Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

05 October 2008

Pengedaran Ayam

Setelah menyelesaikan tempat sembelihan ayam sendiri kini HPA Farm telah menambah 4 buah lori baru untuk mempecepatkan pengedaran ayam keseluruh cawangan menjadikan 8 buah lori.Pengedaran yang cepat dari semua tempat sembelihan akan membolehkan pengguna terus menggunakan ayam halal organik HPA tanpa terputus bekalan.
Baru-baru ini saya menghadiri majlis rumah terbuka Kak Pah di Sungai petani. Komentar yang diterima dari tukang masak ialah "memang benar ayam organik HPA tidak hanyir seperti ayam-ayam yang lain "Bukan satu tempat saya mendengar hal sebegini dan inilah yang meyakinkan pengguna tentang kelebihan "AYAM KITA" dibandingkan dengan ayam yang lain.
Satu perkara lagi,hampir semua hidangan kenduri dirumah Kak Pah menggunakan produk HPA kecuali satu iaitu kicap.Bila HPA nak keluarkan kicap? Tunggulah, masa itu akan berlaku yang penting kita terus memberikan semampu mungkin sokongan pada HPA bagi membantu HPA terus berkembang.
Melencong sikit dari tajuk pengedaran ayam....rumah Kak Pah, Subhanallah. Seperti yang selalu saya sebutkan..banglo diatas bukit dibawah desir angin. Nampak Komtar Pulau Pinang dari Sungai Petani.Bila saya tanya,Kkak Pah kata "100% duit HPA". Allahuakbar...HPA yang dahulu sering diperkecilkan orang kini berjaya melahirkan jutawan.. InsyaAllah baca tulisan saya nanti "jutawan dari langit".Amin.

No comments: