Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

31 July 2008

Tawaran pada teman-teman di Sabah/Sarawak

Kita memerlu ubi kayu sebagai sumber protein untuk makanan ayam.mereka yang berminat bolehlah menghubungi HPA Farm bagi tujuan tersebut.Benih dan baja ditentukan oleh pehak HPA bagi mendapatkan ubi yang mengandungi protein yang tinggi.

Keperluan masa kini ialah antara 600 - 1000 mt kering sebulan.Ini merupakan persediaan kilang makanan ayam organik HPA bagi masa depan.InsyaAllah.

HPA sebelas tahun dalam perjuangan.

perjalanan ini bagai menungkah di air deras
batu-batu berlumut
dan jeram curam
makin menyukarkan kaki untuk melangkah

kawan...
kita cuma ada satu pilihan
pegang tangan bersama
biar sama-sama erat ...
pandang wajah satu persatu
ikat mati dengan hati
agar simpulan tidak terbuka lagi
ayuh...
kita melangkah dengan penuh hati hati..

Perasa Oren

Selain dari Sarsi dan Cola kini satu lagi perasa yang siap dikeluarkan iaitu perasa Oren.Dalam minggu ini dijangka akan mula dipasarankan keseluruh cawangan HPA.InsyaAllah.Terdapat 7 perasa yang akan dikeluarkan menjelang Hari Raya Aidil Fitri dan ini bererti ada 4 jenis lagi yang sedang menanti untuk di kilangkan.

Dalam memenuhi pemintaan air berkarbonat kita berkeyakinan bahawa setiap rumah penduduk di negara ini ada menggunakanya terutama musim perayaan.Jadi disini sejauh mana para pengedar HPA mampu mengambil pasaran yang sedia ada, nanti boleh kita nilai menjelang hari lebaran.Namun bagitu bagi pehak HPA kita bersedia untuk menggempur pasaran dengan iklan yang menarik.InsyaAllah.

bekalan Ayam

Kita sedang memperbesarkan penternakan ayam organik dan sehingga kini target yang hendak dicapai ialah 5oo ribu ekor satu pusingan(38 hari).Jumlah ini akan mencukupi keperluan awal 70 cawangan HPA seluruh Malaysia.Namun bagitu bagi jangka masa panjang jumlah ini masih kecil jika diambil kira dengan RFC yang akan dibuka diseluruh Malaysia.

Industri ayam bukanya industri yang kecil tetapi memerlukan modal dan risiko yang besar juga terutama bila berhadapan dengan sesuatu penyakit.Kita berdoa pada Allah semoga ayam yang kita ternak sihat tanpa vaksin dan ubatan kimia.

Keupayaan yang ada pada HPA ,InsyaAlah dengan dokongan dari ahli-ahli kita mampu mengeluarkan sejuta ekor dalam satu pusingan,Saya juga berterima kasih atas sokongan padu dari semua penternak ayam yang berpengalaman untuk menjadi kumpulan pengeluar ayam HPA.Allah sahaja yang mengetahui kenapa meraka memilih HPA.

Sehingga ini kita telah merancang untuk pengeluaran jagung seluas 200 ekar di sekitar Perlis Kedah sebagai projek perintis peladangan yang lebih besar.Jika projek ini berjaya kita memerlukan 1000 ekar lebih untuk keperluan ternakan ayam kita dari masa kesemasa.HPA akan merancang pembukaan kilang makanan ayam terbesar (dedak) di suatu hari nanti.

Ini yang akan berlaku.

Ketika penduduk Albania ditimpa kesusahan maka pada ketika itulah munculnya skim skim yang kononnya untuk mendapatkan perdapatan dengan cara yang mudah.Skim ini mendapat sokongan dengan bagitu cepat hanya dengan caruman disekitar RM350 mereka akan mendapat bonus pada tiap tiap minggu dan bulan.

Bila negara kita mula berada dipintu inflasi ,saya yakin akan muncul lagi skim-skim baru yang mengumpul wang daripada ahli untuk sesuatu peniagaan.keuntungan peniagaan melebihi dari 100% setahun merupakan peniagaan yang sangat tak logik pada dewasa ini.Peniagaan ini cuma money game iaitu mengambil wang dari orang kedua dan beri pada orang pertama.Orang kedua pula terus mencari teman-temanya dan pengagihan terus berlaku.Akhirnya bila tidak ada kemasukan ahli baru,maka sistem ini akan runtuh tetapi mereka yang awal telah berjaya mengaut jutaan ringgit.

Persoalanya,kenapa sistem ini tidak di perdebatkan tentang halal dan haramnya sedangkan MLM yang mengikut muamalah Islam pula yang banyak diserang oleh gulungan ulamak.Inilkah yang dikatakan "wang boleh merubah segala-galanya".Ahli-ahli dan kepimpinan HPA perlu membarisi tubuh anda dari serangan ini dan jangan sampai empayar peniagaan kita tergugat lantaran banyak lagi urusan halal dan haram ummah yang perlu kita perjuangkan.InsyaAllah.

28 July 2008

Zaman inflasi.

Kita akan mengharungi zaman ini dengan bijaksana.Kepada semua ahli pengurusan perlu mempertimbangkan kos-kos yang boleh di kurangi dengan tidak menyekat aktiviti ekonomi harian.Banyakan aktiviti di cawangan-cawangan kita yang ujud dan elakan daripada penggunaan hotel kecuali dalam keadaan yang perlu.

Tumpuan tempat pertemuan di dua lokasi utama iaitu di HQ Perlis dan Sungai Petani.Pehak pengeluaran perlu mempertingkatkan kecekapan dengan melihat pengurangan kos-kos yang terlibat.Insentif pengurangan kos di buka semula kepada cadangan penjimatan yang diterimapakai.(sila gunakan borang khas tuntutan insentif).

RC team akan diujudkan kembali untuk melihat kemungkitan kitar semula barangan yang terbuang.InsyaAllah.

Ujudkan Kelab-kelab untuk mantapkan aktiviti

Adalah dicadangkan bagi para pemimpin meujudkan kelab-kelab sendiri yang bertujuan membentuk team kerja yang kuat dan berwawasan.Semua perancangan yang dibuat bolehlah di hantar kepada Pejabat Pengarah Urusan (PPU) untuk penyelarasan atas kerja-kerja yang dilakukan.

Buat masa ini PPU baru menerima kertas perancangan program dari KPU (kelab Pemimpin Utara) .Daripada kertas tersebut memaparkan aktiviti yang akan dilakukan pada tahun 2008 . Jika KPU mengikuti perancangan yang mereka adakan itu saya mengira zon utara akan melahirkan ratusan pemimpin yang boleh mengendalikan programnya sendiri InsyaAllah.

Bagitulah diharapkan berlaku pada semua ahli-ahli HPA,seluruh negara termasuk Brunei, Singapore,Thailand dan Indonesia.Mewujudkan kelab ini merupakan proses melahirkan pemimpin-pemimpin setempat yang kuat semangat juangnya.

26 July 2008

kemelesetan ekonomi.

Kepada para pengedar HPA....

Kenaikan harga minyak sedikit sebanyak mempengaruhi perbelanjaan seisi keluarga.Dari statistik penjualan MLM di Malaysia jelas menunjukan pasaran mula menjadi dingin.Syarikat-syarikat MLM yang menjual produk dengan harga tinggi kini mula mencari stategi baru agar tidak terhimpit dalam situasi ini. Namun bagitu ianya tidak berlaku kepada HPA kenapa?

Ada tiga faktor terbesar yang dapat kita rasakan iaitu:-

1. Kita terus melakukan penajaan ahli baru(PBC) dengan pendekatan ahli diarah memilih
produk HPA sebagai pilihan utama.

2. Banyaknya produk yang berasaskan kegunaan harian

3.Tawaran harga yang sama dipasaran biasa.

