan produk halal yang disokong oleh 400,000 orang ahli-ahlinya.Sesuatu yang menarik ialah sumber bekalan ayamnya di ambil daripada HPA farm yang telah bertungkus lumus menghasilkan ayam halal dipasaran.Bermula daripada penyediaan makanan ayam yang halal,bebas dari penggunaan antibiotik,bebas dari penggunaan beta agonist(enzim penggemuk dari babi) dan sembelihan yang terjaga hukum hakamnya sampailah kita menyediakan makanan yang siap dimakan.

RFC Alor Setar dirasmikan pada 7hb Feb 2009


RFC menggunakan radix cola sendiri menggantikan coca-cola dan rempahan yang digunakan untuk menghasilkan ayam RFC juga diproses dengan resepi tersendiri.Chili sos,tomato sos dan Thai Sos juga dihasilkan di kilang HPA yang terletak di Jejawi Sematang Perlis.

Apa yang menarik ialah ahli-ahli yang makan di RFC akan diberi nilai mata (NM) sesuai dengan peniagaan MLM HPA.Manakala restoran RFC pula akan di "franchise" kepada ahli-ahli HPA yang berminat

Modal: RM 1.5 juta, rujuk syarat-syarat http://hpa.com.my/rfc/tips.htm

Menjelang tahun 2010 RFC berhasrat mempunyai 20 rangkaiannya diseluruh malaysia.InsyaAllah.

Mereka yang berminat boleh hubungi 0135309717 (Hj Fisal)untuk pertanyaan lanjut.

TK kepada semua ahli HPA.

11 comments:

Kamarudin said...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan perkembagan terbaru HPA dalam memperluaskan lagi skop perniagaan dengan pembukaan RFC dan Saya harap dengan pembukaan RFC ianya memenuhi permintaan pengguna yang mengutamakan produk halal dan suci.

Saya agak terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang konsep RFC yang agak meyerupai sebuah restoran makanan segera yang terkenal di negara ini.Mungkin dasarnya ianya dapat menarik lebih ramai penguna ke RFC tapi dari segi ke aslian konsep dan ianya mungkin boleh menyebabkan tindakan undang-undang di ambil ke atas HPA kerana meniru konsep tersebut. Jelas pada penelitian saya, pada tulisan(font) yang hampir sama dan n nama yang seolah dari adaptasi nama daripada restoran terkenal tersebut. Saya harap HPA dapat membuat perubahan sebelum pelancaran sebelum sesuatu yang tidak di duga berlaku.

Sekian,harap HPA akan bertambah maju.

Kamarudin said...

Rujukan saya pada gamabar kedai RFC yang terdapat dalam halaman HPA.

jawiherb said...

Terimakasih atas perhatian Sdr.Kamaruddin. Insyallh RFC akan terhindar daripada perkara itu. RFC telah mendapat kelulusan ROC dan Badan Hak Cipta Intelek.

Dan warna dan font yang dipaparkan adalah warna RADIX sejak dulu.

Wasalam

sniper said...

buat aja kelainan berbanding yang dok ada .. kopi radix ada nama dan peminat tersendiri .. tak perlu terkongkong dgn idea org .. idea sendiri akan nampak lebih realistik dan lebih menarik minat umum .. percayalah .. pelanggan hari ini gemar mencari kelainan ..

BincangGlobal said...

betul apa yg diutarakan oleh sniper, RADIX adalah jenama yg dah terkenal & menjadi sebutan org ramai setiap hari. harap mendapat perhatian pihak RFC. wasalam

the author said...

Insha Allah. Rasanya tak sempat 2010,RFC dah buka cawangan yang ke-20. 2010 mungkin dah punyai 50 buah cawangan....

ashraf said...
This comment has been removed by the author.
ashraf said...

Assalamualaikum..Saya amat tertarik dgn pembukaan RFC, dan saya sudah mula mengikuti perkembangan perjalanan RFC..Malah sy juga amat berminat dengan perniagaan ini, sekiranya saya ingin membuka cawangan FRC menurut pakej yang ditawarkan apakah langkah yang perlu saya buat? Bolehkah En terangkan dgn lebih lanjut mengenai Pakej 1 dan Pakej 2 yang dimaksudkan?

ashraf (jitra)
geomatic_student@yahoo.com

ashraf said...
This comment has been removed by the author.
ashraf said...
This comment has been removed by the author.
JaringNiaga said...

Salam,
Tahniah saya ucapkan kepada pihak HPA kerana berjaya memartabatkan Islam dengan pembangunan produk2 yg berorientasikan Islam
sesungguhnya ia membuka mata umat Islam untuk sama2 mencari keberkatan dalam soal kehidupan
Syabas

Mohon Maklum dari Tuan Author

Apakah syarat untuk seseorang itu membuka cawangan RFC?
boleh pihak tuan terangkan detailnya?

saya amat berminat sekali setelah melihat akan kebangkitan RFC ini
mohon pnjelasan