Pusat-Latihan-Perubatan-JAWI

12 October 2008

Kutipan amal -pakaian terpakai

Satu program sosial yang sedang giat dilancarkan oleh HPA ialah mengumpulkan pakaian yang telah digunakan untuk projek jualan amal bagi membantu golongan miskin.Anda boleh meletakan baju-baju yang hendak disumbangkan dicawangan-cawangan HPA dan InsyaAllah baju-baju itu akan dihimpunkan terlebih dahulu sebelum ia dijual dengan harga murah sementara duit kutipan 100% akan diberikan kepada fakir miskin.

Pakain yang hendak di sedekahkan hendaklah pakaian yang anda sendiri sanggup memakainya ketika ke pejabat atau ketempat keramaian.kita tidak mahu menerima pakaian pakaian yang buruk yang tidak boleh digunakan.

Percayalah...jumlah pakaian anda yang banyak dalam almari pasti akan di soal oleh Allah kerana tidak digunakan sedangkan diluar sana jutaan umat Islam berada dalam kemiskinan.Tidak keterlaluan jika saya katakan cukuplah 7 helai baju kerja bagi kegunaan 7 hari dalam seminggu.

Semoga sumbangan Amal ini akan disambut hebat oleh para pejuang HPA yang telah siap sedia untuk menerima arahan.Amin

1 comment:

ibnurashid,p041 pg said...

ALHAMDULILLAH.SAYA RASA INILAH YG DINANTI-NANTIKAN OLEH WARGA HPA.KAMI SENDIRI MEMPUNYAI BAJU-BAJU YG BOLEH DIPAKAI KE MAJLIS KERAMAIAN YG SEDIA UNTUK DIBERIKAN TETAPI TIDAK TAHU DI MANA NAK DISALURKAN. ALHAMDULILLAH SAYA BERHARAP HPA AKAN MELEBARKAN USAHA SEBEGINI DAN DI SAMPING ITU KITA JUGA BOLEH MEMBUAT KURSUS,MOTIVASI DAN SEMINAR UPSR,PMR DAN SPM UNTUK ANAK-ANAK AHLI KITA.INSYAALLAH TENAGA PENCERAMAH KITA BOLEH CARI DI KALANGAN PROFESIONAL DI DALAM HPA SENDIRI. DENGAN CARA INI AHLI2 AKAN MERASA HPA INI DEKAT DI HATI MEREKA.TIBA MASA PROGRAM MEMASYARAKATKAN HPA DI SAMPING KITA TIDAK LUPA UNTUK MENCAPAI SASARAN RM17JUTA APR 2009.