Dalam keadaan ini HPA agak lebih selesa untuk merentasi zaman kegawatan ekonomi ini malah kalaulah HPA dilihat sebagai satu pilihan halal dengan harga patut dijangka HPA akan memenangi hati pengguna di negara ini InsyaAllah.

Jadi teruskan perjuangan anda bagi memastikan masa hadapan di sediakan untuk kita.amin.

Baja organik HPA

Terdapat 3 jenis baja organik yang akan dipasarkan oleh HPA Farm iaitu

1.Organo EM (A)
2. Organo EM (C)
3.Organo EM (K)

Kilang baja organik ini didirikan di Tapak Industri Kampung ,jalan Bukit Tembaga,Pokok Sena,Kedah.Bahan asas pembuatan baja organik daripada najis ayam,kambing dan cacing.Kesemuanya melalui proses pemeraman mikrob yasng dikenali sebagai EM.

HPA mewajibkan para petani menggunakan baja ini untuk semua perladangan kontraknya.

Aurat dalam pengubatan

HPA amat menjaga aurat sewaktu perawatan dan kita mengingatkan berkali-kali kepada ahli-ahli reflexologi ,orang lelaki hanya untuk rawatan lelaki,perempuan untuk perempuan.Jangan memudahkan hal ini kerana ia bercanggah dengan pengubatan Nabi SAW.Bagitu juga dengan kiro dan iridologi ,apapun maslahah umum perlu dijaga.

Melihat saraf tapak tangan perlukan penjelasan terperinci agar tidak dianggap mengetahui perkara yang akan datang kerana ini termasuk dalam ramalan dan kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi SAW.Jangan sekali-kali melakukan scan atau menggunakan Pytofizik/ metafizik/ reiki/ tenaga dalam/ yoga dan lain-lain seumpama itu kerana kesemuanya itu adalah ambilan amalan kebatinan yang terkeluar dari ajaran Islam.

Jangan mempercayai sebarang tangkai tetapi memohonlah terus kepada Allah tanpa sandaran kepada benda.Jika anda ingin merasai keindahan tawakkal kepada Allah buangkanlah semua amalan berbomoh yang sering menipu dan mengada adakan sesuatu yang bersifat mistik.

Radix Cola/Radix Sarsi

Banyak pengedar/ahli yang merungut kenapa airnya tidak penuh botol.Saya pun dah agak bahawa kelemahan saiz botol ini akan jadi perbualan ahli.Namun bagitu semua ahli berpuas hati setelah diterangkan bahawa kandungan airnya tetap sama 500ml seperti yang ditulis.Botol agakbesar sedikit menjadikan ia nampak seolah-olahnya sedikit.

Saya juga sempat mengambil contuh coca cola 500 ml ,nampaknya ia juga bagitu ,terdapat ruang kosong diatas.Sebenarnya ruang kosong ini ada kena mengena dengan kadar gas yang dimasukan namun bagitu HPA kan cuba design yang lebih menarik.InsyaAllah.Masalah tudung juga akan diambil kira bagi memudahkan pengguna membukanya.

Apapun kita kini telah menyelesaikan satu persatu masalah air berkarbanat dan ada 5 jenama lagi yang menanti untuk menggempur pasaran.InsyAllah.Bagi pehak R&D pula kita giat untuk segera mengeluarkan air cola tanpa kalori.Manis untuk pesakit kencing manis.

25 July 2008

Tepung Herba RFC(Original)

Tepong ayam segera RFC akan dipasarkan di cawangan-cawangan HPA tidak lama lagi.Kalau sekarang sos RFC telah lama dipasarkan kini tepong RFC pula akan dapat kita nikmati bersama.Terima kasih pada pehak RFC yang sedang menyiapkan stok yang cukup untuk keperluan semua pengedar HPA di Malaysia.Kita percaya penambahan produk-produk baru dipasaran akan benar-benar menjadikan cawangan HPA sebagai hub Halal untuk pilihan ummah.

Teruskan mempertahankan penjualan ditempat anda,kita mara terus mara sebagai altenatif pilihan halal untuk semua.HPA akan penuhi lebih dari 500 produk dipasaran.InsyaAllah.

Pemasar terbaik peringkat Negeri Perlis.

HPA Industri Sdn Bhd telah di anugrahkan sebagai Pemasar terbaik tahun 2008 di peringkat Negeri Perlis pada 24 Julai 2008.Majlis penganugrahan telah dibuat oleh YAB Dato' Seri Dr Md Isa bin Sabu ,Menteri Besar Perlis sempena Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis.
Bagi pehak HPA kita merakamkan ucapan terima kasih atas penghargaan ini dan kita tidak pernah terfikir sama sekali akan memenangi pencalunan tersebut.Kita lakukan kerana ingin memenuhi tuntutan produk halal di Pasaran.InsyaAllah HPA akan memainkan peranan yang aktif dalam menggerakan pertanian sebagai satu peniagaan.

23 July 2008

Promoter jualan.

12 buah cawangan HPA telah mempunyai pegawai promoter khususnya untuk kosmetik.Kita masih ketinggalan jauh dalam memasarkan kosmetik di pasaran berbanding dengan pemintaan yang bagitu tinggi di luar.Walaupun HPA mempertengahkan harga sederhana jika dibandingkan dengan harga jualan diluar namun tidak besar market yang boleh kita ambil.

Ini kerana kita melihat fokus para pengedar HPA banyak kepada barangan pengguna dan kopi .Namun bagitu kita mengharapkan perubahan akan berlaku hasil dari PBCK yang diadakan dari masa kesemasa terutama untuk kesedaran kepada pengguna tentang penjagaan kulit dengan kosmetik herba.

Peniagaan kosmetik didapati lebih cepat memberikan pulangan kepada para pengedar dan peluang ini terbuka luas jika kita sanggup memberikan masa untu mengikuti mana-mana bengkel yang diadakan.InsyaAllah.

HPA kini mempunyi 29 produk yang diketegorikan dalam kosmetik & Skincare dan kesemua produk ini mempunyai keunikan tersendiri .

Perubahan nama TEH

Pehak kementerian Kesihatan telah mengarahkan penggunaan perkataan "Teh" hanya merujuk kepada daun teh biasa (Camellia) sahaja.Oleh sebab itu perkataan teh pada 3 produk kita juga perlu diubah.

1. Teh Asiatica Plus kepada Minuman Asiatika
2. Teh Tropika kepada Minuman Tropika
3. Teh Instant kepada Minuman Herba Instant

Bagi pehak HPA kita menyahut baik saranan dan peraturan baru ini kerana kadangkala perkataan teh itu sering di hubungkan dengan sesuatu yang tidak baik seperti kembung,sembelit,menggunakan pewarna yang melampau dan terdapat kajian yang banyak menunjukkan teh menjadi salah satu suspek penyebab kanser.

senarai produk soft gel baru.

Tidak berapa lama lagi terdapat 7 produk softgel tambahan akan masuk kepasaran MLM menjadikan HPA seperti sebuah farmasi yang lengkap dengan herba dan "health supplement".Produk tambahan tersebut adalah seperti berikut:-

1. EPO
2. Minyak biji anggur(grapeseed Oil)
3. Flaxseed Oil
4. soya Lacitin
5. Minyak hati ikan(Cod Liver oil)
6. minyak bawang putih (Garlic)
7. Vitamin E Alami.

sebagai pengeluar herba terbesar dinegara ini kita juga perlu melihat kepada pemintaan yang sedia ada dipasaran khususnya bagi menyediakan produk yang halal.InsyaAllah.

Kenapa ikan keli rasanya sedap?

Maaf,dalam tulisan ini saya ingin memberikan beberapa informasi kepada para pengedar HPA tentang penternakan ikan keli di Malaysia.Walaupun diternak dalam kolam atau kanvas tetapi pada pandangan saya kebanyakan ikan keli diternak dengan cara yang sangat kotor.

Pertamanya,kerapkali pengusaha membeli ayam yang mati untuk dijadikan sebagai makanan.Ayam yang mati dijual dengan harga RM1/ seekor dan ini merupakan sumber makanan keli yang utama selain daripada perut ayam.

Bulu itik juga digunakan dengan dimasukan kedalam kolam ia akan bertukar menjadi ulat-ulat yang digunakan untuk mempercepatkan pembesaran ikan.Satu lagi..kolam ikan keli selalunya airnya hijau kenapa?kerana dimasukan dengan tahi ayam atau tahi lembu agar menjadi rumpair yang digunakan juga untuk menjadikan kulit ikan keli cantik dan halus.

Penternak ikan keli yang mementingkan pendapatan langsung tidak mengira apakah makanan yang diberikan pada ikan tersebut,namun bagitu ada penternak jujur yang menjaga makanan pada ikan keli.Semuanya bergantung kepada iman kerana tiada siapa yang melihat apa yang kita berikan kecuali Allah.

Sudah sampai HPA mempunyai kolam ikan keli yang bersih daripada itu.Namun bagitu..kami masih lagi meneruskan R&D dalam ternakan ini dan jika telah dikeluarkan oleh HPA,insyaAllah ia di ternak dengan cara yang sangat bersih.

Projek ternakan lintah dan cacing.

Projek pertanian baru yang diperkenalkan kepada petani oleh beberapa buah syarikat di ibu kota yang kononnya mendatangkan keuntungan lumayan.Ini lebih mendatangkan minat petani apabila projek terpencil ini di sorot oleh akbar harian sebagai projek menjadi jutawan.

Saya melihat ada petani yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak untuk membuat kolam lintah tapi akhirnya projek itu terbengkalai satu persatu.Bagitu juga cacing menerima nasib yang sama.Saya melihat projek-projek baru ini merupakan gimik semata-mata yang bertujuan untuk mengutip duit petani dikampung dengan penjualan benih yang mahal.

Apabila mereka berjaya menjual benih tersebut maka mereka akan pelahan-lahan meninggalkan projek itu sedangkan petani akan mengalami kerugian.Oleh itu diharapkan sesuatu projek baru yang ingin anda ceburi lihatlah dahulu kejayaan orang yang telah terlibat bukan hanya dengan melihat gambaran dalam film yang dirakamkan.

22 July 2008

Pengurus cawangan

Menjadi pengurus cawangan bukanya satu kerjaya yang mudah.Selain daripada memastikan produk mencukupi dipasaran ,mereka juga perlu memastikan tidak berlaku kesalahan dalam pengiraan stok.Jika stok berkurangan maka Penguruslah yang bertanggungjawab menggantikanya semula.
Pengurus juga perlu mempunyai minat untuk mempelajari semua jenis produk yang sedang dijualnya samada mendapat maklumat dalam kit Niaga ataupun daripada kuliah KPJ.Ciri khas yang perlu ada pada pengurus ialah mesra "Mesra Pelanggan".mereka tidak membiarkan pelanggang tercari-cari malah akan segera bertanya sambil tersenyum.

Jikalah semua pengurus kita bagini sudah tentu HPA akan dekat dihati para pengguna.Kita mulakan perubahan hari ini.InsyaAllah.Bantulah HPA walauapapun dimana anda berada.

21 July 2008

Cadangan Dr Ishak (UM)

Dr Ishak mencadangkan agar dalam program PBC di berikan penerangan tentang perbezaan MLM HPA dengan MLM yang lain disudut syariat.Cadangan ini dirasakan wajar agar meujudkan satu kesedaran yang menyeluruh kepada warga HPA bahawa MLM kita mempunyai ciri-ciri yang unik dan tidak bercanggah dengan dasar peniagaan Islam.

Penggunaan istilah-istilah Islam mungkin lebih tepat bagi menerangkan bentuk muamalah tersebut bagi masa hadapan.InsyaAllah HPA akan membukukan bentuk MLM dalam perekonomian Islam.

Beliau menyuarakan hal ini menerusi Ust Mohd Adnan Fadzil selepas daripada KPJ malam tadi di KLIH dimana KPJ malam tadi juga khusus membicarakan tentang MLM HPA HALAL ATAU HARAM, sebagai respon daripada kegelisahan pengedar dengan beberapa kenyataan umum tokoh ugama.

Kesabaran PJS

Melihat kehadiran PJS di RFC cukup menyejukan hati saya, mereka sanggup beratur mengambil tempat menanti bersama-sama pelanggan yang lain. Mereka sebagai pemimpin sewajarnya bagitulah tidak menunjukan kuasa dengan mengabaikan pelanggan yang sedia lama menanti.

Inilah keindahanya kepimpinan dalam HPA, senang dan susah kita sama hadapi.Semua orang mengerti bahawa PJS sangat sibuk dengan tugas mereka di saf hadapan syarikat oleh itu jika ingin membuat tempahan yang banyak PJS boleh menggunakan perkhidmatan pejabat PPU(En.Mahadi - 0139299944 / email: hpa_online@yahoo.com).

Hari ini kita warnai HPA dengan penuh kesederhanaan bukan dengan kebesaran dan kesombongan dan dengan sebab itulah ramai orang yang bersama-sama kita. Pertahankan nada itu, elakan dari menuding jari pada sesiapa yang kita lawan bicara. Rendahkan kata-kata dan teruskan usaha anda.

Terima kasih dari RFC.

Cawangan-cawangan di bawah pengendalian Zon-zon

1. Zon Utara (Pengurus Zon: Ust Samad Ayob)
(Kangar, Alor Setar(i), Shahab Perdana A Setar (ii), Balik Pulau, Baling, Bukit Mertajam, Gerik, Guar Cempedak, Jitra, Kulim, Langkawi, Pulau Pinang, Pendang, Seberang Perai, Sungai Petani, Sik, Kuala Nerang, Pengkalan Hulu dan Seberang jaya.)

2.Zon tengah(Pengurus Zon:PN. Siti Hazlina)
(Ampang,Bentong, Gombak, Ipoh, Jalan Raja Laut, Kajang, Klang, Parit Buntar, Rawang, Sri Manjong, Teluk Intan, Tanjung Malim, Taiping, Serdang dan Pucung,Johor Bharu, Semabok, Nilai, Pasir Gudang dan Tangkak)

3. Zon Timur (Pengurus : En Ismail Omar)
(Dungun, Guar Musang, Jengka,Jerteh, Kemaman, Kuantan,Machang,Pekan,Temerloh, K.Terengganu, Kuala Kerai, Pasir Pekan, Jeli, Pasir Tumbuh,Mersing, Kota Tinggi ,Kluang dan
Muazam Shah)

4. Zon Borneo (En Mohd Syihan)
(Brunei, Miri, Sabah, Sarawak, Tawau, Bintulu dan Sarikei)

5. Zon Antarabangsa (GM Fisol A.Rahman)
(Jakarta, Batam, Surabaya, Palembang dan Makasar)

20 July 2008

Pejabat AWM di Lembah Kelang.

Pejabat Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM). Syarikat milik penuh HPA Industries Sdn Bhd yang ditubuhkan untuk memasar produk HPA akan dibuka secepat mungkin di Lembah Kelang bagi memperkukuhkan dan mempercepatkan lagi kemaraan HPA bagi menguasai pasaran global. General Manager AWM, En Faisol Abd.Rahman akan bertugas sepenuhnya disana apabila pejabatnya siap nanti.

Kita mengambil masa 2 bulan untuk menyiapkan kemudahan pejabat yang menarik dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.Lembah kelang menjadi fokos penjualan melebihi 5 juta ringgit sebulan menjelang hujung tahun ini InsyaAllah.

Lokasi yang dipilih juga besar kemungkinan akan di wujudkan bersama RFC sebagai Cawangan ke 2 selepas Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Para leader yang mempunyai cadangan bolehlah menghubungi En Faisol Abd.Rahman dengan kadar segera.Terima Kasih.

Produk portulaca

Sejenis sayur yang digunakan bagi ubatan paradangan paru paru.Kini diproses dalam bentuk jeruk dan siap dimakan sebagai ulam-ulaman.Nama lainya ialah Beremi yang kedapatan tumbuh banyak di daratan maupun dipersisiran pantai digunakan secara tradisional untuk mereka yang menghadapi masalahpenyakit TBC,menghisap rokok,athma dan lain-lain lagi.

Sesuai untuk semua peringkat umur.InsyaAllah.

Tahniah pada Team HPA Farm

Syukur pada Allah yang tak terhingga atas kejayaan Dr Syaari dan team HPA Farm Unit ternakan ayam yang telah mengakhirkan kajian keatas kualiti makanan dan kesihatan ayam dengan makanan olahan herba HPA.

Dr Syaari sendiri dilihat terpaksa tidur di ladang tempat percubaan bagi memastikan kajian ini benar-benar berjaya.Dengan kaedah ternakan terbuka dan penggunaan makanan berherba peratus kematian tidak melebihi 4% dijangka menjadi kajian ini sesuatu yang menarik untuk industri ayam negara.

Kita masih menantikan hasil jagung yang ditanam secara organik untuk memastikan makanan ayam sebagaian besarnya selamat digunakan.InsyaAllah.

Tahniah pada GM HPA Farm.

Kumpulan Nasyid As -Saff d RFC

Hari ini anda sebagai pengunjung RFC adkan dihiburkan oleh kumpulan nashid As Saff mulai tengahari sampai ke petang.InsyaAAlah.Pehak saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kumpulan nashid As saft yang sedia untuk mempromosikan RFC dalam bentuk nashid.

Mereka yang bercadang nak bawa anak-anak makanan di RFC,silakan....disamping menikmati lagu-lagu nashid yang terbaru daripada kumpulan baru ini.Mereka juga akan memberi sedikit buah tangan pada pengunjung yang berbelanja lebih dari RM50 khususnya pada anak-anak kecil yang hadir.

Kalau orang dewasa nak bernashid pun boleh cuma 3 lagu sahaja yang di benarkan iaitu teman sejati,lukisan alam dan tayamum.Doakan HPA berjaya untuk membuat pawagam sendiri disuatu hari.InsyaAllah.

Potensi untuk berjaya

Potensi ialah sesuatu keupayaan yang tersembunyi dalam diri manusia dan ia akan dapat dilihat apabila individu tersebut melakukan sesuatu pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh.Disinilah perananya seorang pemimpin berusaha mengeluar dan memperlihatkan potensi yang dimiliki oleh anak kepimpinanya.Dalam peniagaan MLM keupayaan untuk mencungkil potensi downline sangat diperlukan sehinggakan seorang pemimpin berjaya melahirkan insan-insan saepertinya.

Kerja pemimpin sebenarnya ialah untuk membangunkan potensi setiap downlinenya kerana apabila potensi itu berjaya dikeluarkan ibarat kereta yang telah dihidupkan enjin nya tunggu arahan sahaja.Potensi yang perlu dibangunkan ialah potensi "keyakinan" kerana tanpa yakin individu itu tidak akan berjaya.Ramai yang berhenti kerja untuk bersama-sama peniagaan HPA 100% telah menikmati hidup yang jauh lebih baik dari sebelumnya.Ini adalah hadiah dari sebuah keyakinan.

Keyakinan itu ialah membenarkan apa yang dilihat dan didengar tetapi jangan sampai anda menjadi "terdorong untuk yakin" kerana ini merupakan semangat semata-mata.Berapa lama semangat boleh bertahan dalam diri , mungkin 1 minggu,kemudian? pelahan-lahan ia akan mundur kebelakang dan mulai ragu dengan jalan yang di pilih.

Orang yang melakukan pekerjaan dengan semangat semata-mata berbeza dengan orang yang menggunakan potensi dirinya untuk berjaya.kebolehanya apa sahaja dicurahkan sehingga dia dilihat sering lebih bersedia dalam semua hal bukanya perlu diingatkan dalam semua hal.Kalau bagitu bolehlah kita katakan potensi itu merupakan pembakar tenaga dalaman untuk bergerak kepada cahaya kejayaan.InsyaAllah.

19 July 2008

Bukan Ratapan .

Usahawan bukanya manusia yang hanya akan menanti untuk meratapi suratan ilahi.Tetapi usahawan memilih takdir berdiri sebagai lelaki bermaruah.Menebus segala kegelapan dengan hati yang penuh pasrah.Kerana ini usahawan hatinya terus menyala miskipun tubuhnya longlai disambar masa.Matanya jauh memandang ladang usaha bukan hanya untuk memenuhi kocek nya yang kadangkala tiada tapi untuk menyediakan sebuah peluang pada mereka yang tidak ada apa-apa.
Mati orang berjuang lebih mulia dari hidupnya seorang pelarian.Bagitulah usahawan merempuh cabaran.bukan mengharap penuh ratapan...tapi bersedia untuk semua kemungkinan walaupun tubuh dan mata tak upaya lagi digerakan.

KPJ KHAS.(MLM HARAM?)

Esok,kita akan mengadakan KPJ di KLIH seperti bulan-bulan yang lain,Kali ini KPJ akan membincangkan satu tajuk yang sedang panas diperkatakan orang apakah MLM itu halal dalam peniagaan?
Ustaz Zaharudin dalam ceramahnya terang-terang menyatakan MLM adalah HARAM sekaligus menjadikan seluruh pejuang HPA terhenti sebentar dan bercanggah dengan keyataan HPA selama ini yang menyatakan HPA memperjuangan peniagaan yang halal.Halal termasuk dalam semua aspek bukanya pada produknya sahaja tetapi muamalahnya juga perlu jelas.

Kekeliruan ini tidak boleh dibiarkan kerana inilah satu satunya rangkaian yang mampu menggugat sistem ekonomi kapitalis.Kita tidak tahu lagi jika dalam ekonomi yang sedang sendat ini apakah produk muslim mampu bersaing dalam pasaran terbuka tanpa sokongan daripada ahli2?

IKUTI KPJ DI KLIH DENGAN SALAH SEORANG PANEL SYARIAH HPA BAGI MENDENGAR ULASAN HPA ADALAM SEBUAH PENIAGAAN MLMS.INSYAALAH.

15 July 2008

Kursus Bekam dan KPJ di KLIH.

Kolej Perubatan JAWI (KPJ) akan mengadakan Kursus bekam pada 19- 20hb di KLIH.Kursus Bekam merupakan salah satu Module dalam Kuliah Perubatan Jawi Peringkat Sijil. Bagi mereka yang berminat maklumat boleh diperolehi daripada cawangan-cawangan HPA.

Kuliah berbekam akan membincangkan titik-titik bekam Rasullah SAW, sesuai dengan anjuran bekam dari perubatan Nabi sendiri.Pihak Kolej Perubatan Jawi selalunya menganjurkan kuliah sebegini di utara dan inilah kali pertama kuliah bekam dibuat di Kuala Lumpur.

Pada 20hb Julai, jam 9.00 malam pula diadakan Kuliah Perubatan Jawi- (Teori) (kuliah bulanan)membaca buku Intibah siri 1.Mereka yang berminat jangan lepas peluang untuk sama-sama mengikuti kuliah dan perkembangan-perkembangan terbaru HPA.Kehaziran PJS diwajibkan.

Projek-projek Pertanian organik HPA

Berikut adaah jenis-jenis projek pertanian yang dijalankan dan dalam perancangan HPA Farm sdn Bhd.
1. Projek ternakan ayam
2. Projek ternakan kambing
3. Projek ternakan ikan keli
4. Projek ternakan itik penelor
5. Projek tanaman jagung
6. Projek tanaman misai kucing
7. Projek tanaman pegaga
8. Projek tanaman roselle
9. Projek tanaman pisang
10.Projek tanaman serai
11.Projek tanaman pokok hempedu bumi
12 Projek tanaman bunga cina
13.Projek tanaman jambu batu
14.Projek tanaman mempelam sala.

Kesemua hasil-hasil pertanian dari projek diatas telah digunakan dalam produk HPA dan mempunyai potensi besar untuk dijadikan produk berasaskan tanaman organik.InsyaAllah.

13 July 2008

Projek tanaman Pisang organik.

HPA juga membuka peluang bagi mereka yang berminat dengan tanaman pisang organik secara kontrak perladangan.Pisang sangat baik untuk dijadikan makanan tambahan bagi menurunkan berat badan.Disamping itu ia juga menghidupkan mikroflora usus yang mati disebabkan oleh makanan yang dipenuhi dengan bahan kimia serta antibiotik.

Pisang juga amat sesuai dijadikan makanan tambahan kerana mengandungi serat yang tinggi dan juga digunakan sebagai bahan kosmatik.Mereka yang berminat boleh menghubungi HPA Farm (013 4384717- jafri) bagi mendapat maklumat tambahan.InsyaAllah.

PJS jadi teman Sejati.

Ada 3 syarat utama untuk menjadi PJS selain dari syarat umum yang telah dinyatakan:-

1. Mengenali HPA
PJS yang hendak dilantik mestilah memahami tentang perjuangan HPA dari mana hendak kemana bukanya hanya mengenali nama HPA dan peluang peniagaan didalam MLM sahaja.Ini penting supaya mimpi PJS itu sama dengan ruh perjuangan HPA.Kita tidak mahu kejayaan kita disukat pada jumlah pendapatan bonus sahaja tetapi tidak berlaku peningkatan pembinaan peribadi insan itu sendiri.

2. Berkerjasama
Syarikat HPA tidak akan menjadi kuat tanpa ujudnya rangkaian kerjasama antara para PJS.Peribahasa Bagai enau dalam belukar,melepaskan pucuk masing masing,tidak berlaku dikalangan PJS.Boleh dan mudah diminta bantuan walaupun bukan terdiri dari kumpulanya.Kerjasama itu ujud dalam setiap pergerakan selari dengan arah dan tujuan HPA.

3. Melindungi HPA
Semua kepentingan pribadi dijadikan perkara kedua.Mereka akan melakukan pengorbanan setiap masa untuk menaikan HPA bukanya hanya meminta tetapi sanggup memberi.Pada tahap itu mereka akan mempertahankan HPA bila ada suara suara sumbang yang cuba mencari kelemahan disana sini.Mereka menjadi diri mereka sebagai galanganti syarikat.Pada tahap ini mereka berkeyakinan penuh dengan kepimpinan dan sering merasa keputusan syarikat itu sesuatu yang bersifat wajar walaupun mereka sukar untuk mengerti.Mereka yakin dalam satu kapal hanya satu sahaja nakhodanya bukanya mengikut perasaan dan kepentingan diri sendiri.

Inilah mereka yang layak di beri status PJS kepada peniagaan HPA yang sedang berkembang besar.InsyaAllah.

Jalan Hidup.

Jalan hidup..
bukanya jalan mati
tapi simpangnya banyak...
sedangkan penunjuk arah
kadangkala telah patah

jalan hidup
bukanya lebuhraya satu arah
tanpa susur keluar
walaupun kadangkala agak jauh juga mencarinya

jalan hidup...
tetap sahaja ada pilihan
kejalan biasa
banyak tempat bertanya
lambat sampainya.

Hari Peladang,penternak dan nelayan.

HPA turut tersenarai dalam calun bagi anugerah pemasar jaya tahun 2008 di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan.Berjaya atau tidak itu terserah pada jawatankuasa yang membuat pemilihan namun yang lebih penting sejauh mana kita dapat menggerakan sektor pertanian sesuai dengan kehendak dan pemintaan yang tinggi.
KIta sangat kekurangan roselle,pegaga,mempelam dan lain-lain lagi yang diperlukan bagi meningkatkan pengeluaran produk yang sedia ada.Disini ada pemintaan dan disini ada peluang untuk semua pehak bekerjasama mengubah status pertanian negara.Agensi-agensi kerajaan perlu membuat usahasama dengan pehak swasta bagi melihat pasar besar yang sedia ada.Jarak antara pihak swasta(HPA) dan kerajaan nampaknya bagitu jauh sedangkan misinya sama.Satu perkongsian bijak yang menguntungkan pengeluar dan pemasar perlu digariskan melalui mesyuarat bersama.

Persoalanya,kenapa pehak swasta seperti HPA tidak dijemput ketika sesuatu program pertanian dirancang agar pertanian bukan hanya gimik semata-mata untuk mendapat perhatian buat kenaikan gaji.Kita bersedia untuk bersama mencari peluang dan akhirnya keuntungan kembali pada ummah.InsyaAllah,

Program mesra bumi.

Harga barang naik lagi dan dalam minggu ini bahan mentah untuk pembuatan dedak ayam naik dua kali.Thailand pula menghentikan export jagung keluar dan situasi ini mencemaskan semua penternak ayam dinegari ini.Apakah situasi tahun 2000 akan kembali berlaku dimana para penternak telah meninggalkan reban ayam masing masing dengan kerugian yang tidak dapat ditanggung?
Malaysia yang memiliki tanah yang subur tidak upaya untuk mengeluar jagungnya sendiri bagi makanan ternakan dan masih bergantung kuat dengan import dari negara India,Indonesia,Thailand dan lain-lain lagi.Tanah-tanah terbiar dikeliling rumah tidak dimanafaat sehingga ditumbuhi lalang-lalang liar.

Lebih ramai mengeluh tentang harga barang daripada memegang cangkul untuk bercucuk tanam.Bagi HPA kita melihat ekonomi negara boleh dipulihkan jika dasar kerajaan seperti "buku Hijau" dapat dihidupkan semula.Sesiapa yang memiliki tanah perlu mengusahakanya dan jika tidak dikenakan denda seperti JPJ mendenda pesalah di Jalan Raya.Nanti kita lihat setiap inci tanah dari Tuhan terguna dan ekonomi boleh dipulihkan dan sekurang-kurangnya mengurangi ketergantungan nagara pada bahan mentah daripada luar.

HPA akan mengadakan program "Mesra Bumi" dengan meluaskan jumlah kawasan pertanian terutama pada lokasi-lokasi kecil tanah-tanah kebun yang ditinggalkan disamping kontrak perladangan yang luas.Kita hendak melibatkan ramai petani dalam program ini untuk mengurangi tanah-tanah terbiar di negara ini.Semoga usaha ini akan mengurangi beban pada bahu rakyat dengan kenaikan harga minyak dipasaran.InsyaAllah.

RFC lebih cepat

Anda tidak perlu lagi mengambil masa yang lama untuk pembelian di RFC kerana pehak kami sudah dapat mengatasi masalah ini.Kalau dahulu ada yang beratur sampai 1 jam tetapi Insyallah sekarang sedah boleh dipercepatkan kepada 15 minit.
Dari tinjauan saya petang tadi masih ramai penggemar ayam Radix yang berkunjung ke RFC.Kata mereka "siapa yang makan kali pertama pasti akan datang lagi,InsyaAllah"Rasa RFC sangat unik kerana campuran herba yg yang digunakan benar-benar menaikan kesedapanya dan lagi tanpa MSG.Orang sekarang sudah pandai memilih makanan yang berkhasiat untuk mereka maka sudah tentu tidak hairan jika RFC jadi pilihan.

Bedak Delima (biji)

Bedak delima baru(bentuk biji) yang dikeluarkan mempunyai kesan perubatan yang lebih kuat iaitu boleh digunakan untuk mengecutkan sesuatu ketumbuhan seperti bisol,jerawat,kayap,gatal gatal kulit malah boleh juga menghaluskan kulit.Ia diproses menggunakan kulit buah delima yang terpilih dan bercampur dengan bedak sejuk.Mengambil daripada pengalaman orang yang telah terkena kayap bedak ini sangat mujarab digunakan.

Pesakit gatal-gatal kulit juga boleh digunakan dengan dicampurkan beberpa butir bedak delima dengan air.InsyaAllah.Bagi mengelakan daripada ruam gatal dan "kesan merah air kencing" pada cabang paha bayi bayi bedak ini digunakan.Guna seperti bedak sejuk InsyaAllah terbukti,

BALM PALA AROMATIK

satu lagi produk baru yang akan dikeluarkan ialah balm Pala Aromatik yang menggunakan minyak buah pala tulin untuk melegakan penafasan anak-anak anda dan juga gatal-gatal kerana gigitan nyamok dan lain-lain lagi.Produk ini juga dapat memberikan kesan sedatif kepada mereka yang sakit kepala.

Kaedah Aroma terapi digunakan untuk perawatan ini bagi mendapatkan suply oksigen yang cukup pada otak hasil dari jenis bau yang digunakan.HPA juga akan memperkenalkan kaedah pengubatan aroma terapi dalam pengubatan jawi menggunakan bau-bauan yang boleh mendatangkan kesan penyembuhan.Bau yang akan dikeluarkan seperti jasmin hutan,kenanga malam,nilam Acheh,melati rimba dan lain lain lagi.InsyaALLah balm ini merupakan langkah awal memperkenalkan kaedah perubatan aroma dalam Perubatan Jawi.

DiJangka produk ini akan segera di edarkan.InsyaAllah.

Perencah Alami

perencah untuk semua jenis masakan termasuk mee udang,bihun,macaroni,sambal ikan,sambal udang,ikan bakar,nasi goreng dan lain lain lagi.Mengandungi bahan-bahan yang halal dan berhasiat .

Dalam buku persatuan pengguna Pulau Pinang ada menyatakan tentang penggunaan plasma darah dalam penyediaan ikan bakar bagi mengeluarkan aroma yang wangi.Mulai saat ini kita telah mempunyai pilihan yang halal menggantikan plasma darah.Bagi mereka yang mencari produk yang halal akan membuat pilihan yang betul terhadap makanan di pasaran dan inilah yang dapat kita sediakan.InsyaAllah.

12 July 2008

Madulia ubat batuk HPA

Ubat batuk MADULIA kini akan mula dipasarkan oleh AWM.MADULIA menggunakan halia sebagai bahan utama.Ramuan dari beberapa jenis rempahan ini dijangka akan memberikan pilihan kepada pengguna bagi menggantikan penggunaan ubat batuk yang lain.Kita namakan MADULIA kerana madu digunakan sebagai media untuk perawatan batuk disamping herba lainya.

Tahukah anda bahawa dalam tempoh 24 jam tidak ada seekor kumanpun yang boleh hidup didalam madu.Oleh sebab itu pada zaman dahulu madu sangat terkenal dijadikan sebagai ubat batuk yang mujarab.InsyaALLAH.

11 July 2008

Gelang Batu

Dalam buku Inilah Pandangan Kami,saya menjelaskan bahawa pengubatan jawi menolak penggunaan batu yang dijadikan sebagai gelang atau rantai untuk tujuan ubatan.Malah perkataan "aura" juga tidak wajar digunakan.Kenapa?Sebahagian daripada jawapan telah saya jelaskan dalam buku tersebut.
Langkah-langkah pengubatan juga perlu jelas supaya amalan yang dicadangkan itu tidak membuka pintu keburukan dan kedzaliman.Kepercayaan kepada kuasa batu "the power of stone" merupakan kepercayaan yang ada dalam ajaran ugama budha.Para sami di Bangkok memakai batu "jade" hijau yang dikatakan dapat memberikan keharmonian spiritual.Di Tibet tempat bermulanya Raiki juga mempunyai kepercayaan kepada kuasa batu.Masyarakat melayu pula ada yang meyakini kuasa keris dan batu cincin untuk kelebihan spiritual dan lain-lain lagi.
Ini semua tidak lebih dari gimik peniaga yang mahu menjadikan harga batu mereka menjadi tinggi di pasaran seperti buah koka yang diiklankan.Lebih malang lagi apabila khasiat spiritual koka ditulis dibelakang wirid al ma'surat yang merupakan wirid dari hadis hadis sohih.Masyarakat yang lemah akidahnya akan percaya seperti mereka percaya kepada hadis hadis sohih sedangkan tidak terdapat satupun hadis yang menyokong kelebihan koka.

Mari kita menjauhi pintu yang membawa keburukan dan kezaliman(syirik) supaya selamat dunia dan akhirat.InsyaAllah.

Kursus kiropraktik

Kursus Kiro hanya diajarkan dalam program sijil yang diadakan selama sebulan tetapi hari ini kita cuba untuk memberikan kefahaman Kiro dalam program singkat(2 hari) berdasarkan permintaan yang bagitu ramai dari para herbalis yang sedia ada.Program ini akan diadakan di Dewan omar Mukhtar atas RFC di Sungai Petani.Dijangka lebih dari 100 orang yang akan menghaziri program ini.

Kiropraktik merupakan teknik perubatan menggunakan tangan kosong bagi membetulkan tulang belakang.Ianya bagitu mudah dilakukan dan tidak ada kesan sampingan namun bagitu dikalangan para doktor perubatan barat masih ada yang menolaknya.

Dari pengalaman yang saya lihat mendapati bahawa banyak penyakit yang berkesan diubati dengan kaedah kiropraktik.Namun bagitu sebaiknya di gabungkan bersama penggunaan herba.InsyaAllah ini merupakan satu langkah pengubatan yang boleh dicuba.

09 July 2008

HPA Ilham Holidays

Sesuai dengan perkembangan HPA Ilham yang semakin jauh mengorak langkah kenegara luar maka pehak kami memerlukan penambahan pekerja atas jawatan seperti berikut:-

jawatan : Ticketing Executive
Pengalaman : sekurang-kurangnya dua tahun dalam bidang ticketing
syarat Tambahan : Mereka yang mempunyai Diploma di dalam bidang
Hospitaliti/Tourism/hotel management di beri keutamaan.

HPA Ilham akan menghantar rombongan ke 2 mengerjakan umrah pada 15 Ogos 2008Rombongan ini di ketuai oleh ustaz Khairul anwar(Paksi Perak) sekaligus meninjau lokasi cawangan HPA di Jeddah.Kita semakin hampir memasuki kota suci dengan produk halal.InsyaAllah.Doakan dari seluruh warga HPA sangat-sangat diharapkan.Amin.

Dapur segar

HPA mempertengahkan produk daripada ikan dalam bentuk seperti dibawah:-

1. Fish cake
2. Fish ball
3. Nugget ikan
4. Burger ikan

Selain daripada menggunakan ikan segar ,produk kita mengandungi 7 herba pilihan dan yang paling utama TANPA MSG DAN ASID BORIK.Terima kasih bagi mereka yang telah menggunakan produk daripada ikan ini untuk mendapatkan makanan yang halal dan sehat.

Selain daripada itu kita juga mengeluarkan daging ayam,lembu dan daging organik yang dijamin halal dan bersih.Tidak ada keraguan pada produk dapur segar HPA.Dapatkan segera di cawangan-cawangan yang sedia ada.

Sijil Herbalis Jarak Jauh

KPJ akan mengadakan kursus herbalis jarak jauh melalui internet.Mereka yang berminat bolehlah mendaftar melalui borang yang ada pada blog ini dan pihak KPJ akan memberikan nombor metrik pelajar dan password untuk access ke NOTA-NOTA online.Pengajian ini merangkumi 12 mata pelajaran.

Yuran pendaftaran sebanyak : RM1500.00
Tempoh pengajian : 1 tahun
Sijil herbalis akan diberikan dalam acara konvokesyen tahunan HPA.

Syarat-syarat lain akan dinyatakan nanti pada borang pemohonan. InsyaAllah.

Borang Permohonan: http://hpa.com.my/form/

Kursus pengurus cawangan.

Pengurus-pengurus cawangan perlu menghadziri kursus bagi meningkatkan kualiti pengurusan khususnya sebagai "muka hadapan" kepada HPA.Kursus ini akan diadakan pada penghujung bulan julai di Sungai Petani Kedah. anjuran PPU.

Pegawai yang terlibat ialah seperti berikut:-

1. En Fisol Abdul Rahman (GM AWM) - perhubungan dua hala antara ahli dan syarikat
2. En Mohd Izham (STOR INDUK) - Pengurusan stok
3. Tn Syed Azhar (RFC) - Displin dalam peniagaan.
4. En Mahadi (PPU) - Mari bersama Kami
5. Pn Umi(MUSLIMAH) - Pengurusan berkualiti.
6. Ust Mohd Adnan (pentadbiran) - Undang-undang dan peraturan.

Daftar kelab anda segera.

Setiap leader yang berjaya akan memikirkan bagaimana untuk menyatukan fikiran dan gerakkerja teamnya bagi mencapai sasaran.Mereka akan cuba untuk memberikan maklumat,motivasi kepada kumpulan agar berlaku peningkatan kesedaran dari dalam diri.Mereka juga mengerti semangat yang di tiupkandari luar tanpa kesedaran yang mendalam tidak akan melahirkan tenaga kerja yang istiqamah.

Menyedari hal inilah program meeting mingguan merupakan sesuatu hal yang wajib dalam menjalankan peniagaan MLM.Bukan itu sahaja tetapi leader kena memainkan peranan membimbing ahli baru supaya mereka juga berjaya menikmati seperti kita hari ini.Amin.

Pejabat Pengarah Urusan (PPU) akan mengadakan meeting dengan semua kelab-kelab pemimpin dan juga mendapatkan maklumat jumlah meeting mingguan yang telah diadakan dicawangan-cawangan HPA.Ini terkait dengan perjalanan HPA agar para leader khususnya PJS yang dilantik benar-benar memainkan peranan yang penting dalam peniagaan ini.

Kelab-kelab yang telah terbentuk hendaklah membuat pendaftaran dengan pejabat PPU segera bagi mereka dijemput untuk meeting pertama

Maklumat Produk

Madu lebah dan sabun susu kambing dah kembali berada dipasaran.Baja organo em,syampo betik(baru)sari timun (baru) juga boleh didapati dicawangan-cawangan HPA.Syampo pandan kasturi dihentikan pengeluaran diganti dengan syampo aromatik yang lebih sesuai dengan pengguna di negara kita.

Saya mengambil langkah membuat pemantauan terus dari pejabat pengarah(PPU) bagi memastikan stok sekurang-kurangnya mencapai rm60 juta untuk jualan rm20 juta sebulan.Sebarang kekurangan produk boleh hubungi e mail saya: rektor_kpj@yahoo.com. Tindakan segera akan diambil InsyaAllah.

08 July 2008

Tawaran kerja : tukang kayu (2 orang)

Pehak HPA menawarkan peluang kepada mereka yang mempunyai kepandaian bertukang kayu untuk berkerja di Pusat Perabut PJS(PPP) yang akan beroperasi pada bulan hadapan.PPP menyediakan keperluan perabut rumah dan pejabat dengan harga paling murah disamping NM .

Ahli kita membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk pembelian perabut dengan harga yang sangat tinggi.Hal ini tidak wajar berlaku dalam keadaan ekonomi sekarang dengan kos keperluan hidup yang tinggi.HPA menyediakan satu pilihan pada ahli untuk berbelanja dengan produk yang berkualiti tetapi harga patut.

Kadangkala peniaga perabut mengambil keuntungan melebihi 300% oleh kerana tidak ada persaingan .HPA yang menjadi wakil ummah akan mempertengahkan harga patut kepada ahli-ahlinya.Produk PPP semuanya di jual dalam bentuk nilai mata.(NM) dalam sistem peniagaan MLM.InsyaAllah.

Berita Radik Cola di Metro

Berita perasmian kilang kola radix disiarkan dalam metro hari ini.Para ahli HPA bolehlah mendapatkan berita tersebut untuk di sebarkan kepada ahli-ahli dibawah.Kita yakin jika pasaran radix cola ini digerakan dengan baik ia akan menjadi produk unggul HPA selain daripada kopi Radix .

Iklan dalam TV 9 dan TV 3 akan mula disiarkan secepat mungkin bagi memangkinkan pasaran.Ahli-ahli perlu mengambil peluang cepat untuk memperkenalkan 7 produk ini di kedai-kedai dan restoran.InsyaAllah.

KPJ kali ke 2 di Penang.

Bagi mereka yang ingin mengikuti KPJ kali kedua ,di jemput hadzir ke Yayasan An Nadhoh Pulau Pinang (Ust Mutalib Maarof) bagi mengikuti krusus bersiri ini.Selain daripada ini anda akan dapat mengikuti perkembangan semasa HPA dalam mengharungi peniagaan MLMS .

Semoga dengan kehazdiran ini,anda akan mendapat infomasi bagi di sebarkan kepada ahli-ahli yang lain.Buku rujukan kita ialah buku Intibah siri 1.InsyaAllah.Semua pjs negeri dan leader-leader HPA diwajibkan hadir kecuali dengan keuzuran tertentu.

PBC melahirkan usahawan.

Program PBC merupakan satu program motivasi yang banyak memberikan idea bagaimana berniaga dalam HPA.Ramai usahawan yang telah berjaya dibentuk dan mendapat pendapatan dari program ini.PBC bukan skim subsidi tetapi PBC mengajar untuk berniaga dalam alam realiti.Modal yang sedikit dijanakan melalui perkongsian untuk kejayaan bersama.Saya mencadangkan agensi-agensi kerajaan supaya dapat meniru bentuk perlatihan PBC untuk membentuk usahawan dinegara ini.
Kita tidak hanya memberikan modal tetapi tidak membincangkan bagaimana untuk memasarkan produk itu dipasaran.Team niaga dalam bentuk rangkaian memainkan peranan penting disamping meeting mingguan yang dijadikan tempat menyelesaikan permasalahan.

HPA akan menggalakan pembentukan kelab seperti kelab pemimpin utara,tengah dan selatan atas nama-nama tertentu bagi menjadikan peniagaan ini sebagai satu persaingan yang sehat.Pehak HPA akan mengadakan pertemuan dengan semua kelab yang terbentuk ituuntuk menentukan sasaran dan program bersama.

Jika seorang ahli itu tidak mengikuti PBC dibimbangi semangat juangnya akan menjadi luntur dan akhirnya mereka tidak aktif dalam memasarkan produk HPA.Di masjid pagi tadi saya mendengar ucapan dari anak jemaah "Sepatutnya saya mengikuti PBC lebih awal daripada ini".Bagitulah semangat yang dijanakan hasil dari PBC di Sungai Petani baru-baru ini.Tahniah .

Kumpulan Pengeluar Jagung

Hpa Farm mempelawa mereka yang berminat dalam penanaman jagung untuk mendaftar sebagai "kumpulan pengeluar" dengan mematuhi beberapa syarat seperti berikut:-

1. Menggunakan benih jagung ternakan HPA
2. keluasan minima 1 ekar
3. Menggunakan baja organik HPA
4. Menjual keseluruhan hasil pada HPA(buah dan batang)
5. Harga belian di tentukan dalam perjanjian.

Jagung ini diperlukan untuk makanan ternakan ayam organik HPA dan tempoh tuai ialah 100 hari.InsyaAllah.

07 July 2008

Baja organik (ORGANO EM)

HPA Farm telah mula membuat jualan baja organik yang dikenali sebagai ORGANO EM di pasaran MLM.Baja organik ini telah di dicuba pada tanaman pegaga dan roselle ,terbukti dapat meningkatkan hasil pertanian.Ini kerana baja Organo EM mengandungi bakteria pengurai yang sangat baik untuk menghidupkan tanah yang mati akibat dari pembajaan kimia yang tidak terkawal.

Kita berjuang agar generasi akan datang menukar penggunaan input pertanian kimia kepada penggunaan organik bagi memastikan kualiti makanan lebih baik berbanding dengan bertambahnya penyakit yang rentan dengan ubatan kimia.Baja organik juga boleh digunakan untuk tanaman hiasan dan pokok-pokok bunga.

Harga Jualan 5kg - RM15.00
Harga jualan 2kg - RM8.00

Tukar pembajaan hari ini kepada organik.

HPA FARM

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai projek ternakan ayam organik bolehlah menghubungi en Rashid Hassan (lihat maklumat blog) dan untuk projek penanaman kontrak pula dapat menghubungi en Jafri Abu Bakar(lihat maklumat terdahulu).

Pehak HPA tidak akan membuat belian bagi produk yang tidak ada sebarang perjanjian bertulis bagi memastikan produk tersebut sesuai dengan kehendak pertanian organik.InsyaAllah.

Dapur RFC

Syukur,kita sudah mempunyai persiapan untuk mengatasi pemintaan di RFC yang begitu tinggi.Dijangka dalam tempoh masa seminggu ,InsyaAllah akan dapat diselesaikan malah RFC akan mempunyai 2 kaunter iaitu satu untuk muslimin dan satu untuk muslimat.Pehak saya memohon maaf atas masalah yang berlaku sampai hari ini dalam usaha untuk mencukupi pemintaan yang sangat tinggi.

Dalam waktu yang sama RFC juga menjadi tumpuan dari kaun Cina dan India yang mencari produk yang sehat lagi organik.Terus memberi sokongan anda walaupun kita terpaksa bersusah payah pada awal-awal peniagaan.Bermula dengan kekurangan tetapi kita sama-sama memperbaikinya sehingga menjadi semakin selesa.InsyaAllah.

06 July 2008

Lawatan

Semua ahli di galakan mengadakan program "seeing is believing" di kilang-kilang HPA untuk membuktikan kebenaran ujudnya peniagaan ini.Lawatan sambil belajar ini akan memberikan keyakinan pada para pengedar bagi meneruskan perjuangan bersama HPA.
Disamping kilang terdapat pelbagai distinasi yang menarik bersama HPA dan InsyaAllah kita akan menyiapkan kilang ais krim secepat mungkin.Walaupun hotel kita belum siap dan dijangka akan siap selepas hari raya namun kita mempunyai 10 buah homestay yang selesa bagi setiap lawatan.
Pastikan lawatan anda terancang kerana tempat lawatan dalam HPA banyak dan dibimbangi tidak sempat habis dalam masa sehari.Jilka anda ingin membuat lawatan ke kilang,pejabat dan ladang tanaman dan ternakan ianya mengambil masa 2 hari penuh dan ini tidak termasuk dengan makan di restoran RFC kita.
Kami menanti kedatangan anda semua.InsyaAllah.

Perasmian Kilang Cola Radix

Selamat Datang pada semua pengedar HPA dari jauh dan dekat ke majlis perasmian Kilang Cola Radix kita bersama.Kita menjadikan tarikh ini tarikh bersejarah menandakan satu kesedaran dan kebangkitan produk Halal di dunia.Sokongan anda sangat-sangat dituntut demi untuk ekonomi ummah.

Gemakan dengan teriakan "HPA BOLEH ..BOLEH...BOLEH..IINSYALLAH" dan slogan HPA BARAKALLAH DI mana mana kita berada.Hari ini kita akan terus berjuang sebagai sebuah peniagaan MLMS di negara ini.InsyaAllah.

04 July 2008

Etika Kerja Staf HPA

Setiap pekerja HPA yang telah menurunkan tandatangan sebagai staf mestilah menerima dan menghayati etika kerja ini:-

1. Membaca Al- Maksurat Pada Setiap Pagi
2. Solat Dhuha
3. Menghadiri majlis tazkirah
4. Menghadiri Tadarus Al Quran
5. Tidak merokok
6. Menghadiri kuliah Pengubatan Jawi
7. Menutup aurat (tudung labuh dan stokin pada wanita)
8. Berakhlak dengan akhlak Islam.

Kita berharap tempat kerja menjadi pusat pentarbiahan membentuk Insan yang berjiwa Mulia.InsyaAllah.

03 July 2008

Ketersediaan Produk Di Pasaran

Tindakan drastik sedang diambil untuk mempertingkatkan pengeluaran produk-produk HPA dipasaran terutama kepada produk yang laris.Kita berkeyakinan dengan pertambahan mesin Automatik pengeluaran akan dapat di tingkatkan dari masa ke semasa.Mesin baru yang ditambah ialah dibahagian kopi,cola radix dan serial .
Disamping itu produk seperti kismis,biskut,madu,dan kodial juga dipertingkatkan.Kita akan menyelesaikanya satu persatu dengan kadar segera.InsyaAllah.Sos chili RFC juga kini telah berada dicawangan-cawangan HPA dan mendapat pemintaan yang tinggi daripada pengguna.Keistimewaanya selain dari sedap ia juga tidak mengandungi bahan pewarna.

TOHARAH DOBI.

Sesuai dengan keperluan perkhidmatan untuk membersihkan pakaian ,maka kini HPA sedang merancang bagi membuka kedai dobi (Toharah Dobi) di lokasi bersebelahan cawangan HPA Sungai Petani.Kita akan pastikan kaedah pembersihan ini benar-benar mengikut syariat (masalah air) kerana kita sering melihat hal ini tidak diberi perhatian.

Para pengedar juga diberi NM bagi setiap pencucian yang di tawarkan mengikut rate yang sesuai.InsyaAllah.Usaha ini adalah bagi merealisasikan matlamat kita bersama untuk menjadikan Sungai Petani sebagai "HPA city" di suatu masa nanti.InsyaAllah.

Toharah Dobi akan beroperasi sebelum 20hb julai akan datang.InsyaAllah.Amin